Khamis, Julai 09, 2009

AYUH MENGUNDI di BLOG TUN!

Pergilah ke blog rasmi Tun dan mengundi. Tolonglah puaskan hatinya. Tun dah tua, hormatilah permintaan orang tua.

OK.
Jika anda bersetuju dengan PPSMI klik "Yes".
Jika anda benci, menyampah dan meluat "gila" dengan PPSMI klik "No".

Memo: Oh ya, kenapa tidak dimansuhkan terus? Mengapa masih harus menunggu hingga 2012 (selepas PRU nanti)? Usahlah berteka-teki jika benar ikhlas dan telus.

10 komentar:

wardah munirah 11:21 PTG  

Assalamua'alaikum,
Saya sudah mengundi. Melihat pada keputusannya, masih ramai kroni tun yang bersetuju dengan agenda tun untuk menghantar bahasa Melayu ke makam bahasa.

Justeru, para pencinta dan pejuang bahasa Melayu tidak boleh bersenang duduk dengan keputusan yang diumumkan semalam. Dalam tempoh tiga tahun, banyak perkara boleh berlaku. Semoga bahasa Melayu akan terpelihara kedaulatannya.

Bahasa Melayu disemarakkan, bahasa Inggeris diperkasakan.

Waallahu'alam.

Rusdi Abd Rahman 11:32 PTG  

Cikgu,
Undian sehingga pukul 11.25 malam (9 Julai 09): 76% TIDAK MENYOKONG BAHAWA MATEMATIK DAN SAINS DIAJAR DALAM BAHASA MELAYU!
Satu pertanyaan, kenapa undian ini tidak pakai 'cat warna jari' seperti Pemilihan Presiden Indonesia? Mungkinkah seorang yang klik 'No' dalam undian itu mengetik 1,000 - 2,000 kali menyebabkan peratusnya begitu tinggi sekali? atau mungkinkah pengendali @ pemilik blog itu sendiri yang klik 'No' hingga 5,000 kali?

qunia 12:04 PG  

Assalamualaikum,

Buatlah sebanyak mana pol di internet pun tetapi ianya tetap tidak mencerminkan keputusan sebenar samada rakyat menolak atau menyokong kerajaan memperkasakan Bahasa Malaysia.

Ibaratkan saja kalau kita sakit. Kita tidak akan pergi berjumpa dengan peguam atau mejistret untuk mengubati penyakit kita. Sebaliknya kita akan pergi berjumpa doktor. Begitu jugalah dengan tentang isu ini. Seelok-eloknya rujuk saja kepada sasterawan dan pencinta bahasa yang bertauliah. Bukannya kepada seorang perdana menteri yang telah 'lama' bersara.

Zaid Akhtar 4:16 PTG  

Tuan RaR, Wardah & Qunia,
klik saja pada NO.
biar puas hati.
:-)

Tanpa Nama,  8:51 PTG  

Assalamualaikum cikgu.
saya dah mengundi di laman web tersebut. Maaf ye cikgu, kalau tak salah saya, kita perlu klik "yes" sebagai menyokong pengajaran Matematik & Sains dalam bahasa Melayu. Kalau kita klik "No" , bermakna kita menyokong PPSMI.

Zaid Akhtar 8:57 PTG  

TanpaNama,

memang disengajakan begitu.
:-)
Kliklah NO banyak-banyak kali untuk memuaskan Tun.

Ahmad Rustam Bin Amir 11:38 PTG  

Assalamualaikum wbt..nak tau kenapa tangguh sampai 2012?
sebab, itu adalah kebajikan umno''TERAKHIR'' sebelum PAS ambil alih kerajaan persekutuan 2013!!
PAS menang 112 kerusi parlimen(majoriti mudah)tak perlu lah begabung dgn pkr,umno,DAP,!
Allahhhhhuakbar!!
''TAHUN 2013,PAS MENJADI KERAJAAN ISLAM AKHIR ZAMAN''
Takbir!!!

manatuhanallah 12:53 PG  

ALLAH BERADA DI BUMI MENJELANG KIAMAT!!!!

Tenang-tenangkan diri...
Sila layari http://manatuhanallah.wordpress.com/
Terima Kasih

Krulayar

Hasbullah Mohamed Rahman 8:14 PG  

Salam syeikh..

ana ingatkan dah takda dah blog tu.. brapa kali masuk sebelum ni tak dapat.. tapi kan.. makin nyanyuk ke pakcik tuh.. ih ih ih

naimisa,  9:08 PG  

Alamak....

buat poll ni, kadang-kadang ada nilai pemula yang boleh diset.

Siapa tahu, kalau-kalau untuk bahagian Yes itu nilai pemulanya 1000, dan 'No' = 0?

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP