Rabu, Ogos 27, 2008

SALJU SAKINAH lahir daripada RISIK?

Barangkali kebanyakan pembaca tidak mengesannya, namun beberapa pembaca yang mengekori karya saya sejak dahulu menyedari bahawa kira-kira 10 tahun lalu saya pernah menulis sebuah cerpen berjudul Risik. Cerpen ini ditulis di rumah sewa saya, Darul Ulum di pinggiran kampus Universiti Yarmouk, Irbid. Tersiar dalam majalah Muslimah edisi Ogos 1998.

Risik adalah cerpen pertama saya yang tersiar di media sejak 'bergelandangan' ke Dataran Syam mulai Ogos 1995. Risik juga disiarkan oleh suara kampus pelajar Johor, Tanjung Puteri tidak lama kemudian. Cetusan idea pertama Risik berasal daripada ayat ini:

“Oleh itu hendaklah keluar dari tiap-tiap golongan di kalangan mereka beberapa orang untuk mendalami ilmu agama, supaya memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).”

Tentunya ayat di atas boleh sahaja dikaitkan dengan peranan golongan agamawan Timur Tengah apabila pulang ke tanah air, lantas ia saya lanjutkan dengan lebih jauh ke dalam Salju Sakinah.

Malah beberapa pembaca prihatin yang setia mengikuti siri-sirinya di Utusan Malaysia sepanjang 2005 dahulu pasti menyedari bahawa saya ada menyelitkan fragmen Risik ke dalam Salju Sakinah pada sirinya yang berjudul Mimpi yang Panjang. Namun, semasa mengedit kembali novel bersiri itu sebelum dibukukan, saya terpaksa mengambil keputusan menggugurkan siri tersebut demi mengukuhkan lagi struktur naratifnya.

Untuk membaca cerpen Risik, boleh klik di sini.

2 komentar:

Tanpa Nama,  12:24 PTG  

Assalamualaikum Saudara Zaid Akhtar...
Ini first time saya singgah di blog anda.. tak sangka kita 1 sekolah dulu... Sebelum ni saya kenal novel salju sakinah itu tanpa mengenali penulisnya. Memang betul, kenangan si SMKAS memang hingga ke hari ini masih kekal dalam ingatan walaupun saya telah beranak 3.. Waktu itu saya masuk di tingkatan 4 dari kolej tunku ampuan marian jb, tingkatan 4 dan 5 dalam kelas sains...

Antara pelajar putera yang masih saya ingat(budak2 5 sains 1).., ujang, mahathir, tuyab, azam, mantoi, zaaba, damdam, zul dll... Pelajar puteri pulak, geng2 saya mid, zaidah, noreen, linie, juyat, siti aniza, rahizah, sheida,jusafariah, farakhdiba, lin robas,arwah yus sahila, syidah, salimah dll....

Rindunya dengan kalian semua...

Zaid Akhtar 12:38 PG  

Salam.
Saya batch ke-3
yang masuk pada 1990.

Terima kasih kerna sudi membaca
Salju Sakinah.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP