Jumaat, April 03, 2009

TA'ZIAH dan TAHNI'AH

Awal sore. Kawan anta menitipkan SMS. Berjela panjang. Penuh keluhan. Hari ini hari paling malang katanya. Hari hitam dalam sejarah. Kawan anta mahu berkabung selama seminggu. Dia berazam tidak mahu makan apa-apa kecuali meneguk kopi Radix "Mai Secawan".

Anta membalas. Ta'ziah. Moga hari ini menjadi pemula. Percayalah. Kegelapan itu tidak lama. Selain kopi Radix, hang patut cuba Radix Koko pula, sebagai ganti Milo. Tak pun, cubalah Ayam Organik sebagai alternatif kepada ayam daging yang cuma hidup 28 hari.

Menjelang Isyak, ada lagi SMS yang masuk. 13 tahanan ISA dibebaskan. 2 akhbar organ pembangkang juga dibebaskan dari penggantungan 3 bulan. Langkah pertama yang cukup drastik.

Anta membalas: Alhamdulillah. Tahni'ah. Harapnya PPSMI juga dimansuhkan jika dia benar-benar ikhlas. Benar-benar mahukan 'Satu Malaysia'.

Satu lagi SMS datang melayang. ISA juga akan dikaji semula? Wah, benar-benar drastik ni. Bolehkah goncangkan dua bukit dan keruhkan sebatang sungai? Patutnya ISA dimansuhkan terus!

Namun panggilan telefon seorang lagi kawan anta tiba-tiba mengingatkan. Hati-hati. Ingat Presiden Mesir Anwar Sadat dulu masa mula-mula dapat kuasa. Semua tahanan Ikhwanul Muslimin dibebaskan. Tak lama kemudian, habis licin disumbatnya semula.

Memo: Alhamdulillah. Ustaz Mohd Nazri Dollah (bekas pelajar Universiti Al al-Bayt 1994-1999), kenalan lama semasa di Jordan dahulu turut dibebaskan. Salam merdeka, Pak Dol. Khabarnya sudah bergelar hafiz al-Quran di dalam sana setelah teraniaya ditahan tanpa bicara sejak 2006.

13 komentar:

Rusdi Abd Rahman 11:20 PTG  

Cikgu,

1. Minggu lepas dalam satu sidang besar dia berkata 'kita kena berubah... jika tidak kita akan rebah'.

2. Semalam dia berkata '...insaf dan tawaduk...' dalam menjalankan tugas baharu ini.

3. Pagi tadi, turut hadir 'negarawan itu' dalam acara angkat sumpah (pegang rahsia), ya semacam tanda sokongan...?, mungkinkah PPSMI terbatal kerana adanya 'negarawan itu' (kalau mungkin dia jadi penasihat kanan nanti)?

4. 2 langkah yang diambil malam ini oleh dia BUKANLAH BERTARAF DRASTIK tetapi ada maknanya...!

Maka, sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya.

Tirana 1:00 PG  

Kak Tirana takut dia buat umpan aje...Orang yang dah sekian lama tidak berlaku jujur tiba-tiba jadi baik semacam, susah bagi kita nak bersangka baik...janganlah hendaknya ada udang di sebalik batu dengan kebaikan yang dilakukannya itu.

Syarifah Salha Syed Ahmad 11:58 PG  

Salam, ustaz Zaid. Mengintai entri baru di sini. :)

naimisa 10:04 PG  

memang umpan ni...

alahai....

berapa orang yang akan termakan umpan ni?

tunggulah keputusannya 7 April ni...

arenie 6:35 PTG  

kena berhati-hati

S.K,  8:58 PTG  

salam,
kami di seberang juga tunggu dan lihaaattt...

Ustaz Zaid, sorry, terkeluar topik sikit... macammana boleh taip jawi dalam kotak komen???
Kerennn!

Wassalam.

Zaid Akhtar 10:08 PTG  

RAR,
baik ada makna tu.
Apapun terima kasih.

Kak Tirana,
sejarah sudah merakamkan dan selalunya berulang.

Salha,
apa khabar? apa karya terkini?

Naimisa,
ikan selalu lupakan umpan.

arenie,
gula-gula membahayakan.

SK,
gunalah Font Arabic... hehehe.
itu salah satu kempen tulisan Jawi.

:: sunyihati :: 11:35 PG  

semoga ALLAH bersama-sama mereka yang berniat baik dan ikhlas.. :)

kita terima perubahan..tapi biarlah perlahan-lahan...

kita terima keterbukaan..tapi biarlah telus dan diisi kebenaran..

S.K,  12:32 PTG  

:-)

!سرونوكله، استاذ! تريم كاسيه بري ايديا اين

سوده لام تيدق ايجا جاوي !!!

بوليه ك تيدق؟

(kat Macbook plak tuh, huhu...)

Wassalam.

Tanpa Nama,  11:09 PG  

Salam...
sungguh yang hitam itu jarang di pandang yang putih pula tidak di kejar.Apabila hati termakan dunia maka jauhla kita dari DIA ibarat menyimpan azam untuk hidup selamanya.Namun ke hulu mahupun ke hilir kita tetap xkn terlepas.Hukum alam gagal terkena hukum akhirat takkan terlepas.Permulaan yang akan menyingkap garis sebuah permainan yang baru bermula.

RahmatHarounHashim 9:09 PTG  

Sdr Zaid,

Sungguh terharu anda membuat blog khas untuk membantah PPSMI.
Saya telah menentang PPSMI sejak 2003 melalui karya kreatif "Hikayat Neogenesis", Fitrah Kimiawi dan terakhir "Panggil Aku Melaju".

Sebagai seorang yang bernyawa dalam Bahasa Melayu, saya atau kita perlu memperjuang HAK BAHASA itu untuk hidup dan terus hidup.
Kepada PENDERHAHA-PENDERHAKA BAHASA, mereka harus bertaubat atas kekhilafan mereka. Kekhilafan mereka mengakibatkan penipisan kuasa politik sekarang dan tentunya akan datang.

D'Rimba 4:10 PTG  

Saudara perasan tak sebuah kementerian yang dianggap penting memangkin ekonomi bumiputera telah lenyap begitu saja Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi..........Dulu kini dan selamanya terus kehilangan tanpa disedari.........tergadai negeri, hilangnya jawi, tergadai maruah bahasa sendiri dan amat payah menegecapi ekonomi sehingga kini....

Zaid Akhtar 1:11 PG  

Dr Rahmat Haroun,
selamat datang ke blog saya yang tidak seumpamanya ini.

Tahniah atas prinsip, pendirian dan perjuangan tuan selama ini.

Insya-Allah, saya akan mencari novel baru tuan di PWTC nanti.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP