Rabu, Mac 18, 2009

BABI PUN ADA KOD?

Mutakhir ini, saya banyak mendengar tentang lemak babi yang terdapat dalam makanan yang dianggap halal malah 'dilabelkan' HALAL. Namun lemak-lemak babi tersebut tidak ditulis terang-terangan LEMAK BABI atau PIG FAT, sebaliknya dinyatakan dalam bentuk kod.

Kod-kod di bawah ini saya temui dalam internet, malah ada yang diterima menerusi SMS. Kini ramai yang mencetak kod-kod ini untuk disimpan dalam dompet bagi memudahkan mereka memeriksanya ketika berada di kedai atau pasaraya.

Klik saja di sini untuk membaca salah satu sumbernya.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

2 komentar:

Tanpa Nama,  11:31 PTG  

salam... jika kita hanya terima hadis soheh dalam kehidupan, mengapa tidak kita terima hanya fakta soheh tentang kod2 eropah ini??? amatlah tidak memadai jika hanya ambil fakta seperti ini daripada sebuah laman web yang boleh diragui kredibilitinya... syukran

Zaid Akhtar 8:51 PG  

tuan anonymous,

bila pula saya kata kita mesti terima?

saya hanya paparkan. judul topiknya pun saya letak tanda tanya. usah mudah melatah.

:-)

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP