Sabtu, Ogos 09, 2008

CARTA MPH

Syukur.
Hanya DIA yang layak dipuji.
Untuk minggu berakhir 3 Ogos 2008, novel Salju Sakinah berada di kedudukan ke-3 dalam carta novel tempatan yang terlaris di rangkaian gedung MPH seluruh negara. Ini adalah kedudukan terbaik sejak ia berada di pasaran mulai April lalu. Sebelum ini SS telah beberapa kali tersenarai dan keluar masuk dalam carta yang disiarkan di sini.

Read more...

Jumaat, Ogos 08, 2008

PROMOSI SS di MPH, City Square, JB

Insya-Allah.

Sempena MPH Local Author's Month, saya akan hadir di City Square, Johor Bahru untuk sesi promosi Salju Sakinah.

Hari: Ahad
Tarikh: 10 Ogos 2008

Masa: 2-3 petang

Lokasi: MPH, City Square


Jumpa di sana.

Read more...

Selasa, Ogos 05, 2008

TMJ kembali!

Hairan bin ajaib. Kadang-kadang rasa kurang percaya pula. Benar, perkara sebegini tidak pernah terfikir akan terjadi dalam keluarga kami, tetapi telah terjadi. Bukan sekali, tapi dua kali!

Ahad lalu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) kembali buat kali kedua ke rumah Mak Long saya di Felda Endau (orang sebut Lembaga) dalam tempoh seminggu. Minggu lepas (26-27 Julai), TMJ singgah bermalam di sana dalam program Kembara Mahkota Johor baginda. Kali ini, baginda datang mencemar duli sekali lagi dengan niat untuk bermesra dengan keluarga Mak Long dan lebih dekat dengan rakyat jelata.

Hampir semua ahli keluarga saya pulang ke Endau untuk bermesra dengan TMJ dan melihat sosok baginda dengan lebih dekat. Maklum sajalah, pada minggu sebelumnya ada protokol-protokol yang perlu dipatuhi dalam KMJ. Rakyat penduduk Endau pun ramai yang berasa ralat tidak dapat rapat dekat. Kali ini, rumah Mak Long sendat dengan kunjungan penduduk setempat dan mukim Endau. Tok Kadi terpaksa datang, YB pun tersengih menjengah.

Dan kali ini juga, dua ekor lembu tumbang demi meraikan TMJ. Khabarnya, TMJ gemar benar santap sup ekor yang disediakan Mak Long minggu lepas hingga sanggup datang sekali lagi menjamah hidangan serupa di samping berpeluang bebas bergaul dengan rakyat jelata.

Menjunjung kasih, Tunku!

Memo: Buat kali kedua, saya tidak dapat pulang menyaksikan peristiwa bersejarah begini kerana ada urusan di KL. Lihat sahaja gambar kaum kerabat saya yang sakan bergambar kenang-kenangan dengan TMJ sejurus majlis santap.

Duduk dari kiri: Abang Awang (anak Mak Long), Abang Lee (anak sulung Mak Long), TMJ, Mak Long Yah, dan Aisyah.

Berdiri dari kiri:
Halmee, Khaidir, Kak Long Ani (isteri Abang Lee), Yusri, Mak Andak Noor, Kak Ani Keratong, Kak Ana, dan mak saya.

Read more...

Isnin, Ogos 04, 2008

MRRasuah 2

"Menakutkan jika berlaku runtuhan atau kemalangan lagi, jadi, sudah tentulah ini tidak baik," kata Memanda ketika mengulas mengenai MRR2 yang dibina dengan kos RM238 juta dan telah dibaikpulih menggunakan belanja tambahan RM70 juta mengalami keretakan sekali lagi.

Semalam, lebuhraya jejambat itu yang menghubungkan antara Kepong dan Selayang ke Kuala Lumpur sepanjang 1.7 kilometer serta jalan di bawahnya ditutup kepada semua lalulintas berikutan keretakan baru itu.

Arahan dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas beberapa pemandu melaporkan mereka ternampak batu-batu jatuh dari salah satu rasuk jejambat itu dekat stesen Komuter Kepong.

Pada bulan Ogos 2004, laluan berkenaan ditutup buat pertama kali berikutan masalah keretakan rasuk tiangnya.

Pada Februari 2006, ia sekali lagi ditutup akibat masalah yang sama yang memerlukan struktur itu dibaik pulih dengan kos RM70 juta. (Sumber Utusan)

Memo: Duit rakyat lagi! Kontraktor poket penuh dan menteri cuci tangan.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP