Ahad, Mac 01, 2009

Bukan Budaya Kita?

Seorang teman anta tiba-tiba berkata, "apalah diorang ni. Asyik-asyik demo. Asyik-asyik demo. Dah tak ada kerja lain agaknya selain demonstrasi."

"Biarlah mereka berdemo, inikan negara demokrasi."

"Kalau pun negara demokrasi, demonstrasi tu bukan budaya orang kita. Orang kita ada tata susila adab kesopanan. Bukan jenis suka sembrono tunjuk-tunjuk perasaan."

"Mana pula mereka sembrono. Mereka dah ikut saluran. Tapi yang berada di atas sana yang kurang berperasaan dan semangat kebangsaan. Dan rasa-rasanya, bukan budaya kita menyerang 'orang kurang upaya' di bangunan Parlimen. Malah, belajar Matematik dan Sains dalam bahasa asing juga bukan budaya kita. Bangsa Jerman, Perancis, Itali, Belanda, Sepanyol, Sweden, Norway, Denmark, Finland, Austria, Switzerland, Iceland, Rusia, Jepun, Korea, Taiwan dan China, semuanya menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai medium pendidikan. Kita saja yang mengambil langkah mundur ke belakang."

Teman anta mendengus. Huh!

Memo: Tertanya-tanya selalu, sumbangan yang dihulurkan untuk Gaza sampai ke tangan Hamaskah? Atau Fatah dan Mahmoud Abbas dah kebas di tengah jalan?

6 komentar:

Tirana 6:18 PTG  

Salam Zaid..

Kak Tirana rasa tiada siapa suka tunjuk perasaan tapi kadang2 jadi terpaksa tunjuk perasaan sebab bila kita cakap elok-elok, tiada siapa yang sudi mendengar..

Melihat Kesunyataan 9:25 PG  

Assalamualaikum Zaid,
Kalau tak kerana Dato' Onn dan orang-orang Melayu keluar beramai-ramai berdemonstrasi di Batu Pahat menentang 'Malayan Union' sudah tentu kita tidak dapat mengecap manisnya sekarang. Bacalah 'Di Bawah Tikaman Garpu' oleh Shaharom Husain. Peristiwa berdemonstrasi jalanan ini diperincikan oleh Shahrom dengan menyatakan orang Melayu berarak ke Bandar Pengaram dengan siap senjata parang dan keris. Kalau sekarang tentu orang kata nak mengamok.

sunyi hati 3:13 PTG  

assalamualaikum..
bukan nak comment tentang demonstrasi..SAYA cetek ilmu politik.. :)

SAYA cuma ingin ucapkn TAHNIAH atas penghasilan Salju Sakinah.. walaupun SAYA belum habiis membacanya, tp hati SAYA tetap teruja..tak sabar mahu kumpul masa mengadap Salju Sakinah sepenuhnya hingga tamat...

boleh SAYA masuk dalam kumpulan peminat karya ustaz Zaid..? terima kasih.. semoga perjuangan ustaz berterusan dan dilimpahkan rahmat Allah selalu.. (-.-)

TAHNIAH sekali lagi..

Tanpa Nama,  9:19 PTG  

Cikgu,

Saya nak 'berdemo' sekarang kerana:
i. Demo Membantah: Liverpool asyik 'yo-yo' sejak akhir-akhir ini...
ii. Demo Menyokong: Chelsea sudah ada peningkatan kini...
iii. Demo Membenci: Man. Utd sering dapat ehsan daripada pengadil...

Hehehe... maaf gurau-gurau manja sahaja.

rar/

Zaid Akhtar 11:34 PTG  

Kak Tirana,
anda benar.

Kesunyataan,
memang kita letih dengan orang yg lupa asal-usul. lebih letih dengan orang yang 'dia buat tak apa, orang lain buat tak boleh'.

Sunyi hati,
terima kau sih. mengelak bercakap soal politik juga adalah satu bentuk politik. politik 'selamat'.

Rar,
MU memang selalu dibantu FA dan pengadil. sudah termaklum. bias yg jelas.

masni qisrine 6:28 PTG  

pd "pendapatan" sy...sumbangan untuk gaza tu tlh di kebas oleh mahmoud abbas....
(-_-)

ini negara demokrasi berperlembagaan, tp penguasa yg gila kuasa tu...tembaga gamaknya..

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP