Rabu, Disember 23, 2009

BIANGLALA BOSPHORUS di Majalah ANIS 


Insya-Allah, novel bersiri terkini saya berjudul Bianglala Bosphorus akan dapat diikuti siri-sirinya di Majalah Anis mulai Januari 2010. 


Novel ini adalah sequel kepada novel kedua saya yang terbit pada 2003 iaitu Rona Bosphorus

Untuk mengikuti mukadimah @ siri pertamanya, dapatkan Majalah Anis edisi Januari 2010 yang sudah berada di pasaran sekarang.


Memo: Apakah makna bianglala? Sila klik di sini.

Read more...

Khamis, Disember 17, 2009

20



Saya masih ingat 20 tahun lalu, ketika Temasya Sukan SEA 1989 di KL, skuad Harimau kita yang dibarisi Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Lim Teong Kim, Azizol Abu Haniffah, Rashid Hassan, Hashim Mustapha, Serbegeth Singh, Chow Siew Yai, dan beberapa lagi pemain handalan era tersebut berjaya membenam cabaran Singapura. Meskipun gol saguhati yang dijaringkan oleh Fandi Ahmad menerusi bicycle-kick cukup menarik, namun Malaysia tetap menang bergaya 3-1. Seingat saya juga, saya baru selesai menduduki UPSR seminggu sebelum itu. Menonton final dengan TV warna Sharp 21 inci yang baharu dibeli oleh mak dan TV itu masih bertahan hingga kini.

20 tahun lamanya menanti. Kini barulah ada sedikit sinar kepada bola sepak negara yang akhirnya melunaskan hajat dua dekad itu. Namun dari segi persembahan, skuad bimbingan Trevor Hartley itu lebih bertenaga, konsisten dan kreatif saya kira. Mungkin yang menang kali ini baru 23 tahun agaknya. Yang dulu itu, diperkuat oleh dua pemain yang bukan sahaja digeruni di Asia Tenggara  malah di Asia ketika itu - Dollah dan Zainal.

Harap-harap selepas menang ini, para pemain janganlah demand lebih-lebih sangat. Ekonomi tak berapa bagus sekarang. Yuran sekolah berasrama pun katanya dah naik. Bukan RM1 untuk sehari lagi macam dulu bagi pelajar yang ibu bapanya bergaji besar. Kerajaan pun janganlah beri melampau sangat. Barulah nampak pemerintah berhemat dan tahu berjimat. Bimbang jika terlebih bagi, masing-masing mua dan asyik joli. Kelak terpaksalah kita menanti 20 tahun lagi.

Apapun, tahniah!
Salam Maal Hijrah 1431.

Memo: Foto skuad emas 1989.

Read more...

Selasa, Disember 15, 2009

SAYEMBARA : TERUJA ATAU JAHIL ETIKA?

Mungkin kerana ghairah. Mungkin kerana teruja ingin berkongsi. Atau mungkin juga kerana tidak tahu etikanya. Ya, segalanya mungkin.

Saya bukanlah pihak terbaik untuk mengulas seputar hakcipta sesebuah karya, tetapi saya rasa ada baiknya saya "mengusik" sedikit berkenaan isu yang agak "kurang wajar dan tidak manis" dalam kalangan penulis generasi baharu yang mesra dengan teknologi siber.

Kira-kira tiga tahun lepas, apabila diumumkan senarai pemenang sayembara novel yang dianjurkan oleh sebuah agensi, saya tertarik melihat beberapa judul novel yang terpilih menjadi pemenang utamanya. Bukan senarai pemenangnya menjadi persoalan, tetapi ada dalam senarai novel yang menang itu judulnya pernah saya dengar dan baca sepintas lalu di internet sebelum itu. Ya, judulnya sama dan watak-watak utama yang disebut dalam ulasan ringkas panel hakim yang disiarkan menerusi sebuah majalah juga sama. Dan penulisnya pula adalah dalam kalangan generasi baharu yang baru menulis atau pertama kali menulis. Namun tanda tanya itu saya pendamkan setahun dua. Mungkin saya tersilap pandang, apatah lagi novelnya belum terbit untuk dinilai pembaca.

Bagaimanapun, setahun lalu, apabila saya bertemu seorang pegawai yang terlibat dalam penerbitan buku pemenang sayembara itu, tanpa disangka-sangka dia bercerita kepada saya hal yang telah saya diamkan sekian lama. Jelaslah bahawa telahan saya selama ini benar. Meskipun novel tersebut belum terbit, tetapi pegawai terbabit mengesahkan bahawa pihaknya telah mengesan dan mendapati bahawa novel itu telah disiarkan sebahagiannya di internet. Dalam kata yang lebih mudah, pengarang telah menyiarkan novel tersebut (atau dinamakan cerpen bersiri) secara berperingkat di internet selama beberapa lama, kemudian dalam pada masa yang sama membaiki novel itu lalu dikirim kepada penganjur sayembara untuk dipertandingkan. Lebih menarik lagi, novel itu memang sudah ada pengikutnya di alam siber.


Pegawai tersebut mengeluh kepada saya tentang betapa letihnya dia berhadapan dengan situasi tersebut. Mahu diapakan naskhah yang telah dimenangkan itu? Masakan hendak ditarikbalik hadiahnya berbentuk wang tunai bernilai ribuan ringgit yang telah disampaikan secara gilang-gemilang hampir dua tahun lalu? Namun akhirnya, dengan budi bicara yang rasional tentunya, naskhah novel itu berjaya diterbitkan juga.

Tujuan saya mengusik isu sebegini tidak lain dan tidak bukan kerana ia melibatkan sikap atau etika. Tambahan pula ia melibatkan penulis generasi baharu yang mungkin tidak sedar "batasan" yang dilanggarnya. Hukumnya pula adalah "haram" kerana pengarang telah melanggar syarat-syarat peraduan yang tidak "menerima" karya yang sudah tersiar/terbit dalam apa jua bentuk sekalipun. Dan situasi di atas berlaku bukan sekali, tetapi beberapa kali bahkan merebak ke sebuah sayembara lain.

Tidak berapa lama dahulu, teman saya seorang staf di sebuah penerbitan pula memberitahu bahawa terdapat beberapa manuskrip novel yang dihantar oleh penulis baharu untuk menyertai sayembara yang dianjurkan oleh pihaknya melakukan perkara yang sama. Mujurlah pihak penganjur yang mesra siber dapat mengesannya lalu menggugurkannya dari senarai penilaian. Jangan terperanjat jika khabarnya ada manuskrip yang telah disiarkan dari A hingga Z di blog penulis terbabit sedangkan keputusan sayembara belum diumumkan pun.

Mungkin kerana ghairah. Mungkin kerana teruja ingin berkongsi. Atau mungkin juga kerana tidak tahu etikanya. Ya, segalanya mungkin.

Read more...

Sabtu, Disember 12, 2009

BERLIBUR di BUKIT MENGAMBANG 

Khamis lalu, keluarga besar kami merancang percutian sehari ke  Bukit Gambang Water Park yang terletak kira-kira setengah jam dari bandaraya Kuantan. Barangkali masih ramai yang tidak mengetahui lokasinya yang baru dibuka beberapa bulan yang lalu. Tempatnya menarik yang saya kira akan menjadi saingan kepada Bukit Merah mahupun Tambun di utara.

Namun yang paling menarik bagi saya tentunya kemudahan meluncur dengan pelampung besar. Ada tiga versi tempat meluncur disediakan. Yang gelap-gelemap, transparen dan terbuka. Selekohnya lebih tajam. Kelajuannya lebih mendebarkan berbanding di tempat lain.

Jika mahu meluncur beramai-ramai, juga ada disediakan pelampung merah gergasi yang muat untuk enam orang. Bagi sesiapa yang berani dan mahukan cabaran, boleh saja berlumba meluncur solo secara meniarap di enam lorong sempit yang begitu cerun dan tajam.

Saya juga gemarkan Coco Beachnya. Ada ombak besar melanda sekali sekala. Namun menjelang tengah hari, pantai menjadi begitu sempit kerana terlalu ramai pengunjungnya yang mahu bergayut dan bersidai di pelampung.

Read more...

Khamis, Disember 03, 2009

KENDURI WAZIR di DEWAN SASTERA DISEMBER 


PUJIAN demi pujian tiba-tiba mengapung ke langit.
            “Inilah rekod baru negara!”
            “Inilah langkahan saujana!”
            “Belum ada yang sepantas dia. Baru setahun jagung dalam siasah sudah bergelar menteri.”
            “Dia memang terlebih layak. Pemimpin sepertinya cuma satu dalam sejuta.”
“Dia tokoh prihatin dan penyayang. Alangkah beruntungnya rakyat punyai pemimpin sepertinya. Tentu tiada lagi rakyat terbiar kelaparan dan menderita.”
“Dia tokoh bersih suci. Rasuah pasti diperangi. Tiada rakyat tertindas lagi.”
            “Dia tokoh ilmuwan. Budaya ilmu jadi keutamaan. Institusi pendidikan akan tumbuh bagai cendawan.”
            “Dia tokoh ulama. Islam pasti akan lebih gemilang. Masjid-masjid tentu akan lebih makmur. Ibarat baldatun toyyibatun wa rabbun ghafuur.”


Memo: Mahu baca lanjut bagaimana sudahnya Kenduri Wazir, sila dapatkan Dewan Sastera edisi Disember 2009 yang sedang berada di pasaran. Selepas 9 tahun kemarau, akhirnya sebuah lagi cerpen saya tersiar di Dewan Sastera. Jutaan terima kasih buat Kak Rozninah, editor tersohor majalah sastera terprestij itu yang sudi mengundang saya menjadi Karyawan Bulan Ini dan menulis sedikit tentang perjalanan dan pengalaman penulisan yang tidak seberapa ini.


Read more...

Selasa, Disember 01, 2009

NOVEL YANG KEKAL RELEVAN

Berikut antara petikan tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).


3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

Baca lanjut.


Read more...

Rabu, November 25, 2009

EID MUBARAK


Selamat berkorban...

Memo: Gambar ihsan blog Didik5

Read more...

Jumaat, November 20, 2009

MENJEJAK RONA-RONA DI BOSPHORUS

Tiba-tiba saya terasa rindu untuk kembali semula menjejak naratif silam. Rona Bosphorus - saya kembali membelek naskhah yang hampir saya lupa kerekter sebahagian watak pentingnya. 2002 - 2009. Bermakna sudah tujuh tahun lamanya usia naskhah berlatar Istanbul itu. 

Novel kedua saya itu seingat saya ditamatkan dengan tragedi gempa bumi yang meragut nyawa Ilhan yang bakal bernikah dan penangkapan Erfan yang dituduh pengganas berbahaya. Afham berhijrah ke Universiti Fatih sementara Amal Hayati pulang ke Malaysia. Banyak yang tidak selesai kata para pembacanya dalam naskhah itu. Penyelesaian yang tidak membahagiakan, namun mungkin ia wajar ditamatkan demikian memandangkan derita umat Islam Turki yang tidak berkesudahan.

Saya tiba-tiba rindukan angin Selat Bosphorus yang sering membelai dan mencium pipi.

Read more...

Khamis, November 12, 2009


MASIH SEGARKAH NAILOFAR?

Menjadi siswa menuntut upaya ilmu. Upaya kepimpinan. Upaya iltizam, intelek, sabar cekal kental.

Iqbal siswa tahun akhir, merenangi laut duga di bumi Isra' bersarna sekalian rafik-Syahid penuh wibawa, Hamizan si tukang masak, Widya si teguh prinsip, Nur Hazwani penyokong yang lembut, dan Icha yang memahami, serta Aiman pejuang Palestin yang sentiasa diburu ancaman.

Sibuk mendepani imtihan, dipasung rindu resah kepada Salsabila yang jauh, disakat oleh pengagum yang tak pernah alah mengacah lewat selindung e-mel, Iqbal ditahan, disoal siasat atas nama jihad.

Sesegar kuntuman nailofar diapung air, Iqbal tidak pernah layu oleh gelombang ganas walau atma jadi taruhan.

Memo: Novel sulung saya ini sudah ada versi PDF rupanya.

Read more...

Khamis, November 05, 2009

BETAT

Segala-galanya boleh. Jika mahu berjaya, maju dan popular, segalanya harus dilakukan. Tanpa mengira soal bermoral atau tidak, menyentuh sensitiviti pihak lain atau tidak, halal atau haram di sisi agama, segalanya boleh, boleh dan boleh. Apatah lagi jika berada di sebuah negara yang digelar Bolehland.

Iklan kita semakin teruk. Terlalu banyak untuk diperincikan satu persatu iklan yang masuk dalam senarai keji @ sampah. Selepas sebuah syarikat penerbangan tambang murah mengeksploitasi wanita dan menyuntik elemen lucah  (yang kononnya lucu) di fikiran kanak-kanak, datang pula sebuah lagi iklan dari pengeluar tuala wanita yang meminta peserta menghitung seluar dalam wanita. Hadiahnya juga boleh tahan lumayannya.

Dada kita semakin sesak. Dalam pada Kementerian Pelajaran menambah beban guru dengan mewajibkan subjek Sivik di sekolah, pihak yang satu lagi seronok pula mencipta gimik murahan sebagai pelaris jenama barangan.  Akta yang ada sekadar ada. Pihak yang ditugaskan menguatkuasakan akta pula jenis 'memilih', betat dan tidak sensitif. Bila dijentik telinga, barulah terkejut dan kemudiannya pura-pura sibuk mengacah akan mengambil tindakan.

Bagi syarikat produk itu pula, biarlah lucah sekalipun; sekurang-kurangnya jenama mereka akan melonjak dan menjadi sebutan kembali. Nilai komersial itu penting. Apalah sangat yang ada dengan kemarahan persatuan pengguna. Paling teruk pun akan dapat surat amaran dari pihak berkuasa. Peduli apa.

Baca lanjut di sini.

Read more...

Selasa, November 03, 2009


Kemelut Novel Islami?

Oleh Nurul Farina Nazlan


SASTERA Islam kini dilihat semakin terarah untuk mengikut pendekatan penulisan sastera popular apabila semakin ramai penulis baru dalam kelompok ini berusaha mencipta nama dengan novel Islam berbau pop selepas Ayat-Ayat Cinta menjulang nama Habiburrahman el-Shirazy. 

Kejayaan Habiburrahman memenangi sebahagian besar peminat novel Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, sehingga ia dipindahkan ke filem dijadikan sebagai landasan untuk menghasilkan karya sedemikian bagi menjamin ‘pelaburan’ idea dan pengorbanan masa mereka mendapat pulang baik.

Novelis Islami, Zaid Akhtar, mengakui bahawa sejak ‘demam’ Ayat-Ayat Cinta melanda Indonesia dan Malaysia, semakin ramai penulis terdorong untuk menulis novel berkonsep sedemikian dengan harapan mereka turut dapat menumpang tuah pengarang Indonesia terbabit. 

“Barangkali disebabkan sambutan hebat terhadap novel popular itu yang diulang cetak berkali-kali membuka mata pelbagai pihak termasuk penerbit dan penulis bahawa novel dan karya Islam juga mampu menarik minat masyarakat untuk menjadikannya sebagai wacana ilmu,” katanya kepada Sastera ketika ditemubual secara dalam talian.

Baca lanjut.

(Sumber: Berita Harian 3 November 2009)


Read more...

Ahad, November 01, 2009

JOM ke RFC KLUANG!


Petang Rabu lalu, saya ke Kluang untuk menghadiri mesyuarat penyelaras Pra-U di Sekolah Tinggi Kluang. Tiba-tiba sahaja dikehendaki hadir. Kerja melambak di sekolah. Surat pula baru difakskan pada sebelah pagi. Lalu saya bermusafir sejauh 110 kilometer dengan separuh hati.

Mesyuarat usai jam 5 suku meskipun penceramah undangan dari Putrajaya tidak sampai-sampai. Sejurus solat Asar di Masjid Jami' Kluang, saya memandu ke Pusat Bandar. Niat saya hanya satu, mahu singgah di Radix Fried Chicken (RFC) Kluang yang dengarnya baru dibuka Sabtu minggu lepas (23 Oktober 2009).

Lokasinya cukup strategik. Terletak betul-betul di hadapan Kluang Mall yang menempatkan pasaraya Pacific. Jika mahu ke Mersing dengan melalui pusat bandar, kita akan melintas di hadapan restoran makanan segera Islam-bumiputera ini.

Ya, ini kali kedua saya ke RFC. Pertama kali menikmati juadahnya pada November tahun lepas di RFC Sungai Petani. RFC Kluang ini rasanya adalah francais ketiga di Malaysia selepas Sungai Petani dan Alor Setar. Agak sempit di tingkat bawah, tetapi masih ada ruang makan di aras dua.

Nampaknya francais HPA semakin berkembang dan berkembang. Saya pasti, umat Islam memang menanti-nantikan pembukaannya di tempat mereka.

Tahniah HPA!


Read more...

Sabtu, Oktober 31, 2009

Novel, Guru Sukan & Dakwah

Dua tuntutan.



Setakat ini ada dua tuntutan yang menjadi kemestian untuk saya tunaikan dalam penulisan karya novel saya yang baru empat buah itu. Pertama, amar ma'ruf nahi munkar. Kedua, melahirkan generasi ulul al-bab. Dan saya cukup gembira dan berpuas hati jika ada karya saya yang mencetus perubahan dalam diri pembaca hingga lebih dekat dengan Pencipta.

Izinkan saya berkongsi kegembiraan dan kekaguman saya terhadap usaha seorang setiausaha sukan di sekolah dalam entri ini.

Petikan dari blog Cikgu Faizal Said berbunyi begini:


Read more...

Selasa, Oktober 27, 2009

GILA INDON



Tahukah anda? Jumlah sinetron Indonesia yang ditayangkan dalam tempoh SEHARI iaitu pada 26 Oktober 2009 di TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8, TV9, Astro Ria, Astro Prima, Astro Oasis dan Astro Aruna adalah sebanyak 18 buah judul!


Judul-judulnya seperti  Sujudku, Si Cantik dan Si Buruk Rupa, MatahariKu, Liontin, Soleha, Kabulkan doaku, Sekar, Kamulah Syurgaku, Suami-suami Takut Isteri, Tawakal, Hitam Putih, Angin Tak Dapat Membaca, Boneka Poppy, M-Club, Habibah dan Habiba, Tangisan Anak Tiri, IQ Cewek Gua Ancur Bang, dan Abu & Nawas.

Fakta yang menjijikkan ini saya petik dari blog Tuan Zabidi Mohamed (Penulis Skrip Drama Berunsur Islam Terbaik AMIN3).


Memo: Ke Indonkah kiblat kita?


Read more...

Ahad, Oktober 25, 2009


PETIKAN PIDATO PENERIMAAN ANUGERAH SASTERA NEGARA OLEH SN ANWAR RIDHWAN

Persuratan dan bahasa "azwar" yang baik,
Tamsil makhluk dengan yang Khalik,
Perjuangan bahasa bukanlah pelik,
Kuasai yang asing, tak tercicir milik.

Hang Tuah kuasai berbelas bahasa,
Melalui munsyi bahasa yang berjasa,
Bukan dengan "pandai besi" berbadan sasa,
Bukan dengan "pandai emas" mencanai suasa.


Kuasai bahasa Arab di dalam dada,
Bahasa Barat dan Timur di dalam minda,
"Seribu bahasa kita bicara,
Manakan sama bahasa bonda".

Ke manakah arah bahasa Melayu?
Dipandang rendah tak banyak yang mahu,
Sesekali dipakai miskinnya mutu,
Nama tempat, jalan dan bangunan tidak menentu.


Alangkah molek bercitra kebangsaan,
Setiap bangsa rohnya diciptakan Tuhan,
Tercabut rohnya citra pun kehilangan,
Bagaikan tanah ini tidak bertuan.

Baca lanjut.


Read more...

Khamis, Oktober 15, 2009


Analisis Novel Salju Sakinah
oleh Adnan Ahmad

Keperibadian manusia dibentuk oleh sekeping hati. Sifat seseorang yang memiliki hati yang tulus, bersih, dan murni. Sifat terpancar pada wajah dan perlakuannya. Begitulah sebaliknya. Menurut A. Talib Naiem al-Haj as-Saufi, hati merupakan roh yang berperanan agen pengawal kepada komponen tubuh manusia. Lidah misalnya petah menuturkan sesuatu ialah kerana gerak rasa yang terbit dari hati. Justeru itu Rasulullah S.A.W menyatakan, dalam diri manusia ada seketul daging. Manakala daging itu baik maka baiklah seluruh anggota lahir manusia itu. Jika seketul daging itu rosak, maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak. Itulah ia hati (kalbu).


Melihat kepada hakikatnya, maka hati akan disorotkan sebagai wahana yang memberikan sifat pada perlakuan dan keperibadian kepada beberapa watak yang digarap oleh pengarang muda Zaid Akhtar dalam novel Salju Sakinah. Berdasarkan teori psikologi analisis novel ini merujuk kepada konsep hati yang digariskan oleh islam untuk membentuk personaliti. Struktur personaliti yang diterajui oleh tiga kompenen penting iaitu id, ego dan superego akan diterjemahkan dari sudut sosial, budaya, agama, ekonomi, dan politik.




Read more...

Sabtu, Oktober 10, 2009

SEKALI LAGI di KUKUP


Minggu ini, selama 4 hari 3 malam, saya berada di Kukup Golf Resort, Pontian untuk menghadiri Perkampungan Penulis Muda Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2009. Johor diminta menjadi tuan rumah secara "bidan terjun" setelah Labuan dan Kelantan menolak kerana beberapa faktor. Mulanya memang berat untuk hadir ke sini apatah lagi mengenangkan calon-calon SPM dan STPM di sekolah. Namun memandangkan komitmen yang diberikan oleh teman-teman penulis seJohor dan pihak DBP Wilayah Selatan, saya gagahkan juga menerima tanggungjawab ke sana.
Saya kira, ini kali kedua saya ke Kukup. Kali pertama dan terakhir saya ke sana sekitar Jun 2005 sewaktu menghadiri Perhimpunan Penulis Muda 2005. Jaraknya dari Segamat cuma 165km. Saya ditugaskan membimbing genre cerpen bersama Cikgu Kassim Mahmud, sementara Tuan Azhar Salleh dan Cikgu Nazim Subari meladeni genre puisi.
Pada pagi Isnin, Cikgu Kassim telah berceramah tentang asas-asas penulisan cerpen dalam slotnya. Justeru, saya mengisi slot saya pada pagi Selasa dengan prasyarat, tip-tip, pantang-larang dan panduan dalam menghasilkan manuskrip cerpen yang baik.
Paling seronok apabila bermain dengan slaid yang memaparkan gambar-gambar tokoh-tokoh sasterawan tanah air. Dari situ dengan pantas kita dapat mengenalpasti penulis mana yang memiliki asas dan pengetahuan sastera yang baik.
Seperti biasa, pada hari terakhir perkampungan, kita akan dapat mengesan bakat-bakat yang akan berkemilau jika diasah dan dipandu sebaiknya. Jumlahnya tentu sekali tidak ramai. Bagi saya, jika dapat empat lima orang yang akan lahir sebagai "bintang" pada masa depan daripada kesemua 80 orang pesertanya, perkampungan ini sudah dianggap berjaya.

Memo:
Gambar atas - bersama teman-teman penulis. Dari kanan; saya, Cikgu Sahrunizam Talib, Cikgu Hamid Jemain, Cikgu Nazim Subari, Tuan Haji Dzulkarnain Ithnain, Ustaz Hafiz Dzulkarnain, Cikgu Nizar Parman.
Gambar bawah - Saya bersama tiga orang calon penulis berbakat. Berdiri di belakang; Nur Adilla Abd Rahim (P.Pinang). Duduk dari kiri, Shamsul Amin Md Yusof (Pahang) dan Anas Khamis (Perlis).

Read more...

Rabu, September 30, 2009

GURU MENANGIS SIAPA TAHU?

Bayangkan anda seorang guru.

Suatu hari anda ditugaskan membawa pelajar anda pergi ke sebuah daerah untuk menyertai pertandingan. Pidatolah katakan. Sekolah anda pula tiada kemudahan van atau bas yang dibekalkan kementerian. Takkanlah nak guna teksi atau van sewa pula, besar pula belanjanya, malah susah untuk bergerak di daerah asing itu nanti.

Lantas anda terpaksa membawa pelajar anda ke tempat pertandingan yang mungkin jauhnya beratus kilometer dengan kenderaan sendiri. Soal tuntutan perjalanan, akan dibincangkan kemudian dengan pihak pentadbir nanti. Yang penting pelajar@ peserta berjaya sampai tepat pada masanya dan seterusnya bertanding.

Dalam perjalanan ke daerah terbabit, kereta anda terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Alhamdulillah, anda selamat dan panjang umur. Tetapi pelajar anda meninggal dunia!

Bagaimanakah keadaan anda selepas itu? Ke balai poliskah? Atau ke lokapkah?

Jawapannya, anda akan didakwa. Jadi, berhati-hatilah apabila membawa pelajar anda pergi bertanding ke mana-mana. Kalau ada van atau bas milik sekolah, jangan pula tidak digunakan. Rebutlah harta kerajaan itu terlebih dahulu sebelum ia ditempah atau digunakan oleh mereka yang bukan warga sekolah dan sebagainya.

Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang persoalan guru akan didakwa jika pelajarnya meninggal dunia dalam perjalanan yang berada di bawah tanggungjawabnya. Ia isu kontroversi yang mengerikan saya kira. Na'uzubillah. Cumanya hari ini saya ingin berkongsi perasaan gembira kerana sahabat saya Cikgu Zharul Nizam Shah Zainal Abidin @ Pujangga Seni telah menang dalam perbicaraannya di sebuah mahkamah di Kluang.

Kesnya sulit. Rumit. Bayangkan! Dua orang pelajarnya mati di dalam keretanya akibat kemalangan tragis dalam perjalanan pulang mereka dari Johor Bahru. Ah, ia cukup mengerikan! Sungguh, Tuhan, saya tidak sanggup menanggungnya. Bukan sekadar tragedi itu yang menakutkan, bahkan implikasinya selepas itu sangat menyeksakan. Betapa besarnya tanggungjawab seorang guru!

Justeru, sejak pertengahan 2006, Cikgu Zharul yang juga novelis Rengsa ini terpaksa turun naik mahkamah. Betapa sukarnya menempuh beberapa tahun dengan diri berada di kandang pesalah meskipun jasadnya bebas. Lesen memandunya digantung. Malah dia hampir kehilangan kerjaya jika sabit kesalahan. Lebih memeritkan apabila diri sering ditohmah bersalah. Dan kesnya sudah beberapa kali ditangguhkan perbicaraannya dari setahun ke setahun.

Syukur. Hari ini setelah lebih tiga tahun tidak pulas tidur dan rasa terdera, mahkamah akhirnya memutuskan kesnya dianggap selesai. Saya pasti air mata kegembiraan mengalir tanpa henti-henti. Begitu juga dengan tahmid dan syukur kepada Tuhan.

Tahniah, Zharul. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar.

Read more...

Jumaat, September 18, 2009


Selamat Hari Raya Eidil Fitri 1430H
buat semua pengunjung blog ini.
Maaf batin dan zahir.

Ikhlas daripada kami:

Zaid Akhtar & Andik Siti Hadijah,
Nailofar, Irfan & Amal Hayati.

Read more...

Ahad, September 13, 2009

TAKE BEER

"Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Allah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak, orang yg memerah arak, orang yg diminta arak diperah untuknya, orang yg meminumnya, orang yg membawanya, orang yg meminta dibawa arak kepadanya, orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak, orang yg mendapat hasil drp arak, orang yg membeli arak, orang yg meminta dibelikan arak untuknya."

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi)

Memo:
"Ini adalah urusan perniagaan sahaja," kata MM sebagaimana suratnya kepada laman web The Malaysian Insider selepas berita mengenai perlantikan beliau dalam San Miguel Corp (SMC) disiarkan oleh laman web itu.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya mahu membantu San Miguel membina pendekatan baru dan harapan saya apabila ianya berjaya akan memberikan kesan baik kepada negara dan rakyat," katanya lagi.

Baca lanjut.

Read more...

Sabtu, September 12, 2009

KAMBING HITAM?

Malaysiakini:- Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau.

Sebaliknya, ahli politik berusia 73 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu.

"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.

"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

Baca lanjut.

Read more...

Rabu, September 09, 2009

RAMADHAN: NOSTALGIA UMRAH

Semasa belajar di Urdun dahulu, tiada nikmat yang lebih indah dan akbar ketika Ramadhan selain dapat pergi ke Tanah Haram menunaikan umrah. Nikmat demikian hanya datang sekali - ketika belajar. Dan saya rasa terlalu bersyukur kerana dapat merasainya. Seingat saya, baru satu semester saya berada di sana, kami satu rumah Darul Ulum sudah tiba ke tanah suci. Malah ketika itu, kami belum pun belajar dan merasai debaran Semester 1 di Yarmouk lantaran tersangkut di Markaz Lughah.

Kali pertama kami menunaikan umrah adalah pada awal 1996. Kala itu di penghujung Syaaban. Saya masih ingat senior kami, Ustaz Wan Mohd Zamri Wan Salleh (kini Pengarah Urusan AlQuds Travel Sdn Bhd) yang mengetuai delegasi pakej rombongan umrah kami sebanyak dua buah bas. Beberapa senior lain turut menyertai rombongan kami seperti Ustaz Khairuddin Aman Razali at-Takiri.

Perjalanan sehari semalam. Bertolak awal pagi, tiba di sempadan menjelang asar. Tersekat beberapa jam di imegresen Jordan dan Arab Saudi adalah rutin yang mesti dilalui. Sejurus Isyak barulah bas kembali bergerak lancar dan menjelang Subuh pagi esoknya barulah kami tiba di Madinah.

Biasanya safar kami menelan masa dua minggu termasuk perjalanan pergi dan balik. Ketika itu cuti antara semester musim dingin dengan semester musim bunga. Jadi, ruang masa lebih kurang tiga minggu bercuti itu kami habiskan sebaiknya dengan menjadi tetamu Allah.

Lima hari pertama kami habiskan di Madinah. Alangkah indahnya berada di sisi Rasulullah SAW dalam bulan yang penuh barakah. Segala-galanya nikmat dan rahmat. Setiap kali sejurus solat fardu, dapat berpusu-pusu menziarahi dan melambai Rasulullah. Sesudah isyrak, sama-sama menziarahi sahabat di Baqi'. Atau terus sahaja beriktikaf di Masjid Nabawi beberapa lama dipenuhi tilawah dan munajat.

Waktu berbuka tiada masalah. Boleh iftar di mana-mana sudut masjid. Pasti ada tamar, susu, dan roti yang akan diedarkan ke setiap pelosok. Entah siapa yang infaq kita tidak pernah tahu. Makanan untuk iftar tidak pernah terputus. Jika bernasib baik, ada sudut-sudut masjid yang dihidangkan dengan nasi bukhari berlaukkan ayam, lembu dan biri-biri. Pokoknya kena rajin mencari. Malamnya pula diisi dengan berjemaah solat tarawih berimamkan Syeikh Hudzaifiy yang bersuara lunak pada 10 rakaat terakhir.

Ah, memang indah!

Read more...

Khamis, Ogos 27, 2009

BERSAMA PROF. UNGKU AZIZ:
Gambar Yang Tidak 'Selalu'


“Bahasa Inggeris lebih mendapat perhatian di negara ini bukan kerana ia terlalu penting dalam pencarian maklumat, tetapi disebabkan sikap kita sehingga bahasa Melayu enggan dipelajari sedangkan kedudukannya sebagai bahasa perpaduan mengatasi segala-galanya memang diakui orang politik,” kata YM Prof Diraja Ungku Aziz dalam ucapan perasmiannya semalam.

Memo: Para finalis Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009 bergambar bersama-sama Prof. Diraja Ungku Aziz seusai majlis.


Read more...

Isnin, Ogos 24, 2009

RAMADHAN: MASJID di URDUN

Ramadhan datang lagi. Entah mengapa apabila menuju ke masjid setiap Isyak untuk melaksanakan fardu Isyak dan tarawih, saya kerap dilambai nostalgia. Ya, nostalgia ketika menuntut di Urdun tentunya.

Menjadi satu kelaziman bagi saya dan beberapa teman serumah satu waktu dahulu, bertawaf ke beberapa masjid sepanjang Ramadhan di sana. Meskipun Masjid Abdullah Hammoud, Duwar Nasiem yang berimamkan Abu Munzir adalah masjid paling dekat dengan rumah kami, namun apabila Ramadhan tiba, kami lebih gemar bersolat Isyak dan tarawih di beberapa buah masjid mengikut giliran. Malam ini di masjid ini, malam esok di masjid itu, malam lusa di masjid sana dan begitulah seterusnya.

Antaranya, Masjid Jami'ah, Masjid Faiha' di Duwar Qubah menuju ke Balad, Masjid Duwar Iskan, Masjid Hayyu Janubiy dan dua tiga buah masjid lagi yang saya lupa namanya.
Kesemua masjid di Irbid mengadakan solat tarawih sebanyak 8 rakaat. Tiada selawat dan tiada doa berjela seperti di tempat kita.

Bagi masjid-masjid yang berdekatan, cukup dengan berbasikal untuk ke sana. Bagi yang jaraknya agak jauh seperti Masjid Faiha', kami terpaksa menghabiskan setengah dinar untuk tambang teksi. Biasanya kami memilih masjid yang agak jauh jika ada pensyarah-pensyarah kami di Kulliyyah syariah menjadi imam di situ. Lebih menarik jika ada kuliah diselitkan selama 10 minit selepas rakaat keempat.


Mencari masjid di Urdun pada malam hari tidak payah. Menara-menaranya biasanya tinggi dan lampunya juga seragam. Cari saja lampu kalimantang berwarna hijau yang terletak agak tinggi, di sanalah terletaknya masjid.


Memo: Gambar Masjid Abdullah Hammaoud. Ihsan AlbumHasmadi.

Read more...

Ahad, Ogos 16, 2009

PENYAKIT & KEMATIAN

Mak di kampung memberitahu, Amir Mansor, anak Mak Su Yang jiran kami meninggal dunia awal pagi tadi. Kemalangan mootosikal. Usianya muda lagi - sekitar 26-28 tahun. Ya, sudah tiba ajalnya meski belum berumahtangga.

Kematian-kematian pada usia muda memang mengejutkan kita. Biarpun ajal maut di tangan Tuhan, namun kematian yang menjemput orang-orang muda yang belum pun cecah 40-an begitu dirasakan dan kita tangisi kehilangannya. Apatah lagi, jika yang mati itu tokoh yang hebat sahsiahnya dan besar sumbangannya kepada umat seperti Aminuddin Baki, mahupun Ustaz Asri Rabbani.

Kepergian Ustaz Asri memang satu kehilangan besar. Bagi generasi seperti saya yang mula mengenali alunan suaranya sejak era Nadamurni pada akhir 80-an, vokal almarhum memang tiada tolok bandingnya. Dan apabila ditubuhkan Rabbani pada 1997, bagi saya, Ustaz Asri adalah Rabbani, dan Rabbani adalah Ustaz Asri sendiri. Kini, Kehilangannya tentu sekali tidak akan berganti.

Pada akhir zaman begini, beberapa penyakit kronik terutama yang berpunca daripada masalah jantung, strok dan barah begitu membimbangkan. Makin ramai yang jatuh sakit secara mengejut diserang penyakit-penyakit tersebut, dan jarang-jarang yang terselamat. Seperti jantung, angin ahmar juga menyerang tiba-tiba - tanpa mengira seseorang itu aktif beriadah mahupun tidak. Barah juga berbahaya kerana membunuh secara senyap. Barah adalah pembunuh utama di Malaysia. Tanpa tanda tanpa inzar. Dan seringkali kita dengar, biasanya ketika berjaya dikesan, sudah di peringkat ketiga.

Inna lillah!

Read more...

Ahad, Ogos 09, 2009

SUBHANALLAH!


Memo: Maha Suci Allah! Bayangkan betapa kecilnya Bumi berbanding Matahari. Dan betapa kecilnya Matahari berbanding Antares. Alangkah kerdilnya kita!
Ihsan blog Abamuaz.

Read more...

Rabu, Ogos 05, 2009

BASIKAL

Apabila membeli basikal baharu untuk anak sulung baru-baru ini, saya lekas terhimbau kenangan berbasikal ketika belajar di Urdun dulu. Ya, berbasikal. Basikal adalah sejarah saya. Ibarat komputer riba dan telefon bimbit kini, basikal adalah teman saya paling akrab suatu ketika dahulu. Berpisah dengan basikal kala keluar dari rumah adalah azab yang tidak terucapkan.

Tanyalah teman-teman sepengajian yang segenerasi dengan saya. Pastinya mereka akan tersenyum, mengiyakan malah boleh menyebut nama-nama kami (yang hanya beberapa orang) yang betah berbasikal. Ah, tohmah orang, naik basikal bukannya thiqah!

Barangkali ramai yang tidak tahu bahawa Urdun dulunya adalah negara tanpa motosikal. Kalau ada pun penggunaan motosikal hanya terhad kepada beberapa profesion sahaja seperti polis trafik dan staf pejabat pos universiti (yang saya nampak). Selain itu, kami menggunakan kenderaan awam seperti teksi, coaster dan bas untuk ke mana-mana.

Universiti Yarmouk bolehlah dikatakan universiti yang paling strategik di Urdun. Kedudukannya yang terletak di tengah-tengah bandar Irbid tidak menuntut masa yang lama untuk pelajar tiba ke bilik-bilik kuliahnya. Cukup dengan berjalan kaki sahaja. Kalau ada duit lebih atau biasisiwa/pinjaman baharu diterima, boleh sahaja selesa berteksi.

Tetapi bagi pelajar Kulliyyah Lughah seperti saya, dengan kedudukan bangunan fakulti yang agak jauh ke timur kampus universiti masakan mahu menaiki teksi atau coaster. Berjalan kaki juga saya fikir tidak berapa praktikal. Darul Ulum, rumah kami atas bukit. Hendak ke kuliah, kena turun bukit, kemudian naik bukit semula. Kena pula kala musim panas, belum tiba di bilik kuliah, baju sudah lencun dengan peluh. Lalu saya dan dua lagi teman serumah nekad memiliki basikal. Peduli apa soal thiqah atau tidak!

Bagi kami, segalanya mudah dengan basikal. Untuk ke kuliah, ke kelas talaqqi, ke masjid, ke pasar, ke kedai, ke rumah siswa-siswi, ke Duwar Jami'ah, ke Duwar Iskan - tiada masalah. Segalanya mudah dan cepat, malah sangat jimat.

Ah, basikal memang sejarah!

Read more...

Jumaat, Julai 31, 2009

SELAMAT BERHIMPUN SECARA AMAN KEPADA SELURUH PENCINTA KEADILAN!

Read more...

Rabu, Julai 22, 2009

HSDT 7

Hadiah Sastera Darul Ta'zim VII 2009 diadakan di Pusat Konvensyen, Persada Johor, JB. Hari Jumaat, 17 Julai 2009, jam 8.30 malam.

Terima kasih kepada Kerajaan Johor (menerusi iltizam Yayasan Warisan Johor) yang istiqamah melaksanakan hadiah sastera negeri ini sejak lebih sedekad lalu. Begitu juga dengan para penganjur bersamanya seperti DBPWS, PPJ, MKNJ dan GAPENA. Bermula 1996, namun kemudiannya sejak 1999, HSDT berjaya diadakan setiap dua tahun.

Sebagaimana biasa, para pemenang dan VIP diberikan penginapan percuma sehari semalam di hotel. Kali ini Hotel Putri Pacific di sebelah Persada Johor menjadi pilihan. Pada mulanya saya menyangka kedua-duanya terpisah agak jauh. Rupa-rupanya di aras 2 telah dibina jejantas yang menghubungkan kedua-dua bangunan.

Dipendekkan cerita, tahun ini giliran Pak Matlob (namanya cukup sinonim sebagai pejuang tulisan Jawi) dinobatkan sebagai penerima Hadiah Karyawan Sastera Johor. Sementara guru dari kampung halaman saya (Endau), Nazim Mohd Subari terpilih menerima Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor. Penulis terkenal, Dr. Mawar Shafei pula mencatat sejarah tahun ini dengan memenangi tiga kategori berbeza. Tahniah kepada semua pemenang.

Memo:
Gambar atas: Menerima hadiah kategori novel remaja daripada Dato' Termuzi Abdul Aziz, Ketua Pengarah DBP yang baharu diiringi Amiruddin Ali, Ketua 1 PPJ.

Gambar bawah: Bersama 'abang macho' Saharil Hasrin Sanin dan Tuan Haji Shamsudin Othman al-Johori

Read more...

Rabu, Julai 15, 2009

PEMENANG HADIAH SASTERA DARUL TA'ZIM VII 2009
KATEGORI NOVEL REMAJA

Apa Kata Panel Hakim?

Kekuatan novel ini terletak pada muatan nilai agama. Syahir tampil sebagai role model ahli sukan remaja yang mempertahankan syariat dalam sukan meskipun dia menghadapi pandangan skeptikal daripada orang di sekelilingnya. Nilai yang dibawa oleh novel ini berupaya mengubah paradigma remaja agar lebih komited terhadap agama walaupun mereka aktif dalam sukan. Sebagai sebuah teks yang kaya dengan maklumat, novel ini memberikan manfaat yang besar kepada khalayak pembaca.

Dari segi teknik penyampaian, novel ini sesuai dengan khalayak sasarannya, yakni remaja awal kerana tidak dibina dalam struktur yang kompleks sama ada dari segi perwatakan, gaya bahasa dan aspek lainnya. Begitupun binaan naratifnya tidaklah pula terlalu simple; masih wujud teknik yang kompleks terutama dari segi plot tetapi tetap komunikatif untuk khalayak sasarannya. Kompleksitinya plotnya memadai ditandai dengan teknik imbas kembali dan unsur ketegangan yang disisipkan secara berseni.

Kelebihannya yang lain terletak pada kekemasan binaan naratif; watak, konflik dan pengucapan bahasa yang ditampilkan secara selektif dan disusun dalam struktur yang rapi. Tiada unsur pembaziran dari segi pengemukaan watak; setiap watak mempunyai peranan yang melengkapkan alur cerita. Konfliknya juga berfungsi untuk memperkukuh penyampaian pemikiran dan pembentukan tema keseluruhan. Dengan kelebihan dari segi muatan dan seni penukangan naratif, novel ini mempunyai merit untuk diiktiraf sebagai bacaan yang bermutu untuk khalayak sasarannya, iaitu remaja awal.

-Laporan Panel Hakim HSKU 2006

Read more...

Selasa, Julai 14, 2009

JUSTERU ...

Membaca Justeru Impian di Jaring'(JIDJ) membawa saya bernostalgia ke zaman sekolah rendah bermain badminton bersama jiran sebaya, Shamsul. Sewaktu tiba musim badminton, ada sahaja masa senggang, kami akan bermain badminton di lorong siap dengan jaring. Bermain-main bersungguh-sungguh dengan lagak jagoan era 90-an Joko Suprianto, Rashid Sidek, atau Patrik Hoyer Larsen. Orang putih kata, 'Boys eye full of dream'. Kadang-kadang sampai bergaduh.

Walaubagaimanapun JIDJ bukan kisah tentang impian budak kecil tetapi impian murni cetusan iman. Impian yang ingin meletakkan nama bangsa, agama dan negara pada suatu tempat yang tinggi
martabatnya. Syahir adalah pemain badminton yang berperibadi terpuji dan teguh mempertahankan prinsip dan syariat agama. Pemakaiannya yang memakai 'tight' menutup aurat mengundang segala macam reaksi. Pada hakikatnya menutup aurat sememang dan sepatutnya tidak menjadi batu penghalang untuk bersukan dan menjadi jagoan dunia.Lihat sahaja ratu pecut Bahrain, Ruqaya Al Ghasara yang meskipun bertudung tetap tidak menghalangnya meraih juara dalam acara lari 200m di Sukan Asia di Doha lalu.

Baca lanjut.


Memo: Terima kasih, Dayat, yang telah sudi 'mereviu' novel remaja awal saya ini.

Read more...

Ahad, Julai 12, 2009

JANGAN TAK BELI BUKU INI!

Bahasa yang bertenaga ditampilkan menerusi diksi yang segar. Jati diri Nisah Haron sebagai pengarang jelas terserlah dalam karya mutakhirnya ini. Sesudah Tawarikh Cinta, inilah spin-off novel Mencari Locus Standi yang wajib anda miliki!

- Zaid Akhtar


Memo:
Terima kasih, Puan Nisah yang sudi mengirimkan saya senaskhah novel ini. Kata orang, kegembiraan yang tidak terucap tatkala menyambut kelahiran novel baharu kadangkala seperti menyambut kehadiran cahaya mata baharu juga. Selamat bergelar warga PTS!

Read more...

Khamis, Julai 09, 2009

AYUH MENGUNDI di BLOG TUN!

Pergilah ke blog rasmi Tun dan mengundi. Tolonglah puaskan hatinya. Tun dah tua, hormatilah permintaan orang tua.

OK.
Jika anda bersetuju dengan PPSMI klik "Yes".
Jika anda benci, menyampah dan meluat "gila" dengan PPSMI klik "No".

Memo: Oh ya, kenapa tidak dimansuhkan terus? Mengapa masih harus menunggu hingga 2012 (selepas PRU nanti)? Usahlah berteka-teki jika benar ikhlas dan telus.

Read more...

terima kasih
(sempena pemansuhan PPSMI)

terima kasih ahli politik
yang masih bertelinga dua
dan faham bahasa.

terima kasih pejuang bahasa
yang turun ke jalan raya
bermati-matian mendaulatkan bahasa.

terima kasih semua
yang masih ada cinta terhadap bahasa.

Read more...

Selasa, Julai 07, 2009



Memo: Bicara Novel Islami Bersama Dato' Dr. A. Samad Said, Zaid Akhtar dan Salina Ibrahim

Read more...

Sabtu, Julai 04, 2009

SIAPA PENULIS PILIHAN ANDA?

oleh Salbiah Ani (BH 3/7/2009).

BAGI memungkinkan pembaca Dunia Buku, Sastera membuat pemilihan pengarang pilihan mereka muncul sebagai pemenang Anugerah Pilihan Pembaca Popular - Berita Harian 2009, diperturunkan beberapa maklumat mengenai mereka.

Dr Danial Zainal Abidin yang dicalonkan dalam Kategori Bukan Fiksyen menerusi bukunya, Minda Muslim Super adalah Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy Malaysia Sdn Bhd dan juga Pengurus dan Pengamal Perubatan di Klinik Syifa Glugor, Pulau Pinang.

Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, pemegang Ijazah Kejuruteraan Sumber Mineral daripada Universiti Sains Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan Perlombongan dari Queensland, Australia, pengasas kursus Motivasi Alihan Pelajar, mempertaruhkan Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif.

Dr HM Tuah Iskandar yang sudah menghasilkan lebih 50 buku dalam pelbagai bidang, sudah menerima 28 anugerah dalam bidang penulisan termasuk kreatif, dicalonkan menerusi dua bukunya, Fikir-fikirlah dan Membina Cinta Sayang.

Datuk Dr Mohd Fadhilah Kamsah adalah Pengarah Urusan Excel Training & Consultancy (M) Sdn Bhd menerima ijazah PhDnya dari Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat, menerima pencalonan menerusi bukunya, Langkah Bijak Usahawan Terbilang.

Muhd Kamil Ibrahim adalah profesor perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), sudah menulis beberapa buku termasuk karya laris di pasaran dan lebih 400 rencananya diterbitkan dalam pelbagai media massa, ‘memperjudikan’ Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman.

Muhsin Labib yang dilahirkan di Jember, Jawa, menerima ijazah sarjana mudanya di Iran dan PhD dari di Universiti Islam Negeri Hidayatullah, banyak menghasilkan buku agama dan dicalonkan menerusi bukunya, Ahmadinejad: Singa Baru Dunia Islam.

Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood adalah lulusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti al-Azhar, Mesir, sudah melahirkan lebih 40 album ceramah agama, motivasi dan petua dalam bentuk CD, VCD dan kaset, menguji peluangnya lewat Hadiah Untuk Muslimah.

Azahar Abdul Rahman, penulis berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan internet dan sistem perakaunan adalah akauntan bertauliah Thames Valley University, London, dicalonkan menerusi bukunya, Rahsia Buat Duit dengan Ebay.

Ramlee Awang Murshid yang dicalonkan dalam Kategori Fiksyen adalah wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri, menerima empat anugerah penulisan kreatif peringkat kebangsaan, dicalonkan menerusi Hijab Sang Pencipta.

Aleya Anessa, Penolong Pegawai Perancang Bahasa, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, sudah menulis Semusim Rindu, Kasih Antara Kita, Janjiku Bersamamu, Hanya Dia Tahu dan novelnya, Segalanya Untukmu, memasukkan namanya dalam senarai Kategori Fiksyen.

Anis Ayuni, lulusan Sarjana Perancangan dan Pentadbiran Pendidikan dari Universiti Malaya dan berkhidmat sebagai Penyelia Petang SMK Seri Saujana, Bandar Baru Petaling, Kuala Lumpur muncul sebagai penerima anugerah tahun lalu, dicalonkan kali ini lewat Seribu Kali Sayang.

Damya Hanna yang baru saja menamatkan pengajian perakaunan di UKM adalah penulis Bicara Hati, Sepi Tanpa Cinta, Saat Cinta Bersemi, Ilham Hati, Senafas Rindu dan novelnya, Ternyata Cinta, melayakkannya termasuk dalam senarai Kategori Fiksyen.

Norhayati Berahim yang mempunyai penerbitan sendiri dicalonkan menerusi novelnya, Kembalikan Cintaku juga penulis Andai Semalam Ku Miliki, Biarkan Aku Menangis, Bunga Kasih, Chinta Cinta dan Tidak Aku Bersuara.

Aisyah Sofea yang dicalonkan menerusi Selagi Ada Dia adalah juga penulis novel Adam & Hawa, Buatmu Kekasih, Far Away, Gelora Jiwa, Jauh, Jendela Hati, Kau Untukku dan Sehangat Asmara.

Zaid Akhtar peserta Program Penataran Sastera Mastera (genre novel) di Bogor, Indonesia pada 2006 dan penulis Sesegar Nailofar (2001), Rona Bosphorus (2003) dan Justeru Impian di Jaring (2007) dicalonkan menerusi novelnya, Salju Sakinah.

Mimie Afinie yang bermula dengan Bisikan Rindu pada 2004, menggarap Masih Ada Rindu, Maafkanku … Sayang, Tinggallah Pujaan, dicalonkan menerusi novelnya, Kalau Ada Jodoh.

Siti Rosmizah, peguam yang menerima ijazahnya dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) boleh berbangga dengan novel sulungnya, Andai Itu Takdirnya yang sudah tujuh kali dicetak ulang dan melayakkannya untuk disenaraikan dalam Kategori Fiksyen anugerah ini.

Fauziah Ashari yang bermula dengan novel sulungnya, Pergilah Sepi dan Ombak Rindu yang mencatat kejayaan cemerlang sehingga mendorongnya tampil sebagai usahawan dalam bidang penerbitan, dicalonkan menerusi Rindu Cintaku.

Borang asal penyertaan yang akan diterbitkan lagi pada 10 Julai ini dan alamatkan penyertaan kepada Anugerah Pilihan Pembaca Popular - Berita Harian 2009, Marketing Department, Popular Book Co (M) Sdn Bhd, No: 8, Jalan 7/118B, Desa Tun Razak, 5600, Kuala Lumpur.

Read more...

Khamis, Julai 02, 2009

SS dan Senaskhah Tesis

Sore tadi saya menerima senaskhah tesis atau projek ilmiah semester akhir seorang bakal graduan UKM. Terpinga-pinga saya pada awalnya tatkala menerima buku kulit tebal yang berbungkus cantik itu. Rupanya novel SS telah menjadi subjek kajiannya bagi memperoleh Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan).

Saya sendiri teruja. Tidak menyangka pertolongan saya yang sedikit menerusi e-mel dahulu dibalas dengan sebuah tesis yang sempurna. Sebenarnya saya sendiri sudah lupa kerana beberapa e-mel daripada beberapa pelajar lain juga bertanyakan soalan-soalan seputar novel-novel saya. Banyak yang bertanya itu ini begitu begini hingga saya lupa yang mana satu.

Saya sendiri terpinga. Tidak menduga novel bersiri di ruangan agama Utusan Malaysia yang saya tulis dengan penuh siksa sepanjang tahun 2005 mendapat perhatian yang tidak sedikit oleh pembaca dan sarjana. Saya kira SS bukanlah karya terbaik saya setakat ini. Saya secara peribadi, lebih menyenangi Rona Bosphorus yang jauh menjelajah ke Istanbul dan mendepani pengaruh Yahudi. Namun pakej yang diberikan kepada SS ternyata istimewa lantas saya reda dengan tuah dan pemberian-Nya.

Saya membelek-belek naskhah tesis berkulit hijau tua yang bertaip kemas. Setebal 74 halaman.
Siapa sangka, selepas lima belas bulan Salju Sakinah berada di pasaran, kini sudah ada kajian yang ditulis tentangnya. Saya kira judulnya juga menarik: Mesej Dakwah dalam Novel Ayat-ayat Cinta dan Novel Salju Sakinah.

Memo: Terima kasih kepada Liza Dadie. Tahniah dan selamat berkonvo!

Read more...

Jumaat, Jun 19, 2009

Anugerah Pilihan Pembaca Popular - Berita Harian 2009:
Salju Sakinah
dalam Senarai Finalis

Fiksyen:
Aisya Sofea - Selagi Ada Dia
Anis Ayuni - Seribu Kali Sayang
Fauziah Ashari - Rindu Cintaku
Damya Hanna - Ternyata Cinta
Ramlee Awang Murshid - Hijab Sang Pencinta
Siti Rosmizah - Andai Itu Takdirnya
Norhayati Berahim - Kembalikan Cintaku
Aleya Aneesa - Segalanya Untukmu
Mimie Affnie - Kalau ada Jodoh
Zaid Akhtar - Salju Sakinah

Non-fiksyen:

Dr. H.M. Tuah Iskandar - Fikir-Fikirkan
Sheihk Mustapha - Menggapai Bintang
Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim - Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
Dr. Tengku Asmadi - Teknik Memotivasi Anak Cara Positif

Dato Ustazah Nor Bahyah Mahmood - Hadiah untuk Muslimah
Dr. H.M. Tuah Iskandar - Membina Cinta Sayang
Dr. Danial Zainal Abidin - Minda Muslim Super
Dato Dr. Mohd. Fadhilah Kasmah - Langkah Bijak Usahawan Terbilang
Azahar Abdul Rahman - Rahsia Buat Duit Dengan Ebay

Cara undian adalah:

1. Undian melalui borang dalam akhbar Berita Harian mulai 19 Jun 2009
2. Borang Undian yang diberi di semua rangkaian gedung buku Popular seluruh Malaysia.

Sumber: Blog PTS

Memo: Buku yang bertanda garis di bawahnya adalah terbitan PTS.

Read more...

Ahad, Jun 14, 2009

PENGARANG Maza Ya'ni Intima'i Lil Islam WAFAT

The Islamic Action Front announced Saturday the death of its leader Fathi Yakan. He was 76 years old. In a statement, the IAF said Yakan passed away at 4:45pm in Hotel Dieu Hospital, where he was admitted on Friday night.

Yakan's body will be moved to Tripoli on Sunday morning. The time and place of the funeral will be announced at a later time, the statement added. The IAF earlier denied media reports of Yakan's death but said he was in critical condition.

Yakan was born in the northern port city of Tripoli in 1933. He became involved in Islamic work in Lebanon in the mid 1950s and was a pioneer in the establishment of the Islamic Movement. Yakan was elected a member of parliament in 1992.

Sumber: Naharnet.com

Memo: Inna lillah. Tayyaba Allahu Tsaraahu. Almarhum pergi dengan jasa dan pengorbanan yang tidak mampu kita bayar. Setiap yang pernah berusrah pasti pernah mendengar namanya. Bukunya yang berjudul Apa Ertinya Saya Menganut Islam kekal menjadi silibus bacaan yang wajib dihadam oleh mereka yang mahu mendaulatkan Islam di seluruh dunia.

Read more...

Rabu, Jun 10, 2009

SPM: WAJIB LULUS BeeAii PULAK DAH ...

Astaghfirullah.
Isu PPSMI masih belum selesai. Masih dalam kajian khabarnya, walhal berpuluh-puluh kajian sudah dijalankan sejak 2003 berkenaan PPSMI oleh pakar-pakar yang berautoriti. Persidangan meja bulat juga sudah diadakan. Demonstrasi jalanan juga sudah dilancarkan. Tetapi apalah sangat nilai kajian itu; apalah sangat resolusi meja bulat, tiga segi atau empat segi sekalipun pada manusia yang berlidah dua dan gegendang telinganya tersumbat. Kini, datang pula cadangan (macam dah nak dilaksana saja?) mahu meletakkan syarat WAJIB LULUS Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM.

Entahlah.
Apalah malangnya kita. Lepas satu, satu yang datang. Ibarat keluar dari mulut rimau, masuk pula ke mulut buaya. Lari dari Ya'juj & Ma'juj, bertemu pula Dajjal Malaun. Memang di akhir zaman benar kita ini. Yang baik dikata buruk, yang haram dikata halal, yang dah molek ada, kita tukar bagi makin teruk. Inilah natijah memberi amanah kepada yang bukan ahli. Kita beri nasi, tapai basi pula yang dikembalikan.

Kita tidak anti-BI, tidak menafikan kepentingan menguasai BI pada zaman global ini, tetapi mewajibkan pelajar untuk lulus adalah satu penganiayaan. Satu kezaliman.

Menurut Bernama, orang ramai yang ingin mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan SPM boleh berbuat demikian melalui saluran telefon dan emel kepada Kementerian Pelajaran. Ia boleh disalurkan ke talian khidmat pelanggan kementerian itu di 03-7723 7070 atau emel di kpkpm@moe.gov.my.

Baca lanjut tentang berita malang ini di akhbar BI dan akhbar BM (yang malu-malu mahu menyiarkannya).

Memo: Lebih bimbangkan nasib pelajar luar bandar. Nasib pelajar kelas lembam@hujung yang subjek bahasa Melayu pun susah hendak lulus, tak usah cerita. Ma'assalaamah!

Read more...

Rabu, Jun 03, 2009

PUNCA SEBENAR STADIUM RUNTUH?

Punca sebenar keruntuhan sebuah stadium negeri yang baru digunakan lebih kurang setahun yang lalu masih lagi menjadi tanda tanya. Masih dalam siasatan.

Banyak sekali dakwaan daripada pelbagai pihak. Malah ada yang mengaitkannya dengan angkara raksasa, makhluk asing, malah Ayah Pin (yang 'tersalah landing' ketika mendarat sewaktu kembali dari Kerajaan Langit)!

Yang penting ini bukan kesilapan manusia. Tiada yang bersalah dalam hal ini. Tiada yang perlu mengada-ngada terhegeh-hegeh mahu meletak jawatan kononnya bertanggungjawab dengan tragedi ini. Ingat ya, tiada kena-mengena dengan sesiapa!

Jadi, tunggu saja di hadapan televisyen dan dengar apa kata para penyampainya nanti.

Read more...

Sabtu, Mei 30, 2009

From the pages to the silver screen
(petikan tulisan Meor Shariman dalam NST hari ini)

Among the recent blockbusters are Harry Potter, Twilight, The Chronicles of Narnia, Inkheart, Slumdog Millionaire and Angels & Demons.Adapting best-selling books for the silver screen also proved successful in Indonesia with Ayat-Ayat Cinta and Laskar Pelangi.However, this is not the case in Malaysia.

Three best-selling Malaysian novels flopped at the box office -- Ranjau Sepanjang Jalan in 1983, Mira Edora in 1990 and Pelangi Pagi in 2004. Ranjau Sepanjang Jalan, based on a novel by Datuk Shahnon Ahmad, was directed by Jamil Sulung.
Starring Sarimah and Melissa Saila, the story revolves around a widow (Sarimah) who has to take care of her seven children after the death of her husband.The gritty story was considered too "heavy" by the audience despite the memorable acting by the legendary Sarimah.

Mira Edora, based on a novel by Khadijah Hashim, was directed by Zulkifli M. Osman and starred Julia Rais and Noor Kumalasari. The story is about Mira Edora who falls in love with an older man who could have been her father. This heavy drama did not make any headway in the movie world.In 2004, Rosnani Jamil adapted Khadijah Hashim's Pelangi Pagi into a film titled Bicara Hati which introduced Nurfazura as an actress. The film tells the story of a girl who falls in love with her teacher. Bicara Hati failed at the box office.

Astro Shaw is now adapting Malaysia's most-read teen romance, Lagenda Budak Setan, into a movie. Written by Ahadiat Akashah, the story revolves around the love life of a college boy. The novel was released in 1989 and sold more than 100,000 copies.The film stars Farid Kamil and Lisa Surihani, and is directed by Sharad Sharan.

Another best-selling novel, Jibam written by Ujang, was adapted into a movie last year. Unfortunately, the project, utilising Finas' feature film loan, is in limbo due to financial problem. Like Lagenda Budak Setan, Jibam sold more than 100,000 copies.KRU Films is in the midst of adapting Malay classic Hikayat Merong Mahawangsa. The film is expected to be Malaysia's answer to The Chronicle of Narnia.There is no dearth of Malaysian best-selling novels that can be turned into successful movies. Producers can just walk into the nearest bookstore and they will be able to find what they want. If a producer is thinking of a horror flick, why not Tamar Jalis's Bercakap Dengan Jin? Bercakap Dengan Jin is one of those horror novels that keep readers reading at night with the lights on.

If a producer is looking for an Islamic themed love story similar to Indonesia's Ayat-Ayat Cinta, Zaid Akhtar's Salju Sakinah could be it. And one of the most beautiful love stories ever written is Bukan Puteri Lindungan Bulan by Liana Alfiera Malik.

Sumber: NST 30 Mei 2009

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP