Ahad, Disember 21, 2008

SEMALAM di JOHOR BAHRU

Semalam saya hadir bersama seorang rakan ke Bicara Karya Sastera Johor 2008 di Perpustakaan Sultan Ismail, Johor Bahru. Sebagaimana maklum novel keempat saya - Justeru Impian di Jaring (JIdJ) dibicarakan oleh Tuan Shahrun Nizal Mohd Nor dari DBPKL.

Nampaknya ini kali kedua JIdJ dikupas. Kali pertama oleh Dr. Kamariah Kamarudin yang sangat mahir dengan Teori Takmilah menerusi kertas kerjanya JIdJ: Penelitian Terhadap Nilai Sahsiah dan Maruah Insan pada Ogos 2007. Kali ini Shahrun Nizal mahu menyorotnya menerusi pendekatan Teori Sastera Pengabdian pula lewat kertas kerjanya yang berjudul JIdJ dari Perspektif Teori Taabudiyah.

Secara peribadi saya sangat gembira dan bertuah tentunya apabila novel ini yang saya kira paling kurang 'menjaring' pembaca tetapi telah 'dilihat' menerusi kaca mata kedua-dua teori sastera Islam tersebut.

Terima kasih kepada Tuan Shahrun Nizal yang turut melihat beberapa aspek kelemahan dan kekurangan novel tersebut. Terima kasih juga kepada Bahagian Teori dan Kritikan DBP, DBPWS, dan PPJ yang menganjurkan program bermanfaat sebegini dan sudi memilih JIdJ sekali lagi.

Dan terima kasih juga kepada pihak tuan rumah iaitu PSI yang mengejutkan saya apabila diminta mencoretkan sepatah dua kata dan tanda tangan pada kad manila untuk dipamerkan di ruang pameran perpustakaan.

Memo: Untuk gambar dan tulisan lanjut sila ke sini.

5 komentar:

zulkhair 12:18 PTG  

Tahniah untuk banyak perkara termasuk 2 mesej yang amat kuat, yang dilestari di PSI di bumi Larkin.

S.K,  2:18 PTG  

Salam,

Ustaz, kurang menjaring? Waahhh, mau cari gadoh, ka? Ini novel feberet S.K dari Ustaz, tau! Tiap kali perbincangan novel Islami di mana-mana, novel inilah yang akan S.K gunakan sebagai contoh novel Islami yang ringan tapi sarat mesej...
Seperti yang pernah S.K katakan, kulitbuku aje yang memang tak menyelerakan langsung...

Okeylah, okeylah, nanti tolong buat promosilah...

Ada anakdidik memang dah jatuh cinta pada Salju Sakinah lebih daripada TTD (betuah punye anakdidik, mau cari gado sama guru...)... Jadi, buat mereka, bleh lah dicadangkan JIdJ juga tahun depan...

Wassalam...

S.K 2:58 PTG  

Salam,

ok, ok, serius sikit...
(Sori, kalau ada yang tersinggung bahasa di atas... S.K tak suka cari gado, huhu...)...

Boleh tak Ustaz rumuskan apa yang dibincangkan dalam kertas kerja itu? Atau Ustaz tahu siapa yang pergi dan ada masa untuk rumuskan?
Maklumlah, novel ZA yang paling disokong, jadi, nak tahu apa ulasan mengenainya...

Terima kasih :)

Wassalam.

Zaid Akhtar 1:06 PG  

Tuan Zulkhair,
2 mesej kuat?
Moga itulah yang akan diperjuangkan oleh setiap kita.

SK,
janganlah taasub sangat.:-)
apalah sangat SS jika nak dibandingkan dengan AAC dan TTD.

insya-Allah.
kertas kerja itu akan saya paparkan nanti, sedikit masa lagi, tapi bukan kesemuanya. mungkin petikan-petikannya saja.

S.K,  12:02 PTG  

Ustaz, apa plak "taasub"?
Passionate, lah... punya "nyalarasa" tinggi ;-D

TTD dekat di hati, kemudian SS... AAC tak menghampiri hati langsung... okeylah, mungkin, ada dalam hati, tapi jaohhhh...

Sebuah lagi novel kecintaan yang jarang dibicara ialah "SSPJ - Surat-Surat Perempuan Johor". Tapi, tahun depan, harus mula promosi karya penulis lain. Saya rasa macam "berhutang" sedikit dengan Pn Nisah Haron kerana karyanya "Tawarikh Cinta" itu sangat tinggi nilainya buat penduduk Pulau Senonet...

Wassalam.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP