Rabu, Julai 15, 2009

PEMENANG HADIAH SASTERA DARUL TA'ZIM VII 2009
KATEGORI NOVEL REMAJA

Apa Kata Panel Hakim?

Kekuatan novel ini terletak pada muatan nilai agama. Syahir tampil sebagai role model ahli sukan remaja yang mempertahankan syariat dalam sukan meskipun dia menghadapi pandangan skeptikal daripada orang di sekelilingnya. Nilai yang dibawa oleh novel ini berupaya mengubah paradigma remaja agar lebih komited terhadap agama walaupun mereka aktif dalam sukan. Sebagai sebuah teks yang kaya dengan maklumat, novel ini memberikan manfaat yang besar kepada khalayak pembaca.

Dari segi teknik penyampaian, novel ini sesuai dengan khalayak sasarannya, yakni remaja awal kerana tidak dibina dalam struktur yang kompleks sama ada dari segi perwatakan, gaya bahasa dan aspek lainnya. Begitupun binaan naratifnya tidaklah pula terlalu simple; masih wujud teknik yang kompleks terutama dari segi plot tetapi tetap komunikatif untuk khalayak sasarannya. Kompleksitinya plotnya memadai ditandai dengan teknik imbas kembali dan unsur ketegangan yang disisipkan secara berseni.

Kelebihannya yang lain terletak pada kekemasan binaan naratif; watak, konflik dan pengucapan bahasa yang ditampilkan secara selektif dan disusun dalam struktur yang rapi. Tiada unsur pembaziran dari segi pengemukaan watak; setiap watak mempunyai peranan yang melengkapkan alur cerita. Konfliknya juga berfungsi untuk memperkukuh penyampaian pemikiran dan pembentukan tema keseluruhan. Dengan kelebihan dari segi muatan dan seni penukangan naratif, novel ini mempunyai merit untuk diiktiraf sebagai bacaan yang bermutu untuk khalayak sasarannya, iaitu remaja awal.

-Laporan Panel Hakim HSKU 2006

6 komentar:

Rusdi Abd Rahman 11:18 PTG  

Cikgu,
Apa Kata RAR?
1. YANG KALAH TETAP KALAH walaupun kalah tipis atau kalah tendengan penalti, juara harus dihebahkan kerana ini bukan pertandingan liga tetapi perlawanan menentukan siapa pemenang @ johan! hehehe...

2. Buang dan jual sahaja atau aturkan sahaja perpindahan secara percuma 'pemain jersi no. 2' pasukan hijau-putih itu, nampak bersungguh benar nak 'bersatu dan berpadu' dengan pasukan biru putih @ merah-putih-kuning itu. Hehehe...

3. Apa-apapun TAHNIAH BESAR BUAT CIKGU YA... UNTUK JIDJ INI MEMANG SELAYAKNYA...!

Dyat 1:07 PG  

Salam tahniah ustaz!
Moga terus bertenaga dalam berkarya.

Tanpa Nama,  6:11 PG  

Tahniah ustaz!
-FahdRazy-

wardah munirah 11:01 PTG  

Assalamua'alaikum Tuan,
Tahniah atas kejayaan tuan. Hmm, saya pun baru siap satu manuskrip novel remaja dengan bimbingan Pak Ali Majod.

Tapi tak tahulah layak diterbitkan atau tidak. Huhu

Rozlan Mohamed Noor (RMN) 7:44 PG  

TAHNIAH ustaz... kejayaan yang manis. Sebagai editor yang pernah menangani Justeru Impian di Jaring, terasa tempias manisnya.

Zaid Akhtar 1:26 PG  

Barakallahu lakum.
Haazaa min fadhli Rabbiy
:-)

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP