Selasa, Januari 27, 2009

DARI MIMBAR JUMAAT

Seorang sahabat saya berkata, cuba kau dengar setiap Jumaat, ketika khutbah berlangsung, ayat ini akan dibacakan: Innallaha wa malaa'ikatahu yusolluuna 'alanNabi. Ya ayyuhallaziina 'amanu solluu 'alaihi wa sallimuu tasliimaa.

(Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Taala dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam (Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam); wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang penuhnya).

Saya angguk. "Ya, aku dengar. Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke?"

"Ayat yang dibaca tu ayat ke-56 surah al-Ahzaab. Tapi disebut ayat ke-59."

"Macam mana kau tahu?"

"Dah banyak masjid dalam negeri ni aku pergi dalam sebulan dua ni. Baru-baru ni aku solat Jumaat di Bukit S. Minggu lepas aku solat Jumaat di Kampung J. Minggu sebelumnya di Bandar M. Minggu sebelum tu lagi di daerah S. Semuanya sebut ayat ke-59. Padahal yang sebetulnya, ayat ke-56."

Saya mengucap syukur kerana bertemu sahabat yang berilmu dan cukup prihatin.


0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP