Khamis, Julai 09, 2009

terima kasih
(sempena pemansuhan PPSMI)

terima kasih ahli politik
yang masih bertelinga dua
dan faham bahasa.

terima kasih pejuang bahasa
yang turun ke jalan raya
bermati-matian mendaulatkan bahasa.

terima kasih semua
yang masih ada cinta terhadap bahasa.

3 komentar:

Rusdi Abd Rahman 7:47 PG  

Cikgu,
- Terima kasih kerana ingin mansuhkan pada tahun 2012! (kenapa tidak serta merta?).
- Terima kasih kerana pemansuhan secara berperingkat hanya bermula 2012! (kenapa tidak mansuh sepenuhnya?)
- Terima kasih kerana menambahkan jumlah jam yang banyak dan mendadak untuk subjek BI! (kenapa tidak ditambah mendadak juga untuk BM?).
- Terima kasih kerana Pemimpin Agung PPSMI itu tetap kecewa dengan keputusan 'Mansuh 2012'! (kenapa tidak ditanya mantan Menteri Pelajaran yang lalu?)

Akhi Fairuz Al-Jengkari 9:11 PG  

ppsmi hapus! dasar gila gagasan seorang doktor yang gila..

Shazwani Mazuki 5:34 PTG  

hmm..msh rasa berat di dada wlupn ade jg prsn lega..

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP