Khamis, November 20, 2008

SIAPA DAPAT MENEKA POTENSINYA?

Lebih seminggu lalu saya menerima satu e-mel mengejutkan daripada seorang editor PTS Millennia. Khabarnya, Salju Sakinah akan masuk kilang untuk cetakan keempat dalam seminggu dua ini. Syukur. Saya tidak terkata apa selain melafaz tahmid. Diulangcetak kali keempat setelah 7 bulan terbit adalah mengejutkan. Ia sesuatu yang luar biasa bagi saya. Benar. Sesuatu yang di luar duga.

Hakikatnya, tiga novel saya sebelum ini, meskipun menawarkan latar yang agak berbeza dengan novel-novel di pasaran, cukup sukar untuk habis di pasaran (walaupun sukar ditemui! - kecuali di Ujana Ilmu). Setakat ini, hanya Sesegar Nailofar yang "berjaya" diulang cetak. Yang lain-lain, untuk menghabiskan 3000 naskhah boleh menelan masa empat lima tahun barangkali.

Namun SS ini jelas berbeza. Barangkali perjalanan panjangnya yang berliku sebelum lahir sebagai sebuah novel dan buku juga membuatkan ia sedikit istimewa. Hanya "kami-kami" yang tahu betapa saya pernah hampir blank ketika menulisnya secara bersiri. Malah dua rumah penerbitan tidak jadi untuk "dijodohkan" dengan novel ini walaupun pernah "bertunang" beberapa bulan lamanya sebelum PTS Millennia datang menyapa mesra.

Ia bukan novel terbaik daripada saya. Namun saya berdoa, moga hayat novel ini akan panjang - lebih panjang daripada usia saya. Bukan setakat mampu berdiri dalam bentuk buku, tetapi dalam medium-medium lain juga. Ya, siapa dapat meneka potensinya?

Memo: Rekod cetakan Salju Sakinah sejak April 2008.

18 komentar:

Sabiah 9:12 PG  

salam hormat,

saya masih dalam proses menghabiskan bacaan salju sakinah.jalan cerita yg menarik,byk memberi pengajaran.tahniah buat ustaz.

Hany FF 12:40 PTG  

Wah, tahniah Ustaz. Teruskan perjuangan dakwah ;). Saya suka sebab ceritanya cukup panjang untuk dihayati, teruskan! Dengan penulisan mantap, dan pesanan-pesanan zikr drp penulisnya, tambah rasa untul SS.

p/s: Suka novel tebal-tebal, baru momentum penghayatannya 'sampai'. My personal opinion.

A. Ubaidillah Alias 4:05 PTG  

Abang Zaid,

Tahniah! Nanti masih mahu minta testimoni untuk novel seterusnya. Harap benar tu.

:)

-ubaid-

Zaid Akhtar 11:12 PTG  

sabiah,
moga beroleh manfaat. syukran.

HanyFF,
susah nak tulis panjang2. bimbang cerita jadi longgar. justeru utk menebalkan muka surat bukanlah hambatan sebenarnya. sedang2 lebih baik. :-)

Ubaid,
saya bukan nama besar. Sekadar menyokong dan tambah memeriah.

In The Nite Garden 11:57 PG  

Salam saudara zaid,
saya ke MPH di Alamanda sebulan yg lalu. ketika membelek2 nk cari novel Habiburrahman, saya ternampak novel salju sakinah ni..
saya gemar baca novel karya indonesia ketika dibangku sekolah lagi. cuma sejak sy bekerja sy kurang punya waktu terluang utk membaca novel.
Tarikan pertama sy ketika melihatnya adalah sepasang mata wanita itu yang sgt cantik.
Tarikan kedua saya pada komentar di belakang novel drpd saudara Azizi Hj Abdullah, novelis Seorang Tua di Kaki Gunung. Lantas saya membeli novel ni.
tp sampai skrg sy msih blum mula mmbacanya krn kesibukan sy.. Makanya sy hanya dpt beri sebarang komen ttg isinya stlh abis mmbacanya..
Maaf, pjg sgt komen sy ni (",)
Salam

Zaid Akhtar 11:15 PTG  

in the nite garden,

Alhamdulillah,
saya terasa sgt beruntung mendapat sedikit 'sentuhan' Tukya Azizi di kulit belakang SS.

Terima kasih krn sudi membaca.
jangan lupa ya, memberi komentar setelah selesai membacanya nanti.

HSO Organization Ltd 9:59 PG  

Tahniah kerana cetakan keempat Novel Salju Sakinah..

amalhijazz 4:25 PTG  

tahniah..salhu sakinah mendapat tempat kerana penulisannya melalui hati, justeru hasilnya juga menyentuh hati-hati pembaca..
semoga terus berjaya menghasilkan karya bermutu..
tahniah sekali lagi buat ust..
http://halimelqeat2.blogspot.com

Husaini 12:13 PG  

Salam'alayk Ustaz,
Tahniah atas cetakan yang ke-4 untuk novel Salju Sakinah.

Saya antara yang mengikutinya di Utusan dulu, minggu demi minggu sehingga tamat. Rupa-rupanya di sebalik lamanya tempoh percetakan SS membawa rahmat apabila berjaya mencapai best-seller di bawah penerbitan PTS. Mubarak!

Zaid Akhtar 9:14 PTG  

HSO Org Limited,
terima kasih atas sokongan.

amal hijjaz,
moga apa yang lahir dari hati akan masuk ke hati. paling utama, mesejnya sampai.

husaini,
terima kasih kerna setia mengikutinya. SS edisi buku lebih kemas berbanding edisi surat khabar. hampir 7 ribu perkataan edisi asalnya yang saya buang demi memantapkannya.

sitinurulhawa,
Allahu yubarik fiki. :-)

kak ila 10:05 PTG  

hai, assalamualaikum. kak ila singgah sekadar membalas kunjungan, blm lagi sempat mengutip kesemuanya.Tapi apa2pun, tahniah kejayaan novel adik. dicetak kali ke 4 sdh dikira berjaya. berkongsilah ilmu adik dgn penulis macam kami...

Maryam Abu Ahmad 7:55 PTG  

tahniah atas ulang cetak.. kali keempat dalam masa kurang setahun? subhanallah...

saya tetap paling menyukai rona bosphorus. :)

AinaDayanaHilmi,  7:58 PG  

tahniah ustaz! saya juga antara orang yang mengikuti siri SS di Utusan Malaysia satu waktu dahulu :)
semoga terus dapat menghasilkan karya yang baik dan mendidik masyarakat. semoga ALLAH memberkati usaha ustaz :)

Zaid Akhtar 10:30 PG  

kak ila,
akak pun apa kurangnya?

kak maryam,
terima kasih.
RB juga dekat di hati saya.

ainadayana,
Allah yubarikfiki.
menulis novel bersiri ni 'seksa'.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi 9:10 PG  

Tahniahlah syeikh, ana tumpang gembira, apabila rakan-rakan berjaya. Tumpang tolong doa agar kejayaan jadi milik kita bersama-sama. Sejuk perut isteri yang berkorban masa dan cinta melihat suaminya mengadap komputer. Sejuk perut mak yang melahirkan anak punya jihad dalam medium tinta.

Tanpa Nama,  4:47 PTG  

sebelum mengenali penulis...

membaca karya yg berepisod dgn latar jiwa muslim yang indah dan gubahan dugaan yang muncul menerbitkan rindu dan doa.

dan di episod terakhir. tidak sama dengan penulis2 lain di ruangan karya agama tersebut. kenapa ia menjadi novel yang terbaik... Dialah yg lebih mengetahui.

walhal masih ada kekurangan yang boleh dimantapkan lagi. semoga dapat menghasilkan ss2 pula. Nak juga mengikiti kisah Sumayyah dan Naufal, apalagi dugaan dan nikmat dalam melayari bahtera hidup.saat yang paling indah waktu mereka dipertemukan untuk menyatakan hasrat hati,hehe..


(nurrun)

zaid 5:45 PTG  

ibnu kurawi,
anta apa kurangnya. moga bersama berjaya menjadi novelis Islami prolofik.insya-Allah.

nurrun,
haaza min fadli Rabbiy.
:-)

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP