Khamis, November 27, 2008

RFC

Adik ipar mahu memilih gadis Pulau Pinang sebagai teman hidupnya, lantas kami sekeluarga turut serta dalam rombongan meminang hujung minggu lalu. Saya tidak pernah memandu ke utara sehingga sejauh ini. Inilah kali pertama. Destinasinya di Sungai Dua. Satu fakta menarik yang harus saya akur sepanjang memandu adalah luasnya negeri yang dikuasai pembangkang. Dari Bangi hingga ke Tanjung Malim hingga ke Bukit Merah dan akhirnya tiba di Tol Juru.

Kami menginap di Hotel UiTM Permatang Pauh semalam dua. Majlis pertunangan berjalan lancar. Setelah semua selesai, ahli rombongan yang lain pulang semula ke Johor. Lalu kami tinggal sehari lagi untuk menjelajah daerah-daerah padat di sekitar Seberang Perai ini.

Namun saya lebih teruja untuk ke Sungai Petani. Susur keluar di Tol Sungai Petani Utara, ambil kiri, masuk ke Bandar Lagenda, kami menemukan premis RFC di seberang jalan.

RFC - Radix Fried Chicken. Ia adalah restoran makanan segera pertama bumiputera-Islami di bawah HPA. Halal menjadi keutamaannya. Dan kita tahu reputasi HPA yang memiliki kilang di Jejawi sebagai pengeluar produk Islami yang semakin meningkat naik kini. Motonya, jika tidak silap, 'mencari yang halal itu fardu'. Ia beroperasi dari jam 10-30 pagi hingga 11-00 malam.

Ramainya pelanggan di RFC memaksa saya berbaris selama 25 minit sebelum beroleh juadah yang diidamkan. Ramai juga yang berkopiah dan berjubah di dalamnya. Ketara, ayam herba gorengnya juga lebih ummppphhh daripada KFC!

Memo: Beruntung sekali penduduk Sungai Petani yang berdekatan dengan RFC. Yang jauh-jauh, terpaksalah masuk juga ke KFC atau McD. Kalau ke utara lagi, kami takkan lupa singgah di Sungai Petani!

6 komentar:

benuasuluk 4:47 PTG  

patut terus sampai ke pokok sena - lagi rasa luas negeri pembangkang. :)
Saya tak pernah sempat lagi merasa RFC walau kerap balik. Tapi dari cerita adik dan kawan2, uiiih teringin juga nak singgah SP bila ada kesempatan balik lagi.

cikliah 11:42 PG  

Salam Perkenalan...

Dapat juga Ustaz menikmatai RFC. Saya terlepas menikmati RFC dalam kunjungan ke SP semasa raya tempohari kerana tidak larat lagi hendak menunggu...

Harap RFC cepat menular ke seluruh pelusuk Malaysia... ;)

Zaid Akhtar 10:28 PG  

Benuasuluk,
singgah jangan tak singgah.
lazat. kalah memey tarik.
:-)

Cikliah,
rugi ler...
cuba lagi di ziarah lain.

cahaya petunjuk 9:52 PG  

assalammualaikum... tumpang lalu di blog ni. hehehe RFC? Sedap cuba sekali nak lagi.... kalah KFC dan McD

axim 10:46 PTG  

dah dekat dengan umah saya tuh..hehe

Zaid Akhtar 12:36 PTG  

Berita gumbira!

Insya-Allah, RFC akan dibuka tidak lama lagi di Kota Bahru dan Kluang, Johor. Khabarnya sekitar awal 2009.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP