Sabtu, Julai 04, 2009

SIAPA PENULIS PILIHAN ANDA?

oleh Salbiah Ani (BH 3/7/2009).

BAGI memungkinkan pembaca Dunia Buku, Sastera membuat pemilihan pengarang pilihan mereka muncul sebagai pemenang Anugerah Pilihan Pembaca Popular - Berita Harian 2009, diperturunkan beberapa maklumat mengenai mereka.

Dr Danial Zainal Abidin yang dicalonkan dalam Kategori Bukan Fiksyen menerusi bukunya, Minda Muslim Super adalah Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy Malaysia Sdn Bhd dan juga Pengurus dan Pengamal Perubatan di Klinik Syifa Glugor, Pulau Pinang.

Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, pemegang Ijazah Kejuruteraan Sumber Mineral daripada Universiti Sains Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan Perlombongan dari Queensland, Australia, pengasas kursus Motivasi Alihan Pelajar, mempertaruhkan Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif.

Dr HM Tuah Iskandar yang sudah menghasilkan lebih 50 buku dalam pelbagai bidang, sudah menerima 28 anugerah dalam bidang penulisan termasuk kreatif, dicalonkan menerusi dua bukunya, Fikir-fikirlah dan Membina Cinta Sayang.

Datuk Dr Mohd Fadhilah Kamsah adalah Pengarah Urusan Excel Training & Consultancy (M) Sdn Bhd menerima ijazah PhDnya dari Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat, menerima pencalonan menerusi bukunya, Langkah Bijak Usahawan Terbilang.

Muhd Kamil Ibrahim adalah profesor perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), sudah menulis beberapa buku termasuk karya laris di pasaran dan lebih 400 rencananya diterbitkan dalam pelbagai media massa, ‘memperjudikan’ Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman.

Muhsin Labib yang dilahirkan di Jember, Jawa, menerima ijazah sarjana mudanya di Iran dan PhD dari di Universiti Islam Negeri Hidayatullah, banyak menghasilkan buku agama dan dicalonkan menerusi bukunya, Ahmadinejad: Singa Baru Dunia Islam.

Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood adalah lulusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti al-Azhar, Mesir, sudah melahirkan lebih 40 album ceramah agama, motivasi dan petua dalam bentuk CD, VCD dan kaset, menguji peluangnya lewat Hadiah Untuk Muslimah.

Azahar Abdul Rahman, penulis berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan internet dan sistem perakaunan adalah akauntan bertauliah Thames Valley University, London, dicalonkan menerusi bukunya, Rahsia Buat Duit dengan Ebay.

Ramlee Awang Murshid yang dicalonkan dalam Kategori Fiksyen adalah wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri, menerima empat anugerah penulisan kreatif peringkat kebangsaan, dicalonkan menerusi Hijab Sang Pencipta.

Aleya Anessa, Penolong Pegawai Perancang Bahasa, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, sudah menulis Semusim Rindu, Kasih Antara Kita, Janjiku Bersamamu, Hanya Dia Tahu dan novelnya, Segalanya Untukmu, memasukkan namanya dalam senarai Kategori Fiksyen.

Anis Ayuni, lulusan Sarjana Perancangan dan Pentadbiran Pendidikan dari Universiti Malaya dan berkhidmat sebagai Penyelia Petang SMK Seri Saujana, Bandar Baru Petaling, Kuala Lumpur muncul sebagai penerima anugerah tahun lalu, dicalonkan kali ini lewat Seribu Kali Sayang.

Damya Hanna yang baru saja menamatkan pengajian perakaunan di UKM adalah penulis Bicara Hati, Sepi Tanpa Cinta, Saat Cinta Bersemi, Ilham Hati, Senafas Rindu dan novelnya, Ternyata Cinta, melayakkannya termasuk dalam senarai Kategori Fiksyen.

Norhayati Berahim yang mempunyai penerbitan sendiri dicalonkan menerusi novelnya, Kembalikan Cintaku juga penulis Andai Semalam Ku Miliki, Biarkan Aku Menangis, Bunga Kasih, Chinta Cinta dan Tidak Aku Bersuara.

Aisyah Sofea yang dicalonkan menerusi Selagi Ada Dia adalah juga penulis novel Adam & Hawa, Buatmu Kekasih, Far Away, Gelora Jiwa, Jauh, Jendela Hati, Kau Untukku dan Sehangat Asmara.

Zaid Akhtar peserta Program Penataran Sastera Mastera (genre novel) di Bogor, Indonesia pada 2006 dan penulis Sesegar Nailofar (2001), Rona Bosphorus (2003) dan Justeru Impian di Jaring (2007) dicalonkan menerusi novelnya, Salju Sakinah.

Mimie Afinie yang bermula dengan Bisikan Rindu pada 2004, menggarap Masih Ada Rindu, Maafkanku … Sayang, Tinggallah Pujaan, dicalonkan menerusi novelnya, Kalau Ada Jodoh.

Siti Rosmizah, peguam yang menerima ijazahnya dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) boleh berbangga dengan novel sulungnya, Andai Itu Takdirnya yang sudah tujuh kali dicetak ulang dan melayakkannya untuk disenaraikan dalam Kategori Fiksyen anugerah ini.

Fauziah Ashari yang bermula dengan novel sulungnya, Pergilah Sepi dan Ombak Rindu yang mencatat kejayaan cemerlang sehingga mendorongnya tampil sebagai usahawan dalam bidang penerbitan, dicalonkan menerusi Rindu Cintaku.

Borang asal penyertaan yang akan diterbitkan lagi pada 10 Julai ini dan alamatkan penyertaan kepada Anugerah Pilihan Pembaca Popular - Berita Harian 2009, Marketing Department, Popular Book Co (M) Sdn Bhd, No: 8, Jalan 7/118B, Desa Tun Razak, 5600, Kuala Lumpur.

7 komentar:

Rusdi Abd Rahman 4:38 PTG  

Cikgu,
Dalam pertandigan @ pemilihan yang maha sihat ini (jangan jadi macam organisasi politik besar Melayu itu yang dikatakan korup dalam pemilihannya serta dibenci ramai) pasti secara terbuka lagi berhemah saya memilih Cikgu, kenapa? Ya... kerana saya ada baca karya Cikgu serta kenali Cikgu, apatah lagi saya orang Johor (bukan kerana sifat kenegerian, hehehe...) kerana saya menyumbang khidmat di Johor pastinya!

Wahai pembaca sekalian, sokonglah Cikgu Zaid Akhtar (ingat! kempen ini bukan apa-apapun tanpa sebarang sogokan sekalipun). Apa-apapun Cikgu tahniah atas pencalonan ini.

jebatsari 1:16 PG  

sokong sumayyah...!

Azhar Salleh 10:49 PTG  

Salam SAUDARA ZAID,
Insya-Allah, SS akan menjadi pilihan! Saya percaya bahawa SS mempunyai kekuatan yang tersendiri dan sama-samalah kita doakan...

RainRose 2:57 PTG  

~ sesuatu yang menarik... dan tahniah buat novelis sesegar nailofar dan salju sakinah

Nazmi Yaakub 11:02 PG  

moh pakat sokong zaid :)

helmiwafie 5:21 PTG  

ustaz...saya doakan kejaayaan salju sakinah! Chaiyuuk!

Tanpa Nama,  9:12 PG  

Jazakallah khairan akhi Zaid. Semoga terus gigih menulis novel-novel islami sbg alternatif buat ummah.semoga Salju Sakinah menempah kejayaan insyaAllah

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP