Jumaat, Disember 19, 2008

AMBILlah IJN

Sekiranya jaminan itu dapat diberikan oleh pihak yang nak mengambil alih, mungkin pandangan kita terhadap pengambilalihan ini tidak begitu keras sangat – Perdana Menteri

Syarikat Sime Darby mesti memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memastikan golongan miskin tidak dipinggirkan –Timbalan Perdana Menteri

Kalau kita perhatikan projek-projek lain yang telah diswastakan, bayarannya terus meningkat – Datuk Dr. Chua Soi Lek, Timbalan Presiden MCA (Bekas Menteri Kesihatan)

Sumber: Utusan Malaysia 19 Disember 2008.

Memo: Santainya respon PM dan TPM. Macam boleh diambil alih bila-bila saja. Rasanya respon Dr. CSL lebih 'berjiwa rakyat' berbanding dua orang itu. Hari ini khabarnya ditangguhkan dahulu keputusan pengambilalihan itu. Mungkin tunggu selepas PRK Kuala Terengganu.

4 komentar:

Tanpa Nama,  12:08 PTG  

salam ziarah,

rasa ana...alah konfem dapat kat sime darby punyelah..dan kalu dapat konfem harga naiklah..apa la bagusnya pak najib ckp cam tuh.. pak lah pun bagus gak kepala otak.. mmg ada bahagian punyelah kalu bagi kat sime darby..

alahai..dunia ini ana yg punya!

anak mukim banggu,
taman bukit angkasa
kuala lumpur

Azhar Salleh 11:25 PTG  

Pertama sekali, tentang IJN, rasa-rasanya bala Tuhan akan turun kpd UMNO dan pemimpin2nya yg tidak jemu-jemu makan duit rakyat! Tahniah kpd mereka kerana mungkin tidak pernah tengok program Bersamamu TV3, dan hanya layan SEHATI BERDANSA!

Kedua, tahniah kerana novel Justeru Impian di Jaring telah dibicarakan dengan baik melalui Teori Taabudiyah, tadi di Perpustakaan Sultan Ismail. Mungkin saya agak terkilan kerana masa suntuk amat untuk terus saya melontarkan soalan, antaranya proses penghasilan karya yg dilakukan oleh saudara Zaid. Namun begitu, saya doakan Zaid akan terus menghasilkan karya-karya hebat!

Azhar Salleh
(Pendukung Bahasa Terpinggir)
witra@pd.jaring.my
http://witra.blogspot.com

Zaid Akhtar 10:46 PTG  

Anonymous,
tunggu dan lihat.
biar rakyat leka dulu.

Sdr. Azhar Salleh,
Tahniah juga sbb melantangkan suara berbicara ttg PPSMI. Keji dan cabul sungguh perbuatan mereka yang cuba mendaulatkan bahasa penjajah. Layakkah mereka digelar Melayu, saudara?

Azhar Salleh 1:42 PG  

Saudara Zaid,
Saya tidak sesekali akan gentar untuk terus bersuara tentang PPSMI jika ada ruang dan kesempatan. Mujurlah Tuhan memberikan ruang tersebut kepada saya melalui program ceramah saya selama ini. Jikalau saudara bertanya layakkah mereka digelar Melayu, saya percaya bahawa mereka telah mencapai status terkeluar daripada bangsa, yang saya namai sebagai MURTAD BANGSA!

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP