Jumaat, Januari 30, 2009

Bahasa Apa yang Dituturkan Erdogan?

Syabas Erdogan. Ada juga pemimpin Islam yang berani macam Reccep Tayyip Erdogan ini. Walaupun beliau dikatakan agak pro-Barat dan moderate, tetapi sebagai seorang Muslim dan pemimpin negara yang majoriti rakyatnya Islam tetap tersayat hatinya dengan nasib rakyat Palestin di Gaza.

Sudah banyak blog yang mengulas keberanian Erdogan. Saya tidak mahu menyentuh apa yang diucapkannya kerana ia fakta dan satu penghinaan secara langsung kepada seekor haiwan yang duduk di sebelahnya, Shimon Peres. Malah "tembakan" seminit itu boleh diibaratkan seperti "kasut Muntadar" yang dilemparkan ke muka George Bush di Baghdad tempoh hari.

Yang menarik perhatian saya ialah bahasa pertuturannya. Erdogan bertutur dalam bahasa ibundanya, bukan dalam bahasa Inggeris. Lihat! Siapa kata kita perlu fasih berbahasa Inggeris untuk ke peringkat antarabangsa? Bahasa sebenarnya tidak menjadi masalah yang terlalu besar pun dalam forum bertaraf antarabangsa begitu (saya sebut, World Economic Forum!). Malah disediakan pula penterjemah untuk memudahkan interaksi.

Jelaslah, untuk menjadi PM Turki sehebat Erdogan pun, penguasaan bahasa Inggeris bukanlah syarat utama. Yang penting, pemimpin itu sendiri mestilah bijaksana mentadbir, tidak berpolitik wang, dan tidak menyalahi fitrah - iaitu membunuh bahasanya sendiri!

Memo:
Jika anda menguasai beberapa bahasa, dalam bahasa apakah anda berfikir?

5 komentar:

Azhar Salleh 11:42 PTG  

Salam SAUDARA ZAID,
Erdogan bertutur dalam bahasa ibundanya kerana beliau tahu hanya bangsa yang bodoh sahaja mengagungkan bahasa orang lain! Saya ada satu pantun teka-teki;

Dahan merekah di pohon kuini,
Rantingnya sekah terjuih-juih;
Bangsa apakah di dunia ini,
Buang bahasanya berlagak nak mampuih.

Jawapannya ialah bangsa...?

zulkhair 10:46 PG  

Ramai yang bermimpi dalam bahasanya sendiri, manakala akad nikah pun dalam bahasanya sendiri. Setakat ini, belum dengar cerita ilmuwan dan ahli politik sewaktu akad nikah yang berkata, "izinkan saya menggunakan bahasa Inggeris."

Zaid Akhtar 10:36 PTG  

Sdr Azhar,
bagus pantun saudara.
ada ciri-ciri "rock". hehe.
Melayu tak tau dek untung.

Sdr Zul,
ada yg berfikir dlm bahasa lain.

nurjannahtulajila 11:52 PG  

salam...

apakah entry ini tidak cukup rasa tertampar di pipi melayu2 yang mengagungkan bahasa inggeris itu...sama2lah renungkan.

abuyon 6:04 PTG  

salam semua. Salam taaruf syeikh zaih. Saya peminat novel anta. Barangkali tindakan berani Erdogan itu adalah kerana titisan darahnya daripada keturunan Sultan Usman penegak empayar Turki usmaniah ... boleh baca lagi di blog saya. Moga-moga beroleh rasa, Insya-Allah.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP