Sabtu, Januari 03, 2009

BAH

Pagi lagi mak sudah mengirim SMS: Rumah banjir satu anak tangga tenggelam. Kereta dan motor hantar tepi jalan.

Rupanya sejak semalam lagi hujan runtuh di Endau. Lebat juga sepanjang malam. Justeru air pasang pagi barangkali (menghalang air sungai untuk terus ke laut), lantas rumah kami yang agak rendah diancam banjir.

Mak terpaksa bersiap siaga. Bimbang juga jika air naik lagi setelah hujan berterusan begini. Anak-anak lelakinya jauh. Cuma Akak di Jalan Mersing yang boleh datang membantu jika terpaksa memindahkan barang ke tempat lebih tinggi seandainya rumah dapur diterobosi air.

Moga hujan berhenti malam ini dan air akan mulai surut. Dan esok mentari menyimbah sinar garangnya ke bumi.

1 komentar:

Zulfahimi bin Husain 11:19 PG  

Salam...Ustaz maaf bertanya..Ustaz asal dr endau Johor ke? Saya berasal dari rompin,pahang. kira2 dekat lah tu kan? pernah sekolah agama bandar endau masa duk kt tg gemuk dulu...salam ta'aruf dr saya

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP