Rabu, Julai 22, 2009

HSDT 7

Hadiah Sastera Darul Ta'zim VII 2009 diadakan di Pusat Konvensyen, Persada Johor, JB. Hari Jumaat, 17 Julai 2009, jam 8.30 malam.

Terima kasih kepada Kerajaan Johor (menerusi iltizam Yayasan Warisan Johor) yang istiqamah melaksanakan hadiah sastera negeri ini sejak lebih sedekad lalu. Begitu juga dengan para penganjur bersamanya seperti DBPWS, PPJ, MKNJ dan GAPENA. Bermula 1996, namun kemudiannya sejak 1999, HSDT berjaya diadakan setiap dua tahun.

Sebagaimana biasa, para pemenang dan VIP diberikan penginapan percuma sehari semalam di hotel. Kali ini Hotel Putri Pacific di sebelah Persada Johor menjadi pilihan. Pada mulanya saya menyangka kedua-duanya terpisah agak jauh. Rupa-rupanya di aras 2 telah dibina jejantas yang menghubungkan kedua-dua bangunan.

Dipendekkan cerita, tahun ini giliran Pak Matlob (namanya cukup sinonim sebagai pejuang tulisan Jawi) dinobatkan sebagai penerima Hadiah Karyawan Sastera Johor. Sementara guru dari kampung halaman saya (Endau), Nazim Mohd Subari terpilih menerima Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor. Penulis terkenal, Dr. Mawar Shafei pula mencatat sejarah tahun ini dengan memenangi tiga kategori berbeza. Tahniah kepada semua pemenang.

Memo:
Gambar atas: Menerima hadiah kategori novel remaja daripada Dato' Termuzi Abdul Aziz, Ketua Pengarah DBP yang baharu diiringi Amiruddin Ali, Ketua 1 PPJ.

Gambar bawah: Bersama 'abang macho' Saharil Hasrin Sanin dan Tuan Haji Shamsudin Othman al-Johori

9 komentar:

typeace 6:43 PG  

Tahniah untuk JIdJ. Tahun ini HSKU 2009 perlu diisi oleh orang Jordan lagi!

Tentu meriah.

:)

Nisah Haji Haron 7:01 PG  

Salam Tahniah, Zaid. Kenapa macam tak ada orang nak tolong Haji Shamsudin pegang hadiah dia tu?

sekijang.com 12:54 PTG  

Tahniah Ustaz, Walau setinggi mana penghargaan....haap Ustaz tetap berada bersama-sama kami :)

Rusdi Abd Rahman 1:40 PTG  

Cikgu,
Rasa-rasanya ini kali ketiga ucapan tahniah RAR buat cikgu (pertama sebelum acara, kedua ketika acara dan ketiga kali ini). Tahniah Cikgu!

Tahniah juga buat Liverpool dan Thailand atas satu perlawanan menarik semalam, bukan macam Malaysia yang riak dan besar kepala pabila menentang MU.

Jangan dilupa bahawa bermula pertengahan Ogos iaitu EPL, Liverpool belum selesai membeli pemain rasanya?
Hehehe...

Melihat Kesunyataan 1:44 PTG  

Assalamualaikum Ustaz,
Tahniah atas kemenangan HSDT kategori Novel Remaja tahun ini.

Zaid Akhtar 12:26 PG  

Puan Nisah,
tak dapek den nak nolong.
Lagipun Hj Shamsudin nampak rakus!
:-)

Tuan RAR,
you'll never walk alone!
Labuan to Kukup dengarnya?
:-)

Hj Shapiaai,
sama-sama.

Typeace,
anta bila pula?

sekijang.com,
insya-Allah,
in tansurullah yansurkum.

~mardihah~ 1:22 PTG  

salam,
tahniah untuk Ustaz Zaid Akhtar, Teruskan menulis dan menulis. Saya inginkan testimoni tuan untuk novel saya yang akan keluar untuk PTS Litera. Bagaimana harus saya berhubung dengan tuan? saya terkesan juga, kerana penulis muda untuk meminta testimoni, seolah tidak berupaya, kerana saya tiada nama...

rumaja 4:53 PTG  

mabruk tuan !

S.K,  12:00 PTG  

Alf Mabrouk!

Untuk para penulis yang telah berjaya :)

Afwan, terlewat sangat di blog... sibuk :)

Wassalam.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP