Jumaat, Disember 12, 2008

BERITA PILU BANGSAKU

KL- 11 Disember: ... Sementara itu, diminta mengulas pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, Hishammuddin berkata, kementerian mengekalkannya kerana keputusan itu diambil demi masa depan negara.

Katanya, kementerian sentiasa mengambil berat setiap aduan berkenaan program itu dan mengadakan mesyuarat dengan semua pihak bagi mempertimbang perubahan selain mengkajinya secara terperinci.

‘‘Oleh itu, ugutan membuat demonstrasi terhadap isu itu adalah pelik. Terserah kepada mereka kerana kita menelitinya demi masa depan negara. Bersandarkan akal rasional dan matang kita mendapati ia mekanisme yang tepat,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Hishammuddin berkata, buku Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia memperlihatkan bagaimana Raja Melayu di Semenanjung suatu ketika dulu diperdaya untuk menyerahkan kuasa atau menerima masuk penasihat Inggeris ke negeri Melayu.

Sumber asal.

Memo:

1. “Apabila sesuatu urusan itu diserahkan bukan kepada ahlinya, maka nantikanlah kehancuran” - Hadith riwayat al-Bukhari

2. Berita menjengkelkan ini sewajarnya lebih diberi perhatian daripada berita isu papan tanda pelbagai bahasa di Pulau Pinang yang dipolitikkan

3. Inilah dosa Tun Mahathir yang mahu dikongsi pemimpin selepasnya!

Klik sini untuk mendengar suara hati rakyat tentang PPSMI

4 komentar:

Nurjannahtul Ajila 2:34 PTG  

Salam...inilah buktinya bangsa kita masih terjajah.Anak melayu berbahasa asing di sanjung tinggi tapi yang boleh berbahas arab di pandang jengkel..Dunia membutakan mata diperhatikan tapi yang membutakan hati tidak langsung dipedulikan.

Zaid Akhtar 10:13 PTG  

Bila jati diri sudah terkikis dan terhakis, beginilah jadinya. Berfikir pun dalam bahasa asing.

Ketara, mereka lebih memikirkan kepentingan 'perut',kroni dan jawatan daripada kepentingan masa depan generasi akan datang. :-)

iman balqis 10:19 PTG  

salam...

ustaz, saya pelik
apa masalahnya dengan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris?
mengapa ia menjadi satu isu besar?
sebagai generasi baru, generasi pra-perintis sains dan matematik diajar dalam bahasa inggeris, sy dan rakan-rakan tidak merasakan ia sesukar mana.

saya merasai perkara itu.
tingakatan 1 hingga 5 kami belajar dalam bahasa melayu, tetapi semasa di matrikulasi bertukar ke bahasa inggeris.untk pengetahuan ustaz, saya mengambil aliran sains hayat ketika di matrikulasi dan sains kimia di universiti.
saya rasa ia tidak sesukar mana. saya berjaya di matrikulasi dan sekarang dengan bangganya saya telah berjaya mengenggam segulung ijazah.

untuk pengetahuan ustaz juga walaupun 90% subjek-subjek semasa diuniversiti diajar dalam bahasa inggeris, kebanyakan graduan masih lemah berkomunikasai dalam bahasa inggeris. di mana silapnya? atau kami terlalu lembab? kebayakan temuduga pekerjaan di sektor swata menggunakan bahsa inggeris sebagai pengantara. ini hakikat yang perlu kita telan. untuk maju kita harus menguasai bahasa inggeris TETAPI bahasa melayu tetap di agungkan. saya sendiri masih boleh bertutur dan membaca dalam bahasa melayu denagn baik. meminati karya-karya sastera bahasa melayu. tidak terhakis jiwa melayu saya kerana bahasa pengantara semasa belajar matematik dan sains adalah bahasa inggeris.

tolonglah, saya bosan dengan kenyataan orang melayu yang takut dengan bayang-bayang sendiri. kononnya pejuang bahasa, tapi sebenarnya penakut untuk bersaing. mereka lebih suka melihat anak bangsa mereka lemah dan di tindas!

sekian, wasalam

Zaid Akhtar 9:01 PTG  

Iman Balqis,

maaflahkan saya.
sungguh-sungguh saya letih dengan orang Melayu yang pemikirannya seperti anda.

selamat bermuhasabah, dan tolonglah kembali menjadi LEBIH Melayu!

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP