Ahad, Mei 03, 2009

INNAALILLAH

Jumaat. Pulang bercuti sempena Hari Pekerja di Endau. Pagi-pagi lagi telefon rumah mak berdering menerima panggilan jauh daripada Mak Andak di Kuantan. Panggilan tunggal awal-awal pagi begitu biasanya menitip khabar tidak baik. Memang benar. Ada kaum kerabat kami yang pergi menghadap Ilahi. Terkorban dalam kemalangan awal pagi tadi.

Kak Nor, anak Long Maharun meninggal dunia. Begitu juga anak bongsunya, Afiqah Syafiah. Mangsa kereta berlumba? Entahlah. Jenazah kedua-duanya tiba di Masjid Muadzam Shah pada jam 5.30 petang seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Muadzam Shah kira-kira jam 6.10 petang.

Ah! Hati mana yang tahan mendengar tangisan anak yang baru kehilangan ibunya sekelip mata. Innaalillah. Dari Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali.

Baca lanjut berita tragis itu di sini.

Memo: Gambar Long Maharun sedang memujuk cucunya, Fikri.

3 komentar:

Tirana 12:22 PTG  

Innalillahi wainna ilahi raaji'uun.. Moga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah

ABU SYAKIR 1:09 PTG  

SEDIH juga bila baca berita hari itu..Kebetulan rumah ambo dekat dengan kawasan kejadian..Semoga ALLAH tempatkan mereka bersama2 orang2 yang beriman...Harap tabah bagi mereka yang ditinggalkan..

S.K,  1:44 PTG  

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun...
Oh, tak boleh terbayang sedihsayunya!

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP