Ahad, Julai 12, 2009

JANGAN TAK BELI BUKU INI!

Bahasa yang bertenaga ditampilkan menerusi diksi yang segar. Jati diri Nisah Haron sebagai pengarang jelas terserlah dalam karya mutakhirnya ini. Sesudah Tawarikh Cinta, inilah spin-off novel Mencari Locus Standi yang wajib anda miliki!

- Zaid Akhtar


Memo:
Terima kasih, Puan Nisah yang sudi mengirimkan saya senaskhah novel ini. Kata orang, kegembiraan yang tidak terucap tatkala menyambut kelahiran novel baharu kadangkala seperti menyambut kehadiran cahaya mata baharu juga. Selamat bergelar warga PTS!

6 komentar:

Rusdi Abd Rahman 8:43 PG  

Cikgu,
1. Teringin benar untuk memiliki dan membaca novel dan cerpen dalam bahasa Melayu (bukan bahasa Malaysia) yang memaparkan kisah atau tema bola sepak. Adakah cikgu sendiri berhajat atau punyai cita-cita menulisnya? Mungkin boleh menagmbil kisah gemilang serta jatuh bangun pasukan Liverpool?
Hehehe...
2. Apa cerita terbaharu pasal 'keluar-masuk' pemain Liverpool untuk musim 2009-2010 ini, sesi EPL dah hampir nak bermula pertengahan Ogos ini.
3. Harap Liverpool memperoleh ANGKA 2 (bukan angka 1) dalam tahun ini (juara EPL dan juara Champions League).

lil Biruny 8:58 PG  

Waah.. ni yang terasa nak baca nih.

Nisah Haji Haron 8:21 PG  

Encik Rusdi,
Novel tentang bola sepak? Cuba baca "Priiit!" karya Cikgu Alias Ismail. Ada di Ujana Ilmu.

ekspresi 1:19 PTG  

salam ustaz,
apabila melihat nisah dan ustaz sendiri menulis dgn pts, terfikir juga dbp semakin kurang relevannya dengan kita.

Zaid Akhtar 1:10 PTG  

RAR,
you'll never walk alone. Opps.. tercakap BI pula! :-)

Tuan Ariff,
DBP tetap relevan, cuma perlu ditransformasikan.

Nisah Haji Haron 10:39 PTG  

Ariff, penulis ada pilihan. Anadaikata DBP mampu meyakinkan saya dari aspek promosi buku & pemasaran, insya-Allah, manuskrip seterusnya untuk DBP.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP