Ahad, Januari 18, 2009

108 juta untuk Seorang Kaka?

Dalam pada saudara-saudara seagama dan sebangsa mereka di Gaza sedang merasai 'neraka dunia' akibat sekatan dan serangan Ya'juj Ma'juj bernama Zionis Israel, seorang taikun minyak dari Dubai sibuk untuk membida bintang bola sepak Brazil yang bermain di kelab AC Milan, Kaka.

Sheikh Mansour bin Zayed Al-Nahyan barangkali terlepas pandang betapa umat Islam lebih memerlukan pertolongannya berbanding kelab Manchester City yang baru dibelinya. Harga 1o8 juta Pound (ya, Pound Sterling, bukan Ringgit Malaysia) yang mahu ditawarkannya dengan gaji sebanyak 500 000 pound seminggu adalah gila untuk seorang Kaka yang tidak memberi erti apa-apa kepada umat Islam. Barangkali Sheikh Mansour tidak perasan. Atau baginya apalah sangat 1200 orang yang telah terkorban syahid berbanding 55 000 kapasiti penonton yang memenuhi City of Manchester Stadium yang terpukau dengan gaya permainan samba Kaka dan Robinho.

Dalam wawancara secara langsung di Astro Awani minggu lepas, mantan PM Malaysia ada menyebut, negara-negara Arab pengeluar minyak memang 'boleh sangat' untuk menyekat eksport minyak mereka ke Amerika dan EU yang memandang sebelah mata konflik kemanusiaan di Gaza, tetapi yang menjadi soalnya adalah 'mahu atau tak mahu'.

Dan kita, yang tidaklah sekaya Sheikh Mansour dan taikun-taikun minyak di Teluk yang menjadi penjilat Amerika itu, teruslah berdoa, memboikot dan menyumbang derma bagi membantu saudara seagama kita sekadar termampu.

Memo: Saya agak kurang setuju dengan sebuah wawancara di Mingguan hari ini yang mendakwa bahawa konflik di Gaza bukannya konflik agama. Habis konflik apa? Asasnya adalah agama, tetapi didokumentasikan sebagai pertikaian wilayah. Tak usahlah kita menoleh ke lain bagi menafikan bahawa yang ditekan dan didendami adalah kaum muslimin dan agama yang paling dibenci Yahudi Zionis adalah Islam. Justeru awal-awal lagi Allah sudah memberi peringatan yang berbunyi "Wa lan tardha 'ankal Yahud walan Nashoraa hatta tattabi'a millatahum."

8 komentar:

Tirana 10:29 PG  

Jika orang Islam sendiri tidak berusaha membantu sesama saudara seagama..siapa lagi yang boleh diharapkan...

saudara,  1:01 PTG  

patot...la faisal tehrani x suke pemimpin arab....
p/s: sheikh mansour n rakan-rakan tu da buta hati agaknye....

Zaid Akhtar 4:27 PTG  

Kak Tirana,
thubaa lil ghurabaa'

saudara,
saya pernah mendengar teori yang mengaitkan para pemimpin Arab mutakhir juga bersusur-galur Yahudi. mereka naik pun dengan lobi Yahudi.

Afida Anuar,  3:32 PTG  

Kalau la negara arab bersatu padu....semua negara islam bersatu padu atas nama Islam yang satu, tak mustahil Yahudi dan Amerika dapat dikalahkan...

Azhar Salleh 9:44 PTG  

Kalaulah diturunkan Allah burung ababil, bukan hanya Israel yang patut dimusnahkan, rasa-rasanya negara Arab seperti Mesir, Arab Saudi dan orang seperti Sheikh Mansour bin Zayed Al-Nahyan pun sepatutnya dihancurkan oleh burung ababil! Ya, Allah, Tuhan kami, makbulkan doa jutaan umat Islam agar Israel dan juak-juaknya dihancurkan selumat-lumatnya!

Tanpa Nama,  1:18 PTG  

salam.....
memang sangat menyakitkan hati dengan orang arab yang kaya2 ni.. bukan setakat kaya tapi terlalu kaya! ABU DHABI grup! saudara seislam kat palestine sedang disembelih tp pak arab ni sape name die ek kalo tak silap sheikh mansur nak beli kaka denagn harga lebih 500 juta ringgit?! gila! entahla... apalah nak jadi. Kalau tak silap ABU DHABI ni jugak yg anjurkan Royal TRophy tu kan?

HASMORA 5:58 PTG  

salam sdr..dan sahabat sekalian...
saya pernah tdgr juga di pihak lain bbrp hr ni tp bkn di mingguan malaysia .. katanya palestin bkn isu agama..apalah butanya.. dan arab.. hosni mubarok pun sama tulinya.. mmg patut kita kutuk semua... mingguan malaysia..spt biasa..byk xleh dipakainya

Zaid Akhtar 7:25 PTG  

Afida,
Arab nak bersatu? Rasanya tunggu kiamat dulu. Hanya Islam boleh menyatukan umat, bukan semangat nasionalis atau slogannya yg masyhur 'wehdatul Arab'.

Tuan Azhar,
berdoa, boikot, dan menyumbang derma. Moga Dia terima.

Anonymous,
Kaka pun tau syeikh Dubai tu gila. Dia dah tolak tawaran rekod dunia drpd Manchester City. Wang bukan segalanya!

Hasmora,
memang ada semacam unsur Islamiphobia. Dah terang2 yang kena bom tu Muslim, nak nafi macam mana lagi? Memang ada minoriti Kristian di Gaza yang terkena, tetapi jangan lupa Yahudi juga membenci orang2 Nasrani (kebencian tahap kedua selepas orang Islam).

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP