Isnin, Mei 25, 2009

27 Mei - 1 Jun
Danga City Mall
Johor Bahru
http://dangacitymall.com/

Memo: Kurang promosi? Atau saya yang terlepas pandang selama ini? Apapun, moga penganjuran kali pertama (agaknya?) ini mencetus sesuatu yang lebih bermakna nanti.

12 komentar:

Nisah Haji Haron 7:22 PG  

Bertembung pula dengan Reads Malaysia & Pesta Buku Negeri Sembilan. Barangkali, semuanya mahu mengejar musim cuti sekolah.

sitinurulhawa 10:48 PG  

Minggu lepas (Jumaat) belum ada lagi bunting di jalanan. Semalam baru saya nampak bunting tu. Hari ni dah tukar bunting lain pulak. Memang suam2 promosi dia ni. Saya pon perasan sebab hari2 lalu Danga City Mall. Ada banner besar di situ.

Baru nak tanya, Ust tak ada program ke di pesta buku Johor ni?

akhiran, terima kasih ust sudi singgah blog saya :)

randualamsyah 4:21 PTG  

Assalamu alaikum...
Sudilah kiranya berkunjung ke site saya...

Rusdi Abd Rahman 4:56 PTG  

Cikgu,
1. Di mana cikgu ketika berlangsungnya PPMN 2009 di Melaka pada 22 - 24 Mei 2009 lalu (terutamanya hari pertama pada 22 Mei 2009)?
2. Kenapa cikgu baru sedari tentang hal Pesta Buku Johor sedangkan program ini merupakan juga anjuran Jabatan Pelajaran
Negeri Johor? (Setahu saya sejak 2 bulan belakangan ini sudah dirancang oleh JPNJ)
3. Kenapa bunting atau paparan promosi Pesta Buku Johor yang dimasukkan dalam blog cikgu ini dalam bahasa Inggeris? - Mungkin buku yang bakal dijual dan dipaparkan dalam pesta ini 80% dalam bahasa Inggeris...(Dalam blog WB Rendra ada paparan sebegini dalam bahasa Melayu)
4. Kenapa Liverpool hanya mendapat tempat ke-2 dalam BPL? Hehehe... kena jawab dalam bentuk kajian menyeluruh soalan no. 4 ini... hehehe...

fiqhullughah 8:25 PTG  

terima kasih dengan info ustaz..salam ukhwah,saya menanti novel persis salju sakinah..

Zaid Akhtar 8:33 PTG  

Puan Nisah,
nampaknya tak terkejar pesta-pesta buku kali ini.

SitiHawa,
tidak ke JB kot. Jadual cuti juga penuh.

RAR,
1. Mohon maaf.Saya tidak berkesempatan menonton RAR jadi pengerusi sesi 1. Tiada jodoh kita di sana.

2. entahlah. Kurang promosi kot. Saya baru iklannya dalam bentuk poster di sekolah hari ini. Saya tahu lebih lanjut pun dari blog SitiNurulHawa. :-)

3. Bukankah PPSMI dalam BI? Justeru, BI adalah bahasa ilmu yang diangkat oleh Melayu yang mudah lupa dan tak sedar diri.

4. Liverpool lebih baik daripada MU. Kalah dua kali, cuma seri banyak kali. Pool menang di Anfield dan membelasah MU di Old Trafford. Keputusan pengadil banyak mempengaruhi keputusan beberapa perlawanan. :-) Chelsea pasukan RAR itu elok bersaing dengan Gunners sahaja. Hehe

Azhar Salleh 12:55 PG  

Salam SAUDARA ZAID,
Rasa-rasanya, JPNJ telah wara-warakan Pesta Buku ini dengan agak meluas, malahan setiap sekolah perlu memaklumkan kpd ibu bapa melalui apa-apa cara seperti kad,poster, surat, dll. Mungkin maklumat ini tidak sampai ke Segamat kot! Apa-apapun, peluang ini tidak mungkin dilepaskan krn saya rasa (Saudara Zaid pun rasa) inilah kali pertama pesta sebegini diadakan di Johor.

sitinurulhawa 11:47 PG  

saya tolong jawab ye ustaz,

hari2 saya lalu Danga City Mall utk pergi kerja, di situ saya nampak banner Pesta Buku Johor. Saya google dan TAK JUMPA mana-mana website rasmi tentangnya. Banner tu saya dapat dari website Danga City Mall seperti link yang disertakan. Saya pon tak perasan JPNJ adalah penganjur.

Bagi khalayak umum memang kurang promosi, bunting dah la tak menarik, gantung pulak sekejap je (jalan skudai).

Saspen juga ni, harap2 pesta buku Johor ni tak menumpukan buku untuk budak2 sekolah saja sepertimana promosinya.

Zaid Akhtar 12:44 PTG  

Tuan Azhar,

Barangkali Segamat sedikit terpencil agaknya.:-)

Saya tahu tentang Pesta Buku Johor 09 ini minggu lepas, itu pun secara lisan daripada seorang teman di JB. Namun tidak secara spesifik. Nasib baik ada blog SitiNurulhawa yang saya ziarahi.

Posternya baru tiba di bilik guru kami semalam. Mungkin ada msalah teknikal agaknya. Ya, kita mengharapkan sesuatu yang positif daripada penganjuran ini. Tahniah kepada JPNJ sebagai penganjur.

Tirana 4:35 PG  

Pesta buku di Johor? Agak jauh nak pergi..

Faisal Tehrani 2:21 PTG  

pesta buku bahasa cina kotttttt

Zaid Akhtar 5:46 PTG  

Kak Tirana,
serbu Pesta Buku READ Malaysia saja.

Bro. FT,
bila balik dari India?
dan bila nak ke Segamat?

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP