Sabtu, Mac 28, 2009

GOSTAN

Semalam:
"Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah."

Hari ini:
"Saya akan masuk tetapi mengikut syarat-syarat yang saya letakkan. Saya akan masuk."


Memo: Politik cemar. Semalam lain, hari ini sudah lain. Semalam kata busuk jijik, hari ini sudah puji wangi. Hari ini ludah, esok jilat kembali. Aduhai, duri yang dulu terkeluar sudah masuk semula.

6 komentar:

Dyat 8:24 PTG  

Salam Ustaz.
Gostan ada dalam kamus ka...
=)

Rusdi Abd Rahman 11:51 PTG  

Cikgu,

Orang ni memang tak boleh pakai punya... diri ini mula membencinya sejak tragedi 2 September 1998. Mungkin di luar sana ramai yang masih 'bangga dan sanjung' dia ini. Tapi maaf... sekerdil diri ini tidak 'bangga dan sanjung apa-apapun jasa besar' dia yang seorang ini! Apatah lagi dialah pencetus utama PPSMI...

Zaid Akhtar 12:26 PG  

Dyat,
ada. Gostan ada. Cuba semak Kamus Dewan.
:-)

RAR,
Ingat lagi kata Musa Hitam (jika tak silap) dulu, inilah duri yang sudah terkeluar. Nampaknya masuk semula. Tahan sajalah sakitnya.

Azhar Salleh 12:59 PG  

Salam ZAID,
Yang sorang gostan, yang sorang ke depan. Yang gostan tu punca PPSMI. Yang ke depan pulak bapak segala rasuah! Eloklah...melayu memang macam itu. Mudah lupa dan akhirnya, tanah tinggal sekangkang kera, cukuplah untuk buat jamban!

Zaid Akhtar 11:48 PTG  

Tuan Azhar,

Kenapa mereka berdua tidak berpelukan (jika benar ikhlas)?
:-)
Politikus cukup mahir berlakon, walhal di belakang saling bercakaran.

D'Rimba 4:19 PTG  

Ya betul dialah puncaa segala kekalutan segala kemusnahan segala ketidakjelasan segala kebaratan terus tegar dilaksanakan tanpa utamakan acauan tersendiri berteraskan Islam sejati..............Lebih rela menghayati sajak PakLah mudah meresap dalam hati pasti sedar nanti jika betul dihayati.....Kesian PakLah jadi mangsa angkara mereka. Mudahan Allah segera bongarkan segala kebenaran lenyapkan mereka yang tegar melaksanakan acuan barat.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP