Khamis, Mei 14, 2009

KRITIKAN TERHADAP PENDEDAHAN

Dalam cerpen Pendedahan oleh Zaid Akhtar didapati bahawa suatu urutan peristiwa manusia yang mengarah kepada satu-satu matlamat tertentu sebagaimana yang dikehendaki dalam analisis Strukturalisme. Peristiwa-peristiwa tersebut boleh dikategorikan kepada dua, iaitu pembaikan dan pemusnahan.

Tahap pembaikan merujuk kepada usaha membersihkan diri yang dilakukan oleh Tun Teja, iaitu pengarang telah cuba membetulkan fakta, misalnya Tun Teja terpaksa mengikuti Tuah disebabkan telah dijampi oleh Tuah, Tuahlah yang cuba menggoda, membawanya lari ke Melaka dan kemudiannya memberi sirih jampi pembenci supaya dirinya melupakan Tuah. Malah dalam cerpen, Teja tidak berasa cemburu jika Tuah berasmaradana atau beristeri lima sekalipun ...

Memo: Cerpen ini adalah antara cerpen yang membuatkan saya terasa puas sejurus menulisnya. Bentuknya mudah, sekadar perbualan telefon Teja-Tuah. Namun saya kira tidak mudah untuk menitipkan gagasan yang ingin disampaikan kepada khalayak pembaca secara bersahaja. Dan, saya sendiri tidak menyangka bagaimana akhirnya ia dipilih memenangi kategori cerpen eceran dalam Hadiah Sastera Darul Ta'zim V pada 2005.

Baca lanjut kritikan seorang sarjana sastera terhadap cerpen ini
di sini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepadanya atas kesudian beliau 'memandang' dan 'melihat ke dalam' cerpen saya.

2 komentar:

J 11:54 PG  

Salam.

Jika tuan sebagai penulisnya berasa puas setelah menghasilkan cerpen ini, saya sebagai pembaca lagi berganda-ganda kepuasannya setelah membacanya.

Semoga tuan akan teruskan bentuk penulisan seperti cerpen ini.

Zaid Akhtar 10:19 PG  

J,
terima kasih
kerna sudi membaca.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP