Ahad, Ogos 24, 2008

MENGAPA IHYA' ULUMUDDIN?

Saya bukanlah pakar bahasa Arab. Tetapi saya melihat penggunaan ini begitu berleluasa dan saya selalu rasa tidak selesa. Serasa-rasanya - oleh saya yang jahil ini - sebutan yang tepat adalah IHYA' ULUMIDDIN. Bukan Ihya' Ulumuddin sepertimana yang kita biasa baca, dengar, dan sebut. Bagaimanapun ia sudah menjadi kesilapan yang berleluasa dan berlarutan. Malah kesilapan yang tidak disengajakan ini juga melarat hingga ke judul-judul buku.

Perkataan ULUM menurut ilmu qawaid nahwiyyah berada dalam kedudukan mudhaf ilayh, maka MIMnya majrur dengan kasrah (baris bawah). AD-DIN pula mudhaf mudhaf ilayh. Juga majrur dengan kasrah.

Mungkin kita boleh sama-sama baiki sebutan nama kitab tersohor Hujjatul Islam itu selepas ini.

3 komentar:

Nisah Haji Haron 1:34 PTG  

Demikian juga bagi sebutan Baitul Maqdis dan Baitul Muqaddas. Bagaimana ejaan / sebutan yang harus diselaraskan?

Zaid Akhtar 5:56 PTG  

Puan Nisah,
Saya rasanya lebih cenderung kpd sebutan BAITUL MAQDIS dgn bersandarkan hujah.

Namun dlm beberapa atlas lama, saya temui 'Baitul Muqaddis' juga.

Sofwah 10:07 PTG  

Salam,

Ustaz, selama ini, ianya tidak dipertikaikan kerana mungkin ia telah dikira sebagai sifah mausuf...?

Wassalam...

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP