Jumaat, April 24, 2009

SALAM PESTA BUKU ii

Insya-Allah, pada 26 April 2009 (Ahad) sekitar jam 3 hingga 4 petang akan diadakan sesi autograf bersama pengarang Salju Sakinah di Gerai PTS (nombor 72-79 - depan Bilik Johor dan Bilik Kedah). Jumpa di sana!

Selain Salju Sakinah, novel-novel terdahulu saya juga ada dijual di pesta buku kali ini. Sila ke gerai Kumpulan Utusan untuk mendapatkannya kerana ia memang sukar ditemui di mana-mana kecuali di Ujana Ilmu. Barangkal
i sebahagian pembaca baru saya tidak pernah tahu tentang novel-novel tersebut, justeru di sini saya paparkan kulit depan dan serba sedikit sinopsisnya.

Sesegar Nailofar menyorot ketabahan watak Iqbal pelajar Malaysia tahun akhir Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya. Meskipun novel yang mengambil keseluruhan latar negara Jordan ini memaparkan kegetiran Iqbal dan teman-temannya berhadapan cabaran belajar di perantauan, tetapi pelbagai konflik terutama persoalan global dunia Islam turut berbaur di dalamnya. Terutamanya isu yang sentiasa menjadi pertikaian antarabangsa iaitu pencerobohan rejim Zionis ke atas bumi Palestin.


Rona Bosphorus sebuah novel yang mengambil latar Turki adalah novel yang menyentuh perjuangan remaja Malaysia menangani isu-isu terkini umat Islam di sana.Ia mengisahkan Afham, pelajar sarjana di Universiti Istanbul yang mengajar sambilan di sebuah madrasah rakyat yang berkemungkinan besar akan ditutup gara-gara ancaman Yahudi.Kegigihan Afham dan keterlibatannya dalam membantu Erfan turut dibantu Amal Hayati - hafizah solehah berjiwa da’ie. Selain mereka, beberapa watak sampingan berbangsa Turki turut mewarnai novel ini seperti Ilhan, Erfan dan Emine, anak gadis Datuk Bandar Istanbul yang dipenjarakan kerana dituduh kononnya membaca puisi Islam berbau menghasut.

Justeru Impian di Jaring adalah sebuah novel yang menyorot dunia sukan badminton menurut perspektif Islam. Watak Syahid berusaha gigih untuk bergelar juara dunia pertama dari Malaysia namun menghadapi pelbagai cabaran yang menduga keimananannya. Selain menekankan isu akhlak, novel ini juga mengangkat aspek aurat dalam bersukan.



4 komentar:

Admin 11:00 PTG  

salam ustaz...
ahlen!...dah lama mengidam baru sekarang mendapat..
ana zainizam...bait aswaja duar jamiah...
alhamdulillah..tadi dah dapatkan salju sakinah..tak perasaan lak anta akan datang hari ahad ni..
Semoga berjaya!

Maryam Abu Ahmad 11:53 PTG  

saya suka justeru impian di jaring selain rona bosphorus.

sitisuraya 10:59 PTG  

saya dah dapat rona bosphorus, tapi sayangnya tak dapat sesegar nailofar.
hehe.xde rezeki mungkin

Cik_Iza 7:25 PG  

saya dah baca suma karya ustaz.. dan yang terawal adalah sesegar nailofar... rasa macam dah lama berlalu... masa tue saya skolah menengah lagi... karya ust mmg best.. tak rasa macam baca buku islamic.. cukup rencah dan diadun indah.. menjadikan dakwah cukup indah... teruskan perjuangan ust. maat taufiq wan najah

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP