Ahad, Oktober 19, 2008

MENARIK TAPI TAK ELOK UNTUK JANTUNG

Menonton perlawanan bola sepak adalah satu kegemaran. Saya jarang sekali menonton TM Liga Malaysia yang rendah kualiti permainannya. Biasanya saya menonton pada hujung minggu beberapa liga di Eropah, terutama Liga Perdana Inggeris (EPL). Namun tidak semua perlawanan menjadi pilihan, kecuali yang membabitkan pasukan Liverpool.

Liverpool - pasukan yang disokong sejak kecil - sudah 19 tahun tidak menjuarai Liga Inggeris. Sentiasa dibayangi oleh kelab-kelab kaya seperti Manchester United, Chelsea dan Arsenal. Barangkali badi jersinya yang berjenama minuman haram yang menjadi penaja sejak 1991. Namun kebangkitan kelab berjersi serba merah yang merupakan kelab paling berjaya di England ini mulai tercetus sejak kehadiran Rafael Benitez, pengurusnya yang berbangsa Sepanyol. Setelah beberapa tahun menunjukkan peningkatan, nampaknya musim ini The Reds kian terserlah ciri-cirinya untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama hampir dua dekad.

Setelah lapan perlawanan EPL berlangsung musim ini, The Reds belum lagi kalah malah mengiringi Chelsea mengepalai kedudukan liga. Paling menarik apabila kelab ini menunjukkan karekter sebuah pasukan unggul dengan 'bangkit setelah ketinggalan' sebanyak lima kali pada musim ini. The Reds menang setelah ketinggalan kepada Boro, Man Utd, Manchester City dan Wigan. Malah dalam perlawanan di tempat lawan dalam Liga Juara-juara turut mengejar dan menang 2-1 setelah ketinggalan kepada Marseille.

Perlawanan-perlawanan sebegini memang menarik ditonton, tetapi agak mendebarkan dan tidak baik untuk jantung. Begitu kata Benitez setiap kali ditemubual sejurus perlawanan. Awal bulan ini, Pool bangkit untuk menang secara dramatik dengan keputusan 3-2 setelah ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama di Man. City.

Dan semalam, Wigan pula menjadi mangsa kelima. Setelah kelab itu mendahului dua kali, Pool mula mempamerkan aksi hebat selepas rehat untuk menang 3-2. Namun minggu depan menjanjikan perlawanan yang lebih mendebarkan apabila The Reds akan bertemu pendahulu liga, Chelsea yang belum pernah kalah musim ini ( juga belum pernah kalah sebanyak 86 perlawanan liga berturut-turut) di Stamford Bridge.

5 komentar:

naimadnin 2:52 PG  

Salam,

Samalah kita sdr.Zaid, minat Liverpool dan badminton. Dulu-dulu saya sukakan Bellamy kerana lariannya yang kencang, tapi dia cepat naik angin..dah kena jual.Sekarang saya tiada mana-mana pemain pilihan sekadar mengikuti barisan strategi benitez.mungkin saya meminati benitez agaknya, hehe.

Buatlah cerita tentang bola pula! Masih belum ada novel tentang bolasepak di malaysia kan?

PakCu 9:01 PG  

harap rekod the blues lebur la. Anyway, games ada 30 lagi bro. Kalau ikut sejarahnya pool garang awal musim, pancit bila tiba mid-season. Tak begitu ? Kami akan buru 1 lagi kejuaraan musim ini bg menyama taraf juara EPL 18x. :)wait n see it !

KakChik 2:46 PTG  

nampaknya zaid boleh berkawan dengan suami kakchik yang memang peminat bola.
dia pun dah ada weblog khas untuk bola.

http://beritabola.bolacyber.com

Zaid Akhtar 5:25 PTG  

Naim,
musim ni Liverpool pelik sikit. antaranya 4 org pemain lawan dibuang pdg kerana mengasari Alonso.

Pakcu,
perjalanan masih jauh. tp pertolongan referee mmg selalu membantu MU. Patutnya Pool menang masa lwn Stoke, tp refereenya tak memasal kata ofsaid.

KakChik,
org laki2 mmg begitu. Tok Guru pun minat gusti.

mahasiswa 5:35 PG  

salam.

Best jugak kalau ade novel pasal bola.
Cinta yg famous di serata dunia boleh dibukukan, kenapa tidak bola yg turut memberi impak yg sama. :)

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP