Ahad, Mac 08, 2009

HARGA SEKEPING KERTAS

Keranda 152 sedang diusung

Pengganas bahasa yang wajib diperangi?
7 Mac 2009.
Ramai sekali
rakyat berduyun datang

demi menitipkan
sekeping kertas kepada raja.
Demi masa depan bangsa dan bahasa
keranda diusung dalam linangan air mata
pedih ditusuk gas.

Mereka bukan penderhaka pencaci raja
sekadar mahu menyampaikan sekeping kertas.
Inikah harga?
Inikah balasan?

Memo: Tahniah buat rakyat Malaysia yang teguh berpendirian dan
berani menzahirkan bantahan.

13 komentar:

Tirana 2:33 PG  

Tujuan kita suci murni untuk memartabatkan Bahasa Melayu tetapi sungguh hairan, niat yang ikhlas itu mendapat tentangan dari bangsa melayu sendiri.

kakchik 10:13 PG  

Walaupun media & kerajaan begitu memandang hina perjuangan ini, saya yakin dalam beribu yang datang dan ramai lagi yang tidak dapat bersama memang ikhlas berjuang untuk memartabatkan bahasa kita. Semoga pengalaman ini berbaloi dan mendapat ganjaran dunia & akhirat.

Rusdi Abd Rahman 11:10 PG  

Cikgu,

Demi sebuah perjuangan yang dimomokkan oleh Sang Menteri Penguasa... teruskan perjuangan baik ini! Komen Sang Menteri berulang sama 5-6 kali mengulas tentang perhimpunan ini... biarkan dia...

Sekian.

nisa' BTR 8:29 PTG  

menyengajakan kepada kesusahan itu satu keindahan..

Zaid Akhtar 10:42 PTG  

Kak Tirana,
Melayu terlalu "sami'na wa ata'na". bila menegur dikata derhaka. bila berarak disembur gas pemedih mata.

KakChik,
mereka yg menyokong dasar bebal itu mungkin tidak membaca dan merenung jauh ke depan. sekadar ikut dan taat. kemudian membuat perbandingan dlm skop yg mudah/dekat.

RAR,
rasanya sejak 2002 lagi rakyat sudah membantah. tapi dia kata, kenapa sekarang baru nak bantah?

nisa',
keindahan boleh saja lahir dr hati yang puas.

Azhar Salleh 12:51 PG  

Saudara ZAID,
Itulah harga yang perlu dibayar kerana mempertahankan bahasa. Kita hanya ada dua pilihan, iaitu menyokong Sang Penguasa atau menentangnya. Pilihan di tangan kita. Rasa-rasanya, jika pada MyKad tertulis ISLAM, sahlah kita orang Melayu, dan Melayu yang menyokong pihak yang bengong itu, sahlah itu bukan Melayu lagi!

zf_zamir 2:15 PG  

salam ustaz,

saya fikir asap putih itu bagus juga,
mengajar paru-paru saya tertekan, dan mendidik mata dan hidung saya meleleh tak henti-henti!

perjuangan kita sudah sampai ke tahap begini!!

halim qittun 7:31 PTG  

salam perjuangan bahasa..
pertama kali berkongsi derita bersama kanal-kanak kecil dan orang tua ketika berhadapan gas pemedih mata..

begini rupanya rasa kesakitan perjuangan. Maka, tahulah, betapa kuatnya anak-anak palestin di bumi mereka, sedang kita bersuka ria dengan dunia hiburan..

di tanah air sendiri, perarakan mempertahankan bahasa dipandang hina dan dianggap memalukan..sayang sekali..
jemput ust bertamu ke blog saya..

http://halimelqeat2.blogspot.com

S.K 1:12 PTG  

Salam,

Wahhh, Ustaz... Semangat...
Syabas!!!

Sekeping kertas
walau
bertinta jiwa
berdakwat semangat
berkata-kata
dengan airmata
bangsa dan bahasa,
tak tersurat padanya
harga manusia...
Namun,
tersirat nilainya
dalam PenilaianNya!


Mudah-mudahan, segala pengorbanan diberkati oleh Allah, insyaAllah...

Wassalam.

masni qisrine 6:24 PTG  

sy melihat secara tak langsung kejadian itu- sbb sy on d way pulang dr um

tak tahu kenapa perlunya bom asap tu???? mcm xreleven saja. bknnya ada perilaku ganas apa2 pun...

sy pun konfius, apa guna FRU yg berbondong2 tu. buat habih duit byr elaun kerja lebih masa sja
(-_-)

Zaid Akhtar 11:20 PG  

Tuan Azhar,
Mahtahir tau Melayu mudah lupa. sebab tu dia cadangkan dasar bebal ini. :-(

SK,
wah, yang di seberang Tambak pun terasa pedihnya penangan gas berlada! Terima kasih.

ZF Zamir,
begini rupanya untuk menyelamatkan bahasa. :-)

halim qittun,
selepas Bersih dan anti-PPSMi, khabarnya ada perarakan GMI pula.

masrie,
menentang dasar ini drpd jauh pun sudah membawa erti berbanding menyokongnya atau tidak berpendirian langsung.

S.K,  1:03 PG  

Ustaz, negara kita adik beradik... tak gitu?

Pipi abang kena sepak,
pipi adik terasa jugak, huhu...

Atau mungkin,
mata abang kena gas berlada,
mata adik terkelip terasa...

Wassalam...

Kolej Dar al-Hikmah 12:32 PTG  

ANDA SEMUA DIJEMPUT MEMERIAHKAN WACANA ILMU : "MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU" 19 April 2009 layari http://web.hikmah.edu.my/content/view/86/179/

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP