Sabtu, Mac 14, 2009

MAHU MENJADI BINTANG?

Ramai pelajar atau mantan pelajar Timur Tengah menulis. Pelbagai genre mereka gulati. Malah sudah ramai yang berjaya menembusi sanggar sastera Berita Minggu dan Mingguan Malaysia. Namun tidak ramai yang tekal berterusan menulis, apatah lagi gigih menghasilkan novel. Biasanya semangat itu memuncak ketika belajar, masih hangat seketika sewaktu baru pulang ke tanah air, sebelum malap dan padam terus apabila menempuh alam pekerjaan dan rumah tangga.

Selain Mohd Nazmi Yaakub, A. Ubaidillah Alias dan Faizah Othman, Amiza Khusyri Yusof adalah graduan al-Azhar yang berjaya menulis novel. Beliau juga boleh dianggap nama yang agak 'besar' tatkala di Mesir, aktif berkarya dalam suara-suara kampus di sana, malah pernah membimbing beberapa bengkel penulisan di bawah PMRAM. Saya masih ingat, novel pertamanya (yang tidak pernah tiba di tangan saya) yang terbit di sana berjudul Sejernih Salsabila. Dicetak dengan modal sendiri.

Kecenderungan Amiza dalam menulis cerpen-cerpen bernuansa Islam memang ketara dan saya akui kemampuan dan kekuatannya. Salju Jabal Musa dan Perpatih Bertatih antara cerpen beliau yang cukup digemari para penggila karyanya.

Kini, Amiza muncul dengan novel kedua beliau - Menjadi Bintang. Saya percaya masa depan Amiza cerah jika beliau istiqamah. Terutama sekali dalam dua genre - cerpen dan novel. Kerana dalam menulis, selain bakat, kesungguhan dan ketekunan juga menjadi syarat.

Tahniah, Amiza. Moga novel MB ini pencetus kepada novel-novel seterusnya. Oh ya, teman-teman mantan penuntut di Timur Tengah yang lain bagaimana?

8 komentar:

amiza khusyri 11:08 PG  

Aduhai, rasa tak layak berada dalam entri penulis hebat ini.

Terima kasih, dan semoga kanda zaid dalam lindungan Allah selalu.

Amiza Khusyri.

Rusdi Abd Rahman 11:32 PG  

Cikgu,

'EGO DAN RIAK MAN U AKHIRNYA DIBELASAH...' - dapatkan analisis kerdil dalam blog rarws.blogspot.com.
Hehehe...

Rusdi Abd Rahman 11:33 PG  

Cikgu,

'EGO DAN RIAK MAN U AKHIRNYA DIBELASAH...' - dapatkan analisis kerdil dalam blog rarws.blogspot.com
Hehehe...

Zaid Akhtar 10:44 PG  

Bro. Am,
salam istiqamah.
:-)

RAR,
Yang angkuh akan jatuh akhirnya.
:-) Tak menang liga tak apa, janji dapat aibkan MU dan Chelsea di tempat sendiri/lawan.

Rusdi Abd Rahman 11:20 PG  

Cikgu,

Saya bersama 2 anak lelaki telah 'menjalankan undian sendiri' tentang perlawanan suku akhir Champions League..., antara keputusan 'undian' termasuklah seperti berikut:

i. Man U vs Liverpool
ii. Man U vs Barcelona
iii. Man U vs Arsenal

Memang benar dan sokong 100% bahawa 'yang angkuh akan jatuh akhirnya'... macam perkembangan terkini parti siasah utama negara...!

Sekian.

Rusdi Abd Rahman 11:20 PG  

Cikgu,

Saya bersama 2 anak lelaki telah 'menjalankan undian sendiri' tentang perlawanan suku akhir Champions League..., antara keputusan 'undian' termasuklah seperti berikut:

i. Man U vs Liverpool
ii. Man U vs Barcelona
iii. Man U vs Arsenal

Memang benar dan sokong 100% bahawa 'yang angkuh akan jatuh akhirnya'... macam perkembangan terkini parti siasah utama negara...!

Sekian.

typeace 6:16 PG  

Salam.

Ustaz Zaid yang dikasihi,

Orang-orang di Mesir masih gagah meneruskan perjuangan tinta di Timur Tengah ini.

Kami perlukan bimbingan daripada 'otai' Salju Sakinah sahaja.

:)

Wassalam

Zaid Akhtar 4:15 PTG  

Syafiq,
alhamdulillah jika masih gagah.

Otai?
Isyy, saya ni baru mencecah 30-an tau, belum 'otai' lagi.
:-)

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP