Isnin, Disember 15, 2008

SEHARI SEBELUM EIDIL ADHA

Kali pertama saya menjejakkan kaki ke Perbadanan Perpustakaan Awam Johor, di Jalan Yahya Awal. Cantik tempatnya, bangunan tiga tingkatnya juga. Banyak betul meja dan kerusi kayu. Ala-ala coffee house. Memang sesuai untuk dijadikan tempat santai ulat-ulat buku. Khabarnya baru tiga bulan beroperasi.


Terima kasih saya ucapkan atas layanan mesra staf PPAJ yang sering tersenyum dan mesra menegur saya. Begitu juga buat dua staf MPH JB City Square yang sangat peramah - Sdr Arif Faizal dan Puan Sherene Faridah. Walaupun PPAJ petang itu agak lengang, tetapi hati saya senang.

Memo: Foto-foto adalah ihsan www.srikandi87.blogspot.com

6 komentar:

Blog Rasmi Motivasi Minda 1:27 PG  

Ruang legar dengan kerusi meja kayu berwarna gelap mengingatkan saya kepada kopitiam.

Konsep hiasan dalam yang menarik.

ZAMRI MOHAMAD
www.motivasimindamu.blogspot.com

S.K 7:06 PTG  

Salam,

alamak, kali ni tak sempat nak temankan lah, Ustaz... ana ada di KL waktu tu ;D
Kalau tidak, ada banyak perkara yang nak dibincangkan...

Dan tak sempat pulak nak uar-uarkan... tapi anakdidik, kalau guru tak ikut, tak nak pegi lah pulak...

Wassalam.

sitinurulhawa 11:55 PG  

salam ustaz,

saya ingin sekali nak pergi, dah nampak iklan di MPH. tapi hujung minggu kena pulak nak raya haji, jadi tak dapt datang sebab balik kampung. Kali lepas promo di angsana pon tak dapat dtg sebab balik kg juga. :|

macammana nak beli salju sakinah tros dr ustaz? saya nak yg berautograf ;)

Nisah Haji Haron 3:55 PTG  

Hiasan dan persembahan perpustakaan begini, barulah semangat nak ke perpustakaan setiap hari!

Zaid Akhtar 7:07 PTG  

Tuan Zamri,
iya, persis kopitiam. Tapi perkataan itu tak muncul-muncul dalam benak saya semasa menulis entri ini.

SK,
Chicago tak seindah Johor Bahru.

Awa,
Belilah novel tu dulu. Bawa ke Perpustakaan Sultan Ismail Sabtu ni. Nanti saya sign. :-)

Puan Nisah,
buku-bukunya masih tandus. Maklum saja baharu. Boleh juga bawa laptop untuk melayari internet jika mahu. Tapi saya suka suraunya.

S.K,  7:05 PTG  

salam,

Ustaz, you know I lurrrvvvve my Chicago...

Tak dapat hadir juga hari ini sebab jumpa anakdidik untuk urusan lain...

Teruja sangat-sangat untuk ke perpustakaan tu... Di Chicago, cuma sempat lalu perpustakaannya saja... tak sempat melawat kerana harinya terlalu singkat... jam 4 lebih dah maghrib... Art Institute pun terlepas, sebab dah tutup...

Wassalam.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP