Rabu, Jun 03, 2009

PUNCA SEBENAR STADIUM RUNTUH?

Punca sebenar keruntuhan sebuah stadium negeri yang baru digunakan lebih kurang setahun yang lalu masih lagi menjadi tanda tanya. Masih dalam siasatan.

Banyak sekali dakwaan daripada pelbagai pihak. Malah ada yang mengaitkannya dengan angkara raksasa, makhluk asing, malah Ayah Pin (yang 'tersalah landing' ketika mendarat sewaktu kembali dari Kerajaan Langit)!

Yang penting ini bukan kesilapan manusia. Tiada yang bersalah dalam hal ini. Tiada yang perlu mengada-ngada terhegeh-hegeh mahu meletak jawatan kononnya bertanggungjawab dengan tragedi ini. Ingat ya, tiada kena-mengena dengan sesiapa!

Jadi, tunggu saja di hadapan televisyen dan dengar apa kata para penyampainya nanti.

6 komentar:

seruling emas 2:05 PTG  

Salam ukhwah.

Bermuhasabah lah diri dulu sebelum menuding jari kepada sesiapa dan membuat persoalan ke kementerian itu, kementerian ini. Kontraktor itu kontraktor ini. Sebegitu sebegini.

Kalaulah sesuatu perbuatan itu dilakukan secara 24 jam tanpa henti, cuba kita cari kualiti adakah ia bertepatan. Mana yang kita cari? Kualiti atau kuantiti? Kepantasan masa atau keselamatan pengguna?

Rusdi Abd Rahman 4:16 PTG  

Cikgu,
1. PUNCA SEBENAR STADIUM RUNTUH...? Mudah jawapannya, majoriti mungkin ada jawapan yang sama!
2. Saya tertarik membaca tulisan Mohd Sayuti Omar (MSO) dalam blognya, yang diharap runtuh dulu MB Terengganu tetapi yang runtuh bumbung stadiumnya...
3. Foto 'raksasa' itu begitu membuat saya tertawa cikgu..., maka akan bermulalah episod salah menyalah.
3. Cuma takut PIHAK PEMBANGKANG yang akan disalahkan (diputarbelitkan) nanti ataupun ini angkara pemimpin PAS Terengganu...?!!
4. Bukan 1 Malaysia sahaja yang tahu tapi 1 Dunia sudah tahu.
5. Mungkin kerana bumbung stadium ini dibina menggunakan kaedah bahasa Melayu? maka PPSMI akan diteruskan...? Hehehe...

Naimisa,  9:35 PG  

Saya nak komen pasal kerja-kerja pemasangan yang kurang bagus....

skru dipasang separuh shj.....

yang lain-lain (mungkin songlap) tu...kita tunggu hasil siasatanlah....

memang memalukan....

PakCu 12:41 PTG  

tahun lepas sempat berkunjung ke stadium ini ( SUKMA ). Syukurlah bumbungnya tak runtuh kala itu. Kalau tidak, bocor kepalaku mambang ! Hai mambang, kau main baling bumbung, mambang ? Hehe

Azhar Salleh 11:11 PTG  

Salam SAUDARA ZAID,
Timbul persoalan, ketika stadium itu di"fire" oleh raksasa, Ultraman pergi ke mana? Takkan Ultraman sedang lawan dgn Ayah Pin kot? Oh ya, baru teringat, Ultraman sudah kena rasuah!

ibuammar.blogpsot.com,  6:01 PTG  

zaid, mana ko dpt ultramen ni.. comel betol.. heheh..

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP