Selasa, Ogos 05, 2008

TMJ kembali!

Hairan bin ajaib. Kadang-kadang rasa kurang percaya pula. Benar, perkara sebegini tidak pernah terfikir akan terjadi dalam keluarga kami, tetapi telah terjadi. Bukan sekali, tapi dua kali!

Ahad lalu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) kembali buat kali kedua ke rumah Mak Long saya di Felda Endau (orang sebut Lembaga) dalam tempoh seminggu. Minggu lepas (26-27 Julai), TMJ singgah bermalam di sana dalam program Kembara Mahkota Johor baginda. Kali ini, baginda datang mencemar duli sekali lagi dengan niat untuk bermesra dengan keluarga Mak Long dan lebih dekat dengan rakyat jelata.

Hampir semua ahli keluarga saya pulang ke Endau untuk bermesra dengan TMJ dan melihat sosok baginda dengan lebih dekat. Maklum sajalah, pada minggu sebelumnya ada protokol-protokol yang perlu dipatuhi dalam KMJ. Rakyat penduduk Endau pun ramai yang berasa ralat tidak dapat rapat dekat. Kali ini, rumah Mak Long sendat dengan kunjungan penduduk setempat dan mukim Endau. Tok Kadi terpaksa datang, YB pun tersengih menjengah.

Dan kali ini juga, dua ekor lembu tumbang demi meraikan TMJ. Khabarnya, TMJ gemar benar santap sup ekor yang disediakan Mak Long minggu lepas hingga sanggup datang sekali lagi menjamah hidangan serupa di samping berpeluang bebas bergaul dengan rakyat jelata.

Menjunjung kasih, Tunku!

Memo: Buat kali kedua, saya tidak dapat pulang menyaksikan peristiwa bersejarah begini kerana ada urusan di KL. Lihat sahaja gambar kaum kerabat saya yang sakan bergambar kenang-kenangan dengan TMJ sejurus majlis santap.

Duduk dari kiri: Abang Awang (anak Mak Long), Abang Lee (anak sulung Mak Long), TMJ, Mak Long Yah, dan Aisyah.

Berdiri dari kiri:
Halmee, Khaidir, Kak Long Ani (isteri Abang Lee), Yusri, Mak Andak Noor, Kak Ani Keratong, Kak Ana, dan mak saya.

1 komentar:

masni qisrine 4:47 PTG  

wahh...seronoknya
bukan selalu ada peluang yg begini
bertuah betul sanak saudara ust

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP