Sabtu, Ogos 30, 2008

Segalanya PASti

Begitu judul lagu nasyid baru yang didendangkan sebentar tadi oleh juara sulung Akademi Nasyid TV9, Azhan Atan. Tahniah! Mengejutkan juga apabila melihat Azhan mendakap para VIP di atas pentas termasuk Datuk Zahid Hamidi ketika penyampaian hadiah.

Azhan adalah satu-satunya peserta OKU dan cukup merendah diri. Menurutnya sebelum ini, "Bukan habuan RM100 ribu (hadiah utama Akademi Nasyid) itu yang saya kejar. Sebaliknya, inilah cara terbaik untuk kita mendekati golongan muda untuk menyampaikan mesej. Hendak mengajak mereka ke surau atau masjid, mungkin agak sukar kini. Justeru, menerusi program seperti inilah kita mampu mengajak mereka ke arah kebaikan."

Katanya lagi, "Hiburan itu suatu seni. Paling penting penyampaian kita dalam memberikan hiburan berguna. Setiap persembahan yang dilakukan, biarlah mempunyai mesej di dalamnya. Bukan setakat hubungan mata yang perlu ada di antara penyanyi dengan penonton, bahkan hubungan hati juga penting sekali.

Selain itu, Azhan juga mengetuai para pemuda yang cintakan Islam di Tanjung Piai, Pontian.

Untuk lebih mengenali Azhan, sila layari blog peribadi beliau di sini. Atau untuk menonton persembahannya, boleh juga klik di sini.

Memo: Gambar Azhan bersama sahabat dan peminat.

4 komentar:

Tanpa Nama,  12:50 PG  

salam kemerdekaan
salam ramadhan

seperti yang dijangka. auranya terserlah sejak minggu pertama. tahniah, inilah tuah(rezeki) Azhan, semoga usahanya diberkati.

fatinazmin 9:26 PG  

salam, ustaz zaid pun minat? memang kemenangan yang dijangka...sangat patut sdr Azhan menang...

Shamsuddin Kadir,  9:24 PTG  

Inilah kali pertama saya mengunakan duit saya untuk menghantar undian, kerana saya menyokong usahanya itu.

Semoga beliau akan sentiasa dirahmati oleh Allah.

Zaid Akhtar 10:31 PTG  

Fatin,
Vokal Azhan mmg unik. Sangat menusuk bila mengalunkan nasyid-nasyid berunsur ketuhanan dan penyerahan seorang hamba.

Tuan SK,
saya berbesar hati dengan kunjungan tuan ke blog saya yg seadanya ini.

Ada teman saya seorang ustaz di jabatan pelajaran negeri mengundinya sampai 7 kali. :-) Kebetulan ustaz itu pernah diurut tapak kakinya satu ketika dulu oleh Azhan yang pakar dlm rawatan refleksologi.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP