Sabtu, Februari 07, 2009

BOIKOT KFC, SOKONG RFC!

Sebagai alternatif, nantikan sahaja kemunculan restoran makanan segera Islam-Bumiputera ini tidak lama lagi:


1. Cawangan Alor Setar (dibuka 7 Februari )

2. Cawangan Pulau Pinang (hujung Mac)

3. Cawangan Laguna Sungai Petani (awal April)

4. Cawangan Ipoh (awal April)

5. Cawangan Kulim (awal April)

6. Cawangan PJ (awal Mei)

7. Cawangan Bangi (awal April)

8. Cawangan Kluang (awal Mei)

9. Cawangan Kuantan (awal Mei)

10. Cawangan Kelantan (awal April)

11. Cawangan Kangar (hujung Mac)

7 komentar:

Aisya Humaira 6:30 PG  

Assalamu'alaikum WBT...

Boikot tu bagus. Tapi sejauhmana orang-orang kita istiqomah? Hari Khamis baru ni ana sendiri terkelu lidah tatkala housemate sendiri minta dropkan dia di KFC.

Sekarang ni ramai yg ringan di mulut tetapi berat di hati. Akhirnya ringan kaki menuju. Cakap dan tunaikan tak seteru mana. Kenapa terlalu payah ya hanya kerana burger dan ayam KFC?~

Tanpa Nama,  3:39 PTG  

Cikgu,

1. Dua hari lalu dalam berita ada dikhabarkan RFC di Alor Setar, Kedah telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah.

2. Sekadar bersinis-sinis manja dengan cikgu... mungkin RFC di Alor Setar nanti dipulaukan oleh 'puak-puak dan juak-juak' sebuah 'parti besar Melayu' yang katanya kini amat-amat marah dan begitu beremosi sekali untuk pertahankan 'penguasa keturunan Parameswara', yaa... mereka lupa bahawa 'RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH!

3. Sekadar bersinis-sinis manja dengan cikgu juga... Setelah memantau banyak sumber web dan blog ungkapan 'RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH! telah banyak ditukar iaitu 'RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH DIXXXXXX DIXXXXXX DIXXXXXXX! dan banyak lagi... Apa2pun cikgu, kutipan 1 - 2 kenyataan Tn. Guru Nik Aziz (sebenarnya amat-amat terlalu banyak kenyataan dan luahan rasa rakyat kepada 'keturunan istimewa' ini) menyentuh akal minda untuk sama-sama berkongsi maklumat seperti di bawah:

- 5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.

6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman.Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas.

Firman Allah S.W.T. bermaksud :
“Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).

Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

Bertarikh : 9 Safar 1430
5 Februari 2009.

*********************************

- Benar kata Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat, atas nama Islam setiap manusia adalah sama di sisi Tuhan dan mereka bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan di akhirat kelak. “Ini bukan soal Melayu (menderhaka) tetapi dalam Islam, raja atau rakyat, orang bandar, orang kampung tidak kira raja, tok guru setaraf semuanya. Dan mereka bertanggungjawab kepada Allah diakhirat kelak.”

3. Satu perkara nak tanya cikgu, katanya benarkah GAMUDA ada kaitannya dengan seorang puteri 'keturunan istimewa' ini, katanya GAMUDA antara yang terkaya di Malaysia?

4. Apa-apapun cikgu... tahniah buat Liverpool kerana gigih untuk terus bersaing dengan Man U, 'Hapuskan Ego Man U' seperti laungan 'Hapuskan Biadap Zalim Binatang@Bxxi Parti XXXX' kini, tahniah menang atas Portsmouth melalui jaringan lewat Torres...

Mohon maaf cikgu ya, saja-saja sinis-sinis manja katakan. Sekian.

rar/

mxypltk 5:06 PTG  

Betul ke aku dengar KFC nak saman RFC pasal kes buka restoran ni?

Zaid Akhtar 6:03 PTG  

Aisyah,
moga kita istiqamah memboikot apa yg kita mampu. Mmg sukar utk memahamkan segolongan manusia begitu. Namun teruk sangatlah jika kita tak melakukan apa-apa, termasuk boikot.

Rar,
wah bersinis-sinis manja pula, ya. :-) Saya sedih, kesal dan mual dgn tindakan makhluk yg gila kuasa dan sanggup menghalalkan apa yg haram. Sumpah-seranah utk mereka.
Namun saya juga bengang kerana budaya melompat parti yg mencetus krisis di Perak itu telah dibawa sebelum ini oleh seseorang ke dalam wadah perjuangan yg murni.

Hakeem,
dengarnya KFC (yg berpusat di luar negara) nak saman RFC sebab dakwa mereka warna restoran RFC meniru warna merah 'trademark' mereka. Sebenarnya tidak. Ada perbezaan warna merah yg digunakan. Yahudi memang begitu. Pantang tengok org Islam maju. Anti-kedamaian.

Aisya Humaira 9:13 PTG  

Tadi sempat le saya promote RFC kat member yang boleh 'mendengar kata'. Jaminan sedap ke tidak tu wallahu'alam. Yang penting nampak menarik dengan warna berani yang sama.

Harapnya warna RFC ini bakal merubah fikiran anak buah saya, Amir. Lepas ni mak ngah Amir akan bawa dia ke 'C' baru di cawangan Kangar. I will change ur memory! hehe~

Azhar Salleh 10:43 PTG  

Salam SAUDARA ZAID,
RFC perlu disokong oleh semua umat Melayu dan Islam. Namun kekangan yang paling hebat tentulah usaha yang terancang untuk menjatuhkannya. Minda umat Melayu/Islam perlu dirombak besar-besaran melalui pelbagai gerakan. Mengapakah masih terlalu banyak program realiti dan hiburan dihidangkan, merupakan satu persoalan yang lebih besar berbanding dengan penubuhan RFC ini. Bukanlah tugas yang sulit untuk menyokong RFC, malah saya pasti akan mencarinya jika ada di JB, namun tugas yang sangat-sangat sulit ialah merobah pemikiran umat Melayu/Islam yang bagai tiada lagi titik noktahnya...Bangsa asing tidak akan berpusu-pusu ke kedai atau premis Melayu malah sedaya upaya akan berlari sekuat-kuat hati jika mereka tahu itu milik Melayu, tetapi bagaimana dengan bangsa kita? Itu persoalan besar. Itu persoalan utama. Ya, jauh lebih utama!

masni qisrine 6:32 PTG  

pada "pendapatan" saya,

nk boikot jgn ikut atau tgk org
klu tgk org lama2 kita pun tak jadi nk boikot
biarlah org lain tak boikot,
yg penting kita ni istiqamah,
biarlh org lain tu malu-malu miaww
bila tau kita ni pemboikot tegar
teguh pendirian..

1000miles starts fr a single step

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP