Rabu, Januari 21, 2009

SEPAGI BERSAMA PROF KAMIL

Jumaat lalu, sekolah saya mengadakan program sambutan Maal Hijrah 1430H peringkat sekolah. Saya cukup berbesar hati kerana ditugaskan menjadi pengerusi majlis bagi acara ceramah yang bermula kira-kira jam 10 pagi. Apatah lagi penceramahnya adalah individu yang cukup dihormati di daerah kami iaitu Prof Dr. Muhd Kamil Ibrahim, Pengarah UiTM Segamat.

Sejak pertama kali bertemu beliau di Muar dalam Bengkel Penulis Muda Johor anjuran YWJ pada akhir Mei 2008, saya sudah berhasrat untuk mengundangnya ke SMKAS. Jarak antara UiTM Segamat dengan SMKAS di Segamat Baru bukanlah jauh, cuma ira-kira 12 kilometer. Tetapi kami ibarat dekat tapi jauh. Payah sekali untuk ketemu. Ternyata niat lama saya itu didengari dan masih disimpan kemas oleh penyelaras program, Ustazah Khairani yang suaminya juga bertugas sebagai pensyarah di UiTM Segamat. Syukur alhamdulillah. Segala urusan undangan lancar, dan Prof Kamil sudi hadir.

Terasa sebentar benar ceramah Prof pagi itu. Namun saya yakin ramai warga SMKAS yang menahan sebak sepanjang perkongsian yang amat bermakna itu. Dewan Luqman al-Hakim sendat dengan emosi beberapa ketika tatkala penceramahnya memukau hadirin dengan suara dari hati. Sayang sekali waktu Jumaat yang semakin mendekat tidak mengizinkan pertemuan berlangsung lebih lama. Apapun, saya bersyukur kepada Tuhan yang telah mengabulkan niat saya agar para pelajar dan guru-guru dapat beroleh manfaat dan merasai pengalaman yang pernah saya rasai sebelum ini. Terima kasih juga kepada Prof.

Sehingga pagi tadi, masih ada beberapa guru yang meminta saya agar lekas-lekas memesan buku Travelog Haji dan Travelog Dakwah daripada Prof. Saya hanya tersenyum sambil berjanji. Ramai juga yang kesal nampaknya kerana tidak dapat bertemu Prof seusai majlis tempoh hari bagi mendapatkan buku-buku best-seller beliau itu dan tentu sekali bersama autografnya.

5 komentar:

Melihat Kesunyataan 2:09 PTG  

Sdr. Zaid,
Alhamdulilah! Saya sendiri telah memiliki dan membaca kedua-dua buku beliau itu. Cukup mengesankan.

Abqori 9:14 PTG  

Salam.
Memang satu persilangan yang memberangsangkan. Prof menulis tentang Tuan dan Tuan pula menulis tentang Prof.

Hai, bilalah agaknya bisa membaca kedua-dua bukunya!

KakChik 3:23 PTG  

Assalamualaikum Sdr. Zaid.
Alangkah bertuahnya dapat melihat, berbual dan mendengar ceramah Prof Kamil tu.
KakChik pun ada juga rancangan nak jemput Sdr dan Prof datang ke Kelantan ni. Tapi belum muktamad lagi keputusannya.

Zaid Akhtar 12:07 PG  

Melihat Kesunyataan,
mungkin ada travelog seterusnya dari Prof nanti.

Abqori,
yang baik dan menggembirakan itu memang wajar dikongsi. :-)

KakChik,
moga dipermudahkan hajat dan urusan itu.

Mohd Nasir 7:18 PG  

Salam...
First saya tgk laman dia,mase tu tak kenal rupa lagi.Saya rasa macam "org ni" lain sikit.
Barulah saya kenal dia melalui blog saudara...terima kasih.
Salam ziarah...

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP