Sabtu, Februari 16, 2008

JIdJ di Berita Harian

JUSTERU Impian di Jaring karya Zaid Akhtar merakam cabaran pemain badminton kebangsaan, Syahir yang terpaksa berdepan pelbagai kontroversi bagi melayakkan diri ke Kejohanan Terbuka Johor sehingga akhirnya membawanya ke Kejohanan Badminton Dunia di Jakarta.

Novel remaja setebal 174 halaman terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd berharga RM16 ini turut menyelitkan dakwah dan syariat Islam termasuk pemakaian menutup aurat apabila Syahir mendapat jolokan ‘ustaz’ tanpa mengenepikan rencah cintanya dengan Wan Najlah yang turut menutup aurat.

Bintang: 4 bintang

(Sumber: Berita Harian, Sabtu, 16 Februari 2008)

Memo: Terima kasih teman wartawan di Berita Harian kerana sudi menampilkan novel Utusan. :-)

Read more...

Rabu, Februari 13, 2008

SERONOK PULAK!


Hari Ini (Rabu): "Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini."

Semalam (Selasa): "Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen."

Memo: Ramai yang menggaru kepala bila membaca akhbar hari ini (Rabu) apalagi setelah mendengar pengumuman mengejutkan tadi. Dalam kepala mereka barangkali tercetus nama empat ekor ikan: Siakap, sinohong, gelama dan duri.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP