Ahad, April 12, 2009

LAMBAIAN NOSTALGIA

Barangkali sebahagian pembaca saya masih mengingati novel sulung saya - Sesegar Nailofar. Novel itu dikarang di rumah sewa saya di Gombak ketika mengambil Diploma Pendidikan UIAM sepulangnya saya dari Timur Tengah pada awal 2000. Setelah kurang lebih 8 tahun novel berlatarkan Jordan itu terbit dan berjaya diulangcetak, saya dapati ia memang sukar didapati kecuali di kedai buku atas talian Ujana Ilmu.

Saya tidak mahu mengulas tentang kesukaran mendapatkan novel tersebut kerana ia pastinya kurang menggembirakan. Saya sekadar mahu berkongsi dengan para pembaca yang masih mengingati watak Iqbal yang sempat diinterogasi oleh pihak berkuasa tempatan kerana simpatinya terhadap para pejuang HAMAS.

Baru-baru ini, seorang sahabat saya merangkap jiran lama baru sahaja pulang dari Jordan setelah sebulan bermusafir di sana. Kerinduannya yang meluap-luap terhadap Dataran Syam barangkali membawanya sekali lagi menghirup bau buah zaitun dan tiin. Hai, entah bila agaknya saya akan kembali ke Irbid terutamanya. Kata orang, "tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat berkubang kala menuntut ilmu". Tambahan pula, saya dan isteri telah ditakdirkan bertemu pertama kali di sana! :-)

Terima kasih kepada Ustaz Hasmadi Hamdan yang sudi mengambil gambar tempat-tempat yang sangat banyak nostalgianya bagi saya. Gambar-gambar begini sangat berharga bagi saya dalam menyiapkan sequel novel itu nanti.

Memo 1:
Gambar atas: Masjid Abdullah Hamoud, Duwar Nasiem
Gambar bawah: Darul Ulum - rumah sewa lama saya di Duwar Nasiem milik Dr. Solah Abu Dhiyaq.

Memo 2: Boleh dapatkan novel Sesegar Nailofar di booth Utusan Publications di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 17-26 April 2009 nanti.

10 komentar:

Farell,  11:20 PTG  

novel pertama yang saya baca ialah sesegar nailogar ketika saya darjah 3(thn 2000)!
nasib baik perpustakaan sri al-amin ada novel tuh..

Dyat 1:05 PG  

salam..
ustaz nak buat sekuel ya?
best!

:: sunyi hati :: 10:23 PG  

ustaz datang tak pesta Buku di PWTC nanti..?

nak minta autograf..hehehe..

Zaid Akhtar 4:51 PTG  

Farell,
terima kasih kerna sudi membaca.
Ya, tak semua pustaka ada novel itu. Baca masa darjah 3? Remajanya!

Dyat,
insya-Allah.
Versi dewasa pula.

Sunyi Hati,
insya-Allah ada.
Rujuk pojok Tawarikh pada sebelah kiri blog saya. Jumpa nanti.

tamban tegeliat,  11:02 PTG  

Salam..
dah lama ana tak ziarah blog enta..mlm ni try bukak ada lak gambar kat duwar nasem...mana enta dpt??madi ada pi sana ke?sungguh syahdu gambar2 tu.walaupon aku tak duduk dgn hang kat rumah tu, tapi aku sempat berjiran dgn hang.rumah kita je kat atas bukit tu.

HIDUP M.U HEHE

S.K,  4:01 PTG  

salam,

awww, soooo sweeet, Ustaz...
tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat jatuh cinta ;D

Ok, ok, serius. Saya memang dengar banyak cerita yang indah-indah mengenai Jordan :)

Mungkin, saya harus ke sana...
hmmmmm....

Wassalam.

cekgu syahrol,  1:29 PG  

Salam ustaz..
saya dah bace novel tersebut,sgt best.
melaluinya saya dapat rasakan yang seolah2 berada disana walopon tak pernah menjejak kaki di sana.
Tq Ustaz kerna berjaya 'membawa' saya ke sana!

sitinurulhawa 2:55 PTG  

wahh.. tak sabar pulak nak tgu sequel sesegar nailofar ;)

Rusdi Abd Rahman 9:55 PG  

Cikgu,
Semoga cikgu bertambah sihat serta buat anak kecil bertambah pulih. Sejak pulang dari Pasir Gudang, saya menunggu entri baharu khas tentang tewasnya Liverpool... hehehe...

Cik_Iza 7:28 PG  

sabar menantikan sequel sesegar nailofar... ustaz... tebalkan skit ek... seseger nailofar agak ringkas dan tak sedar.. sudah di muka surat terakhir...

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP