Sabtu, April 18, 2009

SALAM PESTA BUKU

Selamat berpesta buku buat semua pengunjung blog yang diberi kelapangan untuk bertandang ke sana. Memandangkan kesihatan yang tidak mengizinkan dan kesempatan yang terbatas, saya akan hadir ke PWTC untuk sama-sama memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 pada dua hari terakhir.

Hari Sabtu 25 April akan saya khususkan untuk berlegar-legar dan warawiri - sambil meninjau sambil membeli. Khabarnya grup penulis Adabuna mahu bikin 'muqabalah' di sana. Elok juga. Bukan selalu dapat jumpa teman-teman penulis dari Timur Tengah. Forum Malaysia Membaca: Pesona Buku Melayu anjuran Buku Online yang menampilkan Haji FT dan Pak Samad pada jam 12 hingga 1 petang juga saya kira menarik untuk saya hadiri.

Dan insya-Allah, pada 26 April 2009 (Ahad) sekitar jam 3 hingga 4 petang akan diadakan sesi autograf bersama pengarang Salju Sakinah di Gerai PTS (nombor 72-79 - depan Bilik Johor dan Bilik Kedah).

Memo: Sila klik iklan kecil di penjuru kanan blog saya untuk mengetahui perkembangan semasa di PWTC.

6 komentar:

Rusdi Abd Rahman 1:25 PG  

Cikgu,
Sekadar angan-angan kosong (tapi keinginan yang besar juga...) agar dalam Pesta Buku ini ada (yang mungkin dapat menambahkan kesan):
i. Satu kaunter atau gerai khas untuk menerangkan tidak perlunya PPSMI kepada pengunjung yang dijangka hampir 10 - 20 ribu setiap hari.
ii. Diadakan satu demonstrasi PPSMI yang bersifat aman dan mesra pengunjung dalam 2-3 kali sepanjang seminggu ini, atau diadakan ketika Sang Pembesar tertentu hadir ke situ.
iii. Diedarkan sebanyak mungkin risalah secara giat kepada semua pengunjung tentang kenapa tidak perlunya PPSMI.
Bagaimana, indah tak angan-angan kosong sebegini...? Hehehe...

Mohd Fadzil Bin Jamal 12:59 PTG  

Salam ustaz..

Ape kbr? dah lama x jmpa ustaz.
I'allah hari terakhir pesta buku ana akan pegi PWTC.Teruskan perjuangan ustaz!!!

Jmapa nanti...

masni qisrine 8:26 PG  

jumpa di sana ya
:)

S.K,  10:52 PG  

salam,

ustaz, iklan kecil di penjuru tu... kerennnn banget ;D

Husaini 2:50 PTG  

Salam'alaik, Ustaz. Saya yang menegur Ustaz sejurus pelancaran Filem Tasbih oleh Kang Abik hari Sabtu lepas, patutlah Ustaz rileks sahaja hari itu, hari untuk warawiri ye...

Saya peminat novel Ustaz sejak Salju Sakinah berlegar di Utusan Malaysia lagi :-) alhamdulillah, Sesegar Nailofar telah dimiliki sebelum itu lagi, seperti kata Ustaz kata, memang melalui Ujana Ilmu saja.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP