Ahad, Ogos 10, 2008

RUSIA vs GEORGIA
Ya'juj dan Ma'juj berada di tengah-tengah?


Perang meletus. Terkejut membaca jumlah kematian yang begitu ramai meski perang negara berjiran ini hanya berlangsung baru beberapa jam. Kalau dilihat kepada kelengkapan ketenteraan yang dimiliki oleh Rusia, Georgia memang tiada harapan langsung untuk menang. Tetapi siapa tahu? Rusia yang sebegitu agam pada zaman Soviet boleh tumbang, malah kemudiannya dimalukan pula oleh Mujahidin Afghanistan dan Chehchen.


Melihat peta kedua-dua negara, rupanya mereka bersempadan agak panjang di sebelah timur. Dan sempadannya ialah Banjaran Pergunungan Kaukasus. Apa istimewanya tempat itu?

Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Ya'juj dan Ma'juj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka? (Al-Kahfi:94)

Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu Dengan mereka sebuah tembok penutup Yang kukuh. (Al-Kahfi:95)

Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya Dengan berkata: "Tiuplah Dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.(Al-Kahfi:96)

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Al-Kahfi:97)

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar. (Al-Kahfi:98)



1 komentar:

Bunnybaby 2:57 PTG  

Salam.

Alhamdulillah, akhirnya saya ketemu maklumat ini. Sudah lama saya mencari maklumat tentang kedudukan tembok yang mengepung Ya'jun dan Ma'juj. Mungkin saja saya kurang cermat atau kurang teliti mencari, maka tidak terjumpa akan maklumat ini. Bagaimanapun, terima kasih sekali lagi.

Wassalam.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP