Rabu, Mei 21, 2008


Memo: Bagi para pembaca di Batu Pahat, dapatkan Salju Sakinah di Kedai Buku Popular, The Summit, Batu Pahat dengan harga RM19.50 sahaja!

Promosi Salju Sakinah

--> Saya akan muncul dalam slot MHI, di TV3 pada 7.30pg, Isnin, 26 Mei 2008 bagi mempromosi Salju Sakinah!

- Silakan mendengar iklan Salju Sakinah secara audio di sini!
-Dapatkan Salju Sakinah dengan diskaun 20% sepanjang Mei di sini!
-Bagi yang membelinya di gedung-gedung MPH, akan beroleh paper bag khas Salju Sakinah.


Ulasan2 Salju Sakinah

i

Salju Sakinah adalah antara novel terbitan PTS yang paling laris jualannya semasa di Pesta Buku KL baru-baru ini. Rak tempat novel ini diletakkan sentiasa dikerumuni orang ramai. Berdasarkan pemerhatian rambang, kebanyakan pembelinya adalah para pelajar sekolah agama dan universiti seperti UIA, KUIS, USIM serta yang sewaktu dengannya. Ya, lautan tudung labuh selalu sahaja menyerang rak novel cinta Islami PTS!

Baca lanjut ulasan novelis Firdaus Arif ini di sini.

ii

Ingin aku tekankan di sini, novel tersebut bukanlah seperti novel pop kontemporari yg mengajak manusia leka dengan dunia cinta, sebaliknya Salju Sakinah adalah salah satu daripada sekelumit novel-novel Melayu yg berunsur irama Islamic. Santai untuk dibaca malah diterapkan dengan pelbagai unsur Islam berlatarbelakangkan kehidupan seorang siswazah di Universiti Yarmouk dan pengalaman menghidupkan usaha dakwah di kampung halaman yg sarat dengan mehnah dan ujian daripada masyarakat dan keluarga. Antara lain yg menjadi pendorong untuk aku membaca novel tersebut adalah kerna jalan cerita yg 'dekat di hati'.

Baca lanjut entri anak lelaki pemilik MK Berkat Enterprise yang kilangnya menjadi inspirasi kepada saya menggarap latar Desa Wali Foods Sdn Bhd dalam novel ini.

iii

"Saya amat percaya bahawa seorang novelis harus menjadi manusia dualisme terutama apabila ingin mengangkat pemikiran pro-kontra masyarakat yang pelbagai. Pertentangan jalur pemikiran dalam masyarakat hanya boleh digarap apabila novelis menjadi manusia dualisme. Inilah kekuatan yang memberi kesan dalam watak-watak protagonis dan antagonis yang digarap dalam Salju Sakinah."

Boleh baca lanjut resensi novel Salju Sakinah tulisan penulis muda yang sedang mencipta nama, Sdr Naimisa Yusof di sini.

Read more...

Isnin, Mei 19, 2008

KERANDA 62?


Hari ini, Tun Mahathir mantan PM keempat bertindak keluar daripada Umno. Malah ahli-ahli Umno juga diserunya supaya keluar parti beramai-ramai. Tindakan Tun yang dianggap menggemparkan ini juga serentak dengan desakan kerasnya agar Pak Lah meletak jawatan. Beliau yang dilihat lebih berkarisma dan banyak berjasa kepada negara tidak akan menyertai semula Umno yang baru seminggu menyambut hari lahirnya yang ke-62 selagi Pak Lah tidak meletakkan jawatannya sebagai PM dan Presiden Umno.

Sebetulnya rakyat tidak harus terlalu terkejut, apalagi ahli-ahli Umno - baik yang baru mahupun yang lama. Tunku Abdul Rahman, PM pertama kita pun dulu vokal mengkritik Dr.M, lalu bertindak keluar Umno malah menyertai Semangat 46. Tun Hussein Onn pun keluar parti akhirnya. Lebih dahulu lagi bapanya, Dato' Onn Jafaar selaku Presiden Umno pertama pernah melepaskan jawatan, lantas keluar parti, dan menubuhkan Parti Negara. Tun Mahathir dikira orang keempat. Presiden-presiden sebelum ini dah bikin gempak sebegini lebih dulu.

Malah rakyat seharusnya sedar betapa dengan tindakan berani Tun itu, negara sebenarnya sedang menghadapi krisis kepimpinan negara. Tidak kiralah dia Umno, Pas, atau parti apa sekalipun. Isu ini adalah isu semua. Krisis ini akibatnya akan dirasai bersama. Apabila mantan PM mempertikaikan PM yang dilantiknya sendiri, jelaslah isu ini adalah isu besar.

Namun bagi kebanyakan rakyat marhaen rasanya ada perkara yang lebih besar. Bagi mereka, kini harga beras adalah perkara terbesar. Siapa pun PMnya harga beras mestilah boleh dikawal dan sebarang alasan kenaikan mestilah wajar.

Dan bagi rakyat yang lebih prihatin pula, dasar peminggiran Bahasa Melayu yang dimulakan pada zaman Tun dan diteruskan pada zaman Pak Lah ini adalah perkara yang jauh lebih besar!

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP