Rabu, Julai 16, 2008

TAHNIAH SHABERY!

Jutaan tahniah harus diberikan kepada Datuk Shabery Cheek atas keberaniannya berdebat secara terbuka selama sejam menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di DBPKL, malam tadi. Macam inilah pemimpin@menteri yang sepatutnya, bukan sekadar pandai bermain retorik dan memanipulasi ruang media yang dimilikinya tetapi mampu tegak berdiri dan tidak gentar untuk bertikam hujah di depan khalayak.

Namun, serasanya beliau bukanlah lawan yang setanding dengan DSAI. Kalau dengan Datuk Husam Musa pun susah hendak menang. Kerap kali benar beliau tersasar dan keluar dari topik perbincangan "hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak". Tambahan pula, DSAI yang akan disoal siasat polis hari ini, langsung tidak mahu menyerang balas apabila peribadinya disentuh. Ungkapan "Demonstrasi Baling" yang disebut dua tiga kali jelas tidak bermakna apa-apa dan membuatkan DSAI tersenyum sambil menggeleng kepala.

Konklusinya, walaupun hanya 52 minit (tolak lapan minit iklan) pihak pembangkang diberikan peluang, hujah DSAI tampak lebih kukuh berbanding hujah Datuk Shabery yang tidak konsisten dan kurang meyakinkan. Bagaimanapun, seperti usikan DSAI sebelum khatimahnya, Shabery masih memiliki RTM untuk bercakap lebih banyak lagi bagi mempertahankan hujahnya selepas ini.

Apapun, tahniah Shabery! Anda memang berani.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP