Sabtu, Jun 14, 2008

Reviu Salju Sakinah dalam BH 14/6/08

Salju Sakinah novel Islami
Angkat semangat wanita Islam pertama syahid
Oleh Farah Wahida Md Razid

SALJU Sakinah karya Zaid Akhtar membawa pembaca menghayati liku hidup Sumayyah, sebagai anak yang berusaha memenuhi impian keluarga dan diri untuk bergelar siswazah dalam bidang bahasa Arab apabila mendapat peluang melanjutkan pelajaran di Jordan.

Penulis yang pernah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ini berusaha menganyam nilai Islam dalam novelnya dengan mengemukakan beberapa hadis di samping sengaja mengambil Universiti Yarmouk sebagai latar cerita.

Baca lanjut.

Memo: Novel ini juga menjaring perhatian pengulas dalam Milenia Muslim edisi Jun 2008.

Read more...

Ahad, Jun 08, 2008

PETRONAS O PETRONAS

O, Petronas
Bagaimanakah agaknya bentuk akaunmu
setelah 34 tahun kau berdiri menghirup galian di perairan Terengganu?
O, Petronas
Jika dua menara berkembar itu mampu teguh berdiri
jangan kau biarkan kami tuanmu
tertiarap mencium bumi.
O, Petronas
Jika kau upaya menaja pasukan Formula Satu
apa pula habuannya untuk kami?

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP