Isnin, Ogos 11, 2008

2 ALBUM NASYID TERKINI

Nazrey Johani
Bagi saya, Raihan tidak menjadi pilihan lagi tanpa vokalis asalnya Nazrey. Saya telah memiliki album solo sulungnya di bawah Inteam Record tahun lalu. Bagi saya ia okey. Tetapi album keduanya ini yang baru dibeli minggu lepas memang hebat dan benar-benar memancing nostalgia.

Album Nasyid Nostalgia Memori The Zikr ini sangat bertenaga. Meskipun rentak muziknya diperbaharui dan lebih segar namun tetap tidak menjejaskan keasliannya. Sebagai generasi remaja 90-an, sudah tentu lagu-lagu The Zikr menjadi sebahagian nostalgia ketika belajar dan berada di perantauan.

Bagi saya, kesemua 10 buah nasyid dalam ini tetap malar segar. Tetapi saya masih memilih Air Mata Keinsafan (duet dengan Salleh Brothers), Perantau dan Antara Dua Cinta sebagai pilihan utama. Cukup mengesankan. Mampu membangkitkan nostalgia dan memugar keinsafan pendengar.

Ustaz Akhil Hayy
Saya penggemar Akhil Hayy. Mulai mendapatkan album nasyid ketiganya ini sejak 3 minggu yang lalu. Mula-mula dengar memang tak berapa masuk. Lama-lama baru enak. Namun bagi saya album Nasyid Legenda II ini tidak dapat menandingi kehebatan album Di Bawah Satu Cahaya yang sering terpasang dalam kereta saya selama lebih setahun. Malah lagu-lagu berhantu seperti Farshi Turab, Nawaitu, Ku Takkan Berpaling dan Doaku turut dijadikan nada dering telefon bimbit saya beberapa bulan lamanya. (Lihat entri lama tentang Farshi Turab).

Barangkali ia agak setara (keenakan mendengarnya) dengan album Nasyid Legenda (Vol.I) . Antara lagu yang menjadi pilihan saya dalam album ini adalah pada trek kelima dan keenam - Warna Alam dan Haji. Lagu Warna Alam ciptaan M.Nasir sangat segar, manakala lagu Haji dinyanyikan dengan begitu syahdu seolah-olah berada di hadapan Kaabah.

3 komentar:

Sofwah 12:59 PTG  

Salam,

Ustaz, ni terfikir selintas lalu... sebab terujalah tengok cover album-album ni... Apa jadi, eh, kalau novel pun meletakkan wajah pengarang-pengarangya macam kulit album?
Tapi, pengarang lelaki je lah, kot... =D
Toksah takut, dengan mekap, semua kedut bleh tersembunyi, huhuhu...

Wassalam...

Dyat 5:44 PTG  

salam ustz.

sy pun minat the zikr.
kenal the zikr dulu masa skola rendah.. jadi penasyid sekolah bawa lagu Perantau.

memang sungguh nostalgia... hoho

Zaid Akhtar 9:07 PG  

"Secerah Pawana" dulu judulnya "Secerah Pawarna". Nampaknya ejaannya sudah dibetulkan.

Pawana; setahu saya bermaksud angin. Atau mungkin ada makna lain?

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP