Rabu, Jun 10, 2009

SPM: WAJIB LULUS BeeAii PULAK DAH ...

Astaghfirullah.
Isu PPSMI masih belum selesai. Masih dalam kajian khabarnya, walhal berpuluh-puluh kajian sudah dijalankan sejak 2003 berkenaan PPSMI oleh pakar-pakar yang berautoriti. Persidangan meja bulat juga sudah diadakan. Demonstrasi jalanan juga sudah dilancarkan. Tetapi apalah sangat nilai kajian itu; apalah sangat resolusi meja bulat, tiga segi atau empat segi sekalipun pada manusia yang berlidah dua dan gegendang telinganya tersumbat. Kini, datang pula cadangan (macam dah nak dilaksana saja?) mahu meletakkan syarat WAJIB LULUS Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM.

Entahlah.
Apalah malangnya kita. Lepas satu, satu yang datang. Ibarat keluar dari mulut rimau, masuk pula ke mulut buaya. Lari dari Ya'juj & Ma'juj, bertemu pula Dajjal Malaun. Memang di akhir zaman benar kita ini. Yang baik dikata buruk, yang haram dikata halal, yang dah molek ada, kita tukar bagi makin teruk. Inilah natijah memberi amanah kepada yang bukan ahli. Kita beri nasi, tapai basi pula yang dikembalikan.

Kita tidak anti-BI, tidak menafikan kepentingan menguasai BI pada zaman global ini, tetapi mewajibkan pelajar untuk lulus adalah satu penganiayaan. Satu kezaliman.

Menurut Bernama, orang ramai yang ingin mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan SPM boleh berbuat demikian melalui saluran telefon dan emel kepada Kementerian Pelajaran. Ia boleh disalurkan ke talian khidmat pelanggan kementerian itu di 03-7723 7070 atau emel di kpkpm@moe.gov.my.

Baca lanjut tentang berita malang ini di akhbar BI dan akhbar BM (yang malu-malu mahu menyiarkannya).

Memo: Lebih bimbangkan nasib pelajar luar bandar. Nasib pelajar kelas lembam@hujung yang subjek bahasa Melayu pun susah hendak lulus, tak usah cerita. Ma'assalaamah!

12 komentar:

Tirana 4:34 PTG  

Letih sangat bila fikir masalah pendidikan di malaysia yang tak pernah selesai..yang jadi mangsa..anak-anak kita dan mungkin juga ibubapa..

hanisa binti tajuddin 4:43 PTG  

satu lagi usul yang menyusahkan

Tanpa Nama,  5:35 PTG  

cap ayam...

aku tak nak lah nnt kalau ada orang sumpah macam-macam sampai kata itu dasar 'cap ayam' ke ape ke.....

@Naimisa

Rusdi Abd Rahman 11:05 PTG  

Cikgu,
Dalam kesibukan serta hujahan dalam media mahupun dalam perbualan umum serta lain-lain, isu PPSMI bertambah menarik perhatian pada tahap yang lain pabila Bapa Pengasas PPSMI mengeluarkan kenyataan 'BODOH'? Bacalah Utusan Malaysia bertarikh 9 Jun 2009...

PakCu 12:30 PTG  

Pakcu mencadangkan : setle kan dulu PPSMI, baru cerita hal nih. Problem lama x setle lagi mahu bikin problem baru.
Perkasakan English dulu. Tambah waktu belajar. Maybe after 5-6 tahun baru la bleh kuatkuasakan..buat percubaan dulu. Kalau main redah je..ramai pulak anak melayu yg bijak pandai maths x layak masuk IPTA nanti. English bungkus !

Zaid Akhtar 10:53 PTG  

Kak Tirana, Hanisah, RAR & Pakcu,
memang susahlah.

Tiada bahasa lembut yang sesuai untuk diungkapkan rasanya. Kalau diluahkan pastinya kasar-kasar belaka untuk makhluk-makhluk yang tidak tau dek untung bangsanya ini.

ahgo 11:26 PTG  

gua BI pun 8 je hehe..syukur la bleh masuk UITM...kalau tidak gangur or keje bawak lori la gua hahaha ( bawak lori gaji mahal apa )

www.gofutsal09.blogspot.com

S.K,  11:43 PTG  

lalalalalalala...

Semakin terlihat kecelaruan identiti yang teramat...

Jangan kata orang tumasik saja yang punya masalah identiti, ek...

Hairan 'tol Malaysia nak ikut warisi masalah tu semua...

Hairan Ibn Pelik al-Ajaib...

Wassalam.

Azhar Salleh 1:23 PG  

Salam SAUDARA ZAID,
Pemimpin Melayu yang ada sekarang, kalau mereka duduk senyap-senyap lagi baik daripada bercakap, kerana segala perancangan dan dasar yang hendak dijalankan tidak lain hanyalah untuk mengaut keuntungan! Jika BI wajib lulus, maka jangan lupa, bunuhlah sahaja BM!

LuQmAn NuL HaKiM BiN HaMzAH 6:03 PG  

assalamualaikum.....disini sekadar ingin memberi pendapat!!
beberapa persoalan utk anda???

apakah salahnya pelaksanaan lulus dalam bahasa english utk spm?

mengapa memandang pelaksanaan bahasa inggeris ini dengan begitu negatif?

kenapa anda tidak melihat pelaksaan bahasa english dari sudut yg lebih terbuka?

disini sekadar ingin mmberi pendapat....tiada salahnya pelaksanaan perlu lulus bahasa inggeris utk dptkn sijil spm....

kita perlu memandang ini sbgai satu cabaran kepada pelajar masa kini utk belajar dengan lebih bersungguh2 untuk mndptkn kptsn terbaik dlm bahasa inggeris bukannya untuk membela pelajar yang tidak mahu berusaha.....

segala usaha yang dilakukan pasti memperolehi kecemerlangan....kenapa begitu takut dengan pelaksanaan ini ye?

adakah dengan pelaksaan bahasa inggeris ini bermakna kita akan lupakan bahasa melayu??

tidakkah anda melihat betapa pentingnya bahasa inggeris sbg bahasa kedua.....?

adakah pelaksaanaan ini akan mnyebabkn bahasa melayu terus luput dan terus dilupai sehingga kita tidak akan jumpa lagi pelajar yang tahu bahasa melayu??

sekiranye perlaksaan ini tidak dijalankan....agak2nye sampai bile anak2 zaman skrg ini akan berada ditakuk lama??

adakah satu penganiayaan dan kezaliman kepada pelajar dengan melaksanakan bahasa inggeris??maksud anda disini...dengan melaksanakn wajib lulus adalah satu kezaliman yang tidak boleh dimaafkan?begitu?

dunia hari ini adalah dunia yang penuh cabaran...tidak salah rasanye utk pelaksanaan bahasa inggeris ini....tanpa cabaran semua ini sampai bilakah melayu akan maju?

tidaklah bermakna tanpa pelaksanaan ini melayu tidak bole maju...tetapi kita harus memandang pelaksanaan ini dari sudut yg lebih positif dan terbuka...barulah kita akan nmpk kebaikan pelaksanaan ini....bukan memandangnya dari sudut negatif...

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”
QS 13:11


segala persoalan diatas adalah sekadar soalan utk perbincgn dan utk difikir2kan...bukanlah utk membuat kontroversi atau ape shj yang mungkin anda fikirkn....sekadar ingin berkongsi pendapat....

yang baik datang dari Allah....segala kekurangan adalah kekurangan diri sy sendiri...

assalamualaikum.

MUZAF ahmad 10:27 PTG  

minta pendapat peljar2 sendiri lagi bagus.yg mahu belajar adalah pelajar.yg nk ambil peperiksaan adalah para pelajar.
jagan sampai pelanduk mati di tengah-tengah pertelagahan..!

MUZAF ahmad 10:34 PTG  

sy amat bersetuju dengan lukmanul hakim!positiflah!

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP