Jumaat, Julai 04, 2008

WADUH, MASIH BOLEH SENYUM?

Barangkali bekas pelajar Uniten ini, selain tinggal di kondo mewah, juga memiliki jiwa yang besar, semangat yang kental, mentaliti yang teguh, dan tidak terkecuali cita-cita yang agam. Walaupun mendakwa dirinya telah di*&+_#$%@ oleh DSAI beberapa kali, tetapi masih mampu mengukir senyuman penuh keyakinan sambil melambai-lambaikan tangan kepada para"peminatnya" yang terdiri daripada para wartawan.

Luar biasa!

Read more...

Isnin, Jun 30, 2008

EL NINO dari LIVERPOOL

Dalam pada tercengang-cengang sambil menggeleng-geleng tidak percaya melihatkan drama $@^%&%)((^%*#!& yang pernah muncul 10 tahun lalu berulang semula, sempat juga menonton aksi hebat Fernando Torres, legenda baru Liverpool yang membantu Sepanyol menjulang Euro 2008 setelah menewaskan Jerman di Vienna.

Puas hati. Walaupun agak kecewa setelah Belanda - pasukan yang bermula dengan aksi cukup menghiburkan - yang disokong pada awalnya terkandas di suku akhir, persembahan Sepanyol yang menampilkan corak hantaran-hantaran pendek yang kemas menjadi penyeri kepada kejohanan kali ini.

Pasukan yang bermain cantik, penuh seni dan cenderung menyerang akhirnya menang, memang sesuatu yang wajar. Berbanding jika dimenangi pasukan yang hanya gemar bermain bertahan, menyerang balas dan menghabiskan masa dengan bertekak dengan pengadil seperti Greece dan Itali.

Ya. Sepanyol yang gemar menyerang menang. Jerman yang defensif kecundang. Tetapi dalam drama ulangan 1998 yang tiba-tiba mengganggu tumpuan kita, pihak yang selama ini enak menyerang tidak semena-mena berada dalam keadaan bertahan pula. Yang ofensif kini bertukar defensif. Lalu terlupalah masing-masing seketika. Lupa pada harga minyak yang naik dan akan naik. Pada keturunan Tartar yang pernah muncul menggegar sebahagian dunia.

Read more...

Ahad, Jun 29, 2008

MOGA KEBENARAN TERSERLAH



Tuhan, lindungilah kami daripada fitnah akhir zaman

yang lebih zulmat daripada kegelapan malam

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP