Khamis, Ogos 14, 2008

USAHLAH TERLALU MENGAGUMI

IPOH 14 Ogos - Perwakilan Dewan Pemuda Pas mahu pemimpin dan ahli parti itu berhenti mengagung-agungkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga mengenepi dan menafikan kebolehan serta keupayaan kepimpinan mereka sendiri.

Ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda, beberapa perwakilan mahukan supaya pemimpin utama Pas lebih ditonjolkan dan diberi peranan dalam pakatan pembangkang termasuk menjadi Perdana Menteri jika impian membentuk kerajaan pada 16 September ini menjadi kenyataan.

Menurut mereka, sikap segelintir pemimpin Pas yang terlalu mengagumi dan mengagungkan Anwar seolah-oleh tidak mengiktiraf keupayaan kepimpinan ulama dalam Pas.

Wakil Dewan Pemuda Pas Selangor, Zulkifli Ahmad berkata, jika pemimpin dari parti lain dalam pakatan pembangkang yang menerajui negara, dibimbangi perjuangan Pas yang berlandaskan Islam akan dipinggirkan.

Memo: Tentunya ahli Pas melihat barisan pimpinan mereka apa kurangnya. Ada yang hebat-hebat dan perlu ditonjolkan. Untuk lebih mengenali, mungkin buku di sebelah ini ada jawapannya. Biografi Tok Guru - buku yang ditunggu-tunggu oleh sekian ramai pengagum Tuan Guru MB Kelantan juga para pendukung gerakan Islam. Khabarnya, ia sedang melalui proses-proses akhir tetapi sudah 5 ribu naskhah ditempah oleh ejen pengedar. Bakal diterbitkan oleh PTS Millennia.

Klik sini untuk mengetahui perkembangan buku ini.

Read more...

Isnin, Ogos 11, 2008

2 ALBUM NASYID TERKINI

Nazrey Johani
Bagi saya, Raihan tidak menjadi pilihan lagi tanpa vokalis asalnya Nazrey. Saya telah memiliki album solo sulungnya di bawah Inteam Record tahun lalu. Bagi saya ia okey. Tetapi album keduanya ini yang baru dibeli minggu lepas memang hebat dan benar-benar memancing nostalgia.

Album Nasyid Nostalgia Memori The Zikr ini sangat bertenaga. Meskipun rentak muziknya diperbaharui dan lebih segar namun tetap tidak menjejaskan keasliannya. Sebagai generasi remaja 90-an, sudah tentu lagu-lagu The Zikr menjadi sebahagian nostalgia ketika belajar dan berada di perantauan.

Bagi saya, kesemua 10 buah nasyid dalam ini tetap malar segar. Tetapi saya masih memilih Air Mata Keinsafan (duet dengan Salleh Brothers), Perantau dan Antara Dua Cinta sebagai pilihan utama. Cukup mengesankan. Mampu membangkitkan nostalgia dan memugar keinsafan pendengar.

Ustaz Akhil Hayy
Saya penggemar Akhil Hayy. Mulai mendapatkan album nasyid ketiganya ini sejak 3 minggu yang lalu. Mula-mula dengar memang tak berapa masuk. Lama-lama baru enak. Namun bagi saya album Nasyid Legenda II ini tidak dapat menandingi kehebatan album Di Bawah Satu Cahaya yang sering terpasang dalam kereta saya selama lebih setahun. Malah lagu-lagu berhantu seperti Farshi Turab, Nawaitu, Ku Takkan Berpaling dan Doaku turut dijadikan nada dering telefon bimbit saya beberapa bulan lamanya. (Lihat entri lama tentang Farshi Turab).

Barangkali ia agak setara (keenakan mendengarnya) dengan album Nasyid Legenda (Vol.I) . Antara lagu yang menjadi pilihan saya dalam album ini adalah pada trek kelima dan keenam - Warna Alam dan Haji. Lagu Warna Alam ciptaan M.Nasir sangat segar, manakala lagu Haji dinyanyikan dengan begitu syahdu seolah-olah berada di hadapan Kaabah.

Read more...

Ahad, Ogos 10, 2008

RUSIA vs GEORGIA
Ya'juj dan Ma'juj berada di tengah-tengah?


Perang meletus. Terkejut membaca jumlah kematian yang begitu ramai meski perang negara berjiran ini hanya berlangsung baru beberapa jam. Kalau dilihat kepada kelengkapan ketenteraan yang dimiliki oleh Rusia, Georgia memang tiada harapan langsung untuk menang. Tetapi siapa tahu? Rusia yang sebegitu agam pada zaman Soviet boleh tumbang, malah kemudiannya dimalukan pula oleh Mujahidin Afghanistan dan Chehchen.


Melihat peta kedua-dua negara, rupanya mereka bersempadan agak panjang di sebelah timur. Dan sempadannya ialah Banjaran Pergunungan Kaukasus. Apa istimewanya tempat itu?

Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Ya'juj dan Ma'juj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka? (Al-Kahfi:94)

Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu Dengan mereka sebuah tembok penutup Yang kukuh. (Al-Kahfi:95)

Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya Dengan berkata: "Tiuplah Dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.(Al-Kahfi:96)

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Al-Kahfi:97)

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar. (Al-Kahfi:98)



Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP