Jumaat, Mei 08, 2009

PENDEDAHAN

Apa lagi yang awak mahu?

Saya lihat Tan Sri sekarang lebih banyak berbahasa asing berbanding bahasa Melayu. Dalam temu ramah dengan media tempatan pun Tan Sri nampaknya sangat gemar dan bangga menggunakan bahasa penjajah.

Tuah bingkas berdiri.

Hei, tolong sikit. Apa hak awak nak menegur saya? Awak sendiri pun tahu yang saya menguasai hampir dua puluh bahasa.

Ya, saya tahu. Tapi bukankah bahasa Melayu yang menjadi identiti kebanggaan Kesultanan Melayu Melaka dulu? Itulah lingua franca zaman itu. Itulah bahasa ilmu, bahasa perdagangan di Nusantara malah terkenal ke seluruh dunia.

Apa kelas cakap bahasa Melayu macam awak ni?

Eleh, masa Tan Sri menjadi diplomat Melaka ke Siam, Majapahit, China dan India dulu, itulah bahasa perantaraannya. Kita kena bangga dengan bahasa ibunda kita, Tan Sri. Sebagai tokoh ternama, tindak-tanduk Tan Sri menjadi model kepada rakyat. Lagi satu...

Ya salam, ada lagi ke?

Saya juga melihat kecenderungan Tan Sri menghabiskan masa di padang golf. Alangkah baiknya jika masa yang ada itu dimanfaatkan dengan menjenguk rakyat bawahan. Ramai yang perlukan bantuan Tan Sri. Ini tidak, bila ada pemilihan barulah nampak muka.

Awak ni memang dah melampau!

Saya bercakap untuk kebaikan Tan Sri.

Memo: Dialog di atas adalah fragmen cerpen terakhir saya di Mingguan Malaysia berjudul PENDEDAHAN yang tersiar pada 3 Oktober 2004. Baca lanjut di sini.

3 komentar:

S.K,  12:45 PG  

Salam, Ustaz,

Tuah dan Teja tak seharusnya dipisahkan!
Bak senikata dan melodi...
Bak bahasa dan fungsi...

Sorry, Ustaz, akhir-akhir ni, mood menjawab menjadi-jadi, huhu...
Dalam zon ilham sekarang... tapi belum masuk zon mengarang sebab tak berani masuk zon larangan tu... nanti tugas (kerja makan gaji) tak terbuat...

Wassalam...

Ibnu Ahmad al-Kurauwi 3:53 PTG  

Zaid,
Mengapa dia menajdi cerpen terakhir? Atau sudah berubah novelis sepenuh masa?

zaidakhtar 10:16 PG  

SK,
ini Tuah versi saya.

Ustaz Azman,
terakhir di MM saja. Ada lagi selepasnya.
Macam mana 'anak' baharu?

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP