Rabu, April 29, 2009

LA TAHZAN ... ALLAHU YASYFIK

Isnin. Masih bercuti. Sepulangnya dari KL, kami sekeluarga sempat singgah di Seremban. Destinasi kami Hospital Tuanku Jaafar. Matlamat kami ziarah.

Sahabat serumah saya ketika di Jordan merangkap Presiden Permaya sesi 1998/99, Ustaz Khazri Osman yang kini bertugas di UKM ditimpa malang apabila mengalami kecelakaan jalan raya Khamis minggu lalu. Kaki kirinya patah. Terpaksa dimasukkan besi untuk memulihkan tulang yang retak.

Bersabarlah, tuan. Pasti ada hikmah-Nya. Allah mahu anta berehat dan memberi ruang membaca barangkali.

Serentak dengan kehadiran kami, sekumpulan guru termasuk pengetua dari SMKA Sheikh Mohd Said juga tiba. Saya lihat di sisi Ustaz Khazri ada sebuah kitab. Kitab yang sama-sama kami beli ketika di Dataran Syam dulu - La Tahzan.

Lalu saya titipkan Salju Sakinah sebagai sebuah catatan nostalgia yang indah ketika di Irbid dulu untuk dibaca.

3 komentar:

Akhukum Fillah-zainizam- 11:26 PG  

syafahullah...ana tak tahu pasal khazri ni...moga2 cepat sembuh..terima kasih yazid pasal bagitau pasal ni kat web anta..

Zaid Akhtar 4:21 PTG  

Salam.
:-)
Khazri di Wad 7C, Tingkat 7
HTJ, Seremban.

faridfadhli,  2:13 PTG  

allahu yashfihi..

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP