Rabu, Januari 14, 2009

JANGAN BOIKOT KFC?

Dua hari lalu seorang teman menelefon saya. Rasanya Jumaat lalu kali terakhir kami bertemu setelah sama-sama menunaikan solat hajat mendoakan kesejahteraan saudara seIslam kita di Gaza. Saya masih ingat, kami sama-sama sebak tatkala mengaminkan qunut nazilah yang dibacakan oleh segerombolan aktivis anti-Zionis.

Katanya, Zaid, kau tahu, semua orang sibuk boikot produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang menaja peperangan Zionis menghancurkan Palestin. Ramai ulama dah keluar fatwa. Hampir seluruh negara negara Islam dah mulai memboikot. Tapi aku dengar ada arahan agar mengecualikan KFC dan logonya daripada senarai produk yang mesti diboikot.

"Pulak dah? Apa fasal?" tanya saya. "Ada pengecualian pula?"

"Mereka tak beri boikot. Katanya ada saham anak syarikat kerajaan negeri dalam KFC."

Saya terpinga. Gesit terbayang sekolah-sekolah milik PBB yang dibom oleh tentera binatang Zionis menerusi serangan udara. Lekas terngiang saranan Tun Mahathir di Masjid Negara. Cubalah dulu boikot sebulan. Kalau mampu, kini dan selamanya!

Memo: Bagi maklumat terkini tentang perkembangan di Palestin, sila klik sini.

4 komentar:

aPuN 8:35 PTG  

mungkin kita patut duduk dalam gua.

Azhar Salleh 11:20 PTG  

Saudara Zaid yang dihormati,
Betulkah kerajaan BN benar-benar serius hendak boikot barangan AS dan Israel? Tiap-tiap hari seruan boikot kedengaran di mana-mana. Tetapi, bila minta akhbar senaraikan barangan AS, tak ada satu pun yang berani buat! Nampak sangat kerajaan sekarang lebih mementingkan RM daripada darah di Palestin. Sebab itulah, saya muak dengar perkataan boikot! Kalau nak boikot, buat betul-betul. Kalau tak nak, duduk diam sahaja! Apa lagi yang kita boleh harapkan daripada juak-juak yang kononnya menjadi pembela bangsa dan agama? Kita tak mampu buat apa-apa lagi. Tetapi yang mampu dibuat ialah boikot sahaja, dan itu pun tak mampu untuk dilakukan. Entahlah, saya percaya itulah antara sebab BN kecundang di Kuala Terengganu!

Tirana 3:39 PG  

Salam Saudara Zaid..

Apa lagi yang mampu kita lakukan untuk Palestin selain dari do'a, pertolongan dari segi kewangan dan boikot itu. Kalau ini pun tak mampu kita lakukan, mungkin kita tak prihatin langsung dengan kesengsaraan yang ditanggung oleh saudara-saudara kita di sana.

p/s Terimakasih kerana mengunjungi blog saya. Suka hati saya dapat kunjungan dari penulis novel "Salju Sakinah". Saya telah selesai membaca novel itu.. Saya rasa itulah satu-satunya novel yang ditulis oleh penulis Malaysia di era ini yang paling bagus yang pernah saya baca. Nanti saya cuba cari dan baca novel-novel saudara yang lain-lain itu.

Zaid Akhtar 10:34 PG  

Apun,
gua mana?

Tuan Azhar,
semua itu retorikkah? apapun, bulan mengambang penuh di KT semalam. :-)

Kak Tirana,
terima kasih atas kunjungan balas.
terima kasih juga sebab sudi menikmati SS yang seadanya itu.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP